Wednesday, August 02, 2017

Day 2 : Positif

Assalamualaikum.

Day 2 sudah disini. Kelas pertama bermula. Memang tak kenal sesiapa. Barulah nak kenal. Kursus ni dia ajar macam mana nak come out with strategic idea yang akan menaikkan profit tapi mengurangkan kos. Yang best nya dalam kelas ni bukan yang kerja Finance je ada tapi Nurse, Marketing, IT dan department lain pon join. Bak kata fasi, kursus ni untuk melahirkan future leader dalam company ni. Positif sangat. Walaupun rata rata yang pergi semua pun terpaksa. Hahahaha. 

Saya? Saya memang nak jadi positif sahaja. Saya nak tengok positif side sahaja. Saya nak tengok apa yang baik baik sahaja. Bila pergi kursus ni, at least saya dapat berehat dari masuk ofis. Sebelum ni sibuk sangat nak cuti. Ha ni Allah bagi cuti sekali. Saya taknak semak kan otak dengan benda2 yang belum jadi. Taknak overthinking. Rugi. 
 

Moga Allah permudahkan segalanya. 

p/s : Dah rindu suami. Allah ='(

Day 1 : Dari JB ke KL

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selamat sampai di KL. Packing barang untuk 11 hari adalah sangat memeningkan. Nasib baik tahu awal. Sempat listkan barang. Make sure sangat2 takde yang tertinggal. So far, masih okay. 

Malam sebelum bertolak, suami hantar saya ke rumah mak saya sebab esok dia kerja. Sedih woo nak tinggal suami. Sebelum tu pergi beli tiket kat Larkin. Dah bertukar banyak sangat Larkin wei. Hampir sesat. Nasib baik decide nak beli tiket awal. Kalau tak, dengan beg berbondol bondol, harus lah gelabah. So naik bas Maju pukul 9.30am. 

Esok pagi mak ayah hantar ke Larkin. Pukul 8am dah gerak. Tak suka kelam kabut. Walaupun dari luar bas Maju tu nampak macam tak meyakinkan, sampai juga ke TBS pukul 2pm. Semua dipermudahkan. Sampai TBS terus ambil teksi ke Hotel. Tak sabar nak check in sebab badan sangat penat mengangkut beg yang berat. Pinggang sakit gila. Konon2 berangan nak ke Sogo nak cari sehelai dua tudung kan. Memang tak la. Penat ya ampun. Pukul 3pm dah gigil lapar. So, turun lah cari makan. Kalau tak de kedai bukak memang akan makan maggi. Nasib baik kedai Thai feveret tu bukak. Tapau siap2 makan dalam bilik. Heaven. Konon2 tak nak makan malam. Sekali roomate pun sampai. Ajak makan malam. Hahaha terpaksa la teman. Hahahahha mihun tomyam jugak la terpaksa punya pasal. 

Kursus kali ni memang totally tak kenal sesiapa. Semua pun baru nak kenal. So, memang kena independent la. 

Till then, 
Assalamualaikum. 

Friday, July 28, 2017

Kembali

Assalamualaikum. 

Fuh fuh tiup sawang. Hahaha. Makin pemalas nak tulis. Tapi ada je benda nak tulis. Nak kata busy, memang lah busy tapi still masih ok. Last entry cerita pergi Langkawi. 3 bulan lepas. Puasa dan raya langsung tak tulis. 

I will going to Leadership Program sponsor by my Company. Sementara orang nak sponsor, meh la kita pergi. Even the course take 26 days to complete and its base in Kuala Lumpur. KL guys. KL. I will be permanently stay at KL for 11 days in row, then back JB for attachment for 2 weeks and final presentation 1 week back in KL. Yeah. 

Benda yang paling merisaukan ialah kat mana nak basuh baju. Bila dah tahu ada Laundry, fikir pulak how much time it will take for one session plus dryer session. So unnecessary stress kan? Inilah Aminah. Suka fikir terlampau panjang. Then fikir pulak kalau semput mcm mana. Tapi nasib baik ada hospital memang nearby hotel. Then fikir pulak pasal mana nak dapat air mineral. Sebab saya perlu minum 2 liter sehari untuk memastikan proses pembuangan lancar. Susah betul suka overthinking. 

Apa apa pun, saya bersyukur ada suami yang sentiasa support saya. First time berjauhan more than 3 days. May Allah ease everything. I also changed my ACCA Sept exam session to December session. I failed in June session and plan nak ambil Sept session supaya apa yang saya study on June still melekat on Sept. Then have to change to Dec. My bff said "Kalau Allah izinkan ilmu tu untuk melekat, amek exam lagi 3 tahun pun kau masih ingat". Thanks Farah. 

Semoga Allah permudahkan urusan saya. 

Till then, 
Assalamualaikum. 



Tuesday, May 09, 2017

Langkawi : Day 1

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, coming back from my best ever holiday with my husband. Our first trip together with flight and husband's first ever experience with flight. We stayed for 4 days and 3 nights. All planning is done by me, of course. From the flight arrangement, hotel, place to visit, car rental, place to eat, all done by me. Nampak macam Queen Control kan. Hahaha. Apa nak buat, budget mesti kena ikut. Husband plak on je. We start with the budget, seorang kena spend berapa RM. Then baru kita matchkan budget dengan kehendak. Well sayang, you married with an Accountant yang nak ambil exam P3 Business Study kan. So haruslah percutian pon kena ada strategi. 

Sebelum gerak, kami dah create group wasap yang ada kami berdua je. Dengan tajuk "Perbelanjaan". Kami kena berjanji untuk declare setiap perbelanjaan kami kat sana, walaupun 20 sen. Kami pun setuju yang hanya seorang sahaja yang akan pegang cash. Senang nak monitor. Of course husband yang jadi banker. Kalau bini nya memang sokmo tak ingat beli apa. Hikhikhik

Day 1, 15 April 2017

Disebabkan saya ada meeting on 13 & 14 April kat KL. So saya sampai rumah pukul 12 tengah malam. Almaklum hari Jumaat dan jammed memang tak dapat dipisahkan. Tapi saya memang dah siap packing baju 2 minggu sebelum lagi. So tinggal nak masukkan apa2 yang patut je. Flight pukul 6.30am 15 April. Kami decide untuk tak tidur sebab kalau tidur, kebarangkalian untuk tak bangun adalah tinggi. Kita tidur kat Langkawi je nanti. hahahaha. So pukul 2.30am kami gerak dari rumah, park kereta kat rumah mak, ayah hantar ke airport. Masa ni dah tersengguk sengguk mengantuk. Sampai airport pukul 3.30am. Ada 3 jam lagi wooo. So, kite self check in dulu dan kami tunggu la sampai kaunter check in bag bukak, Then, kami pun tunggu untuk berlepas. 

So sampai KL pukul 7.00am. Cari breakfast sebab kelaparan plus mengantuk. Husband tanya pegawai kat KLIA tu kami kat gate mana. Dia jawab A2. Oklah dah tahu gate senang. Sebab KLIA besar gilos. Semput kalau salah gate. So makan lah di Marrybrown sebab itu kedai pertama yang kami jumpa. Lepak makan sebab next flight pukul 9.30am. Then kami pon bergerak ke gate A2. Tapi nasib baik saya tertoleh dekat skrin yang tunjuk information tu. Rupanya kami kat Gate B2. Sambil berbual dengan husband, mana satu yang betul ni. Tiba2 ada sorang brother ni tanya, "Langkawi ke? Dalam boarding pass ni tulis A2". Haa sudah. Nak iku mana ni. Kami pun decide ikut skrin tu. So kami ke B2. Memang sah kami kat situ. Tapi mata memang asyik tengok skrin takut tetibe tukar ke kan. Masa tunggu nak berlepas macam2 ragam saya nampak. Ada yang terlepas flight. Ada yang dah lambat pun masih lenggang kangkung. Oh ya, saya pilih MAS sebab walaupun kene transit KLIA, tapi kami tak payah nak amek luggage n check in semula. Semua dah diuruskan. Masa dalam flight dari KLIA ke Langkawi tu memang membuta je la. 55 minit kan. 

So sampai la kami di Langkawi, terus call kereta sewa yang kami dah tempah. Myvi Auto RM180 untuk 4 hari 3 malam. Tunggu la sekejap. Then brother kereta sampai. Dia kata Myvi rosak, so diorang bagi Honda City. Ko raseee. Seram lah nak bawak kereta mahal ni. Sebelum gerak, husband check kereta, make sure apa2 yang tak ok dia dah tahu. Minyak kereta memang dah berkelip. On waze, waze tak nak berfungsi. Frust sangat. Stress. Then husband kata cuba jangan stress, kita follow je papan tanda. Ok bang. Nak cari petrol pump dulu. Jumpa pump nama Buraq Oil. Macam pelik. So kami isi RM50 dulu. Then mencari hotel. Dah berpusing pusing jumpa Malibest Resort. Tapi..... jeng jeng jeng

Bangunan tu under construction. Dah sudah. So, try call receptionist. Adik tu kata tu bangunan baru kak. Kami belakang sikit. Nak parking mana ni. Adik tu kata kat Pantai Cenang ni, hanya boleh parking belah kanan je. Kalau belah kiri kena saman. Nasib baik ada parking. So parking lah kat situ. Sampai dalam pukul 11.30. Check in pukul 3pm. Aduhhhh kena tunggu plak. Mata dah rabakkk. Ikut plan, lepas check in kami nak ke Island Hopping. Tapi tak sempat la. So cari makan area situ je. Jalan kaki. Ada kedai makan ala2 Thai yang buka 24 jam berdekatan dengan hotel. Harga pon ok la. Nama kedai tu tak ingat tapi dia dekat dengan AB Motel. Lepas makan try check in, nasib baik boleh. Makanya, laki bini membuta sampai pukul 6pm. Tak tidur malam kan. So, mendapatlah. Bangun2 je lapar semula. Adoi. On the way g makan, tanya pakej Island Hopping. RM30 seorang, ada transport, 9am - 1pm. Kami ambil pakej tu. Sambil nak g makan, lalu kat kereta sebab nak check. Paranoid betul. Dah siap makan, beli air mineral kat 7e. RM4.40 sebotol 1.5liter. Giler. So, balik, berehat sebab esok nak bangun pagi. 

Bersambung.....

Monday, March 27, 2017

Its Not Easy But Worth It

Assalamualaikum

Kemain panjang tajuk entry. Minggu lepas baru lah catch up balik study yang dah lama ditinggalkan. Saya kena paksakan diri. Sebab apa?

Saya baru dapat email dari ACCA mengatakan yang kalau saya tak pass paper P3 sebelum September 2018, result paper P1 saya akan di"waive" kan. Aje gile. Paper P1 tu sampai 4 kali saya ambil. Diulangi 4 kali. Takkan nak hilangkan gitu je. So, saya mesti lulus paper P3 tahun ni. Moga Allah beri kekuatan untuk saya. 

Bulan March memang saya sangat la tak study. Mood takde. Tak sihat pulak. Bulan Jan & Feb cover 7 chapter. Last week baru masuk chapter 8. Peh. Patutnya saya kena habis semua chapter by end of March. So saya target by this week, saya kena habis buat notes untuk semua chapter. 

Then, nak start hafal dan nak buat past year. 

Betul lah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. 

Till then, 
Assalamualaikum

Friday, March 24, 2017

Happy Birthday to me

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 24.03.2017. Genaplah usia saya 30 tahun.

Selamat Ulangtahun sayang, Kini kau bersayap pergilah terbang, Rentaslah langit cita citamu, Harap nanti kita kan bertemu,

Setiap kali birthday akan ada rasa sebak sayu bila dengar lagu ni. Lagu ni popular masa 2009 macam tu. Saya suka sangat lagu ni. Sekarang bila dengar lagu ni, saya teringat arwah Harun. Allah. Tak tertanggung sedih bila arwah Harun pergi lepas 2 minggu birthday saya, 7 tahun lepas. 

Masih terngiang ngiang ucapan hari lahir yang dia ucapkan pada 31 March 2010. 

Dia : Sorry kak, aku punya line hp kena barred. Ni baru hidup semula. Aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi. 
Saya : Kau ni saje taw... dik, aku dah dapat kerja.. 
Dia : Bagus kak.. senang kau lepas ni.. kak, aku baru tahu aku rabun, aku baru tempah spek..
Saya : Laa ye ke. Sama ngan aku la lepas ni pakai spek.. 

Antara butir bicara di hari hari terakhir bersama dia. Resit spek mata dia ada dalam wallet dia masa kami terima masa jenazah dia tuba. Allah. Aku sebak. 

Bulan March dan April bulan yang bercampur baur perasaan. 

Moga yang baik baik sahaja akan mengiringi hari hari mendatang saya. 

Al Fatihah untuk Arwah Harun. 

Till then, 

Assalamualaikum

Wednesday, March 22, 2017

Kalau Dah Nama Budak Akaun

Assalamualaikum.

Semalam finally bertukar chapter untuk paper P3. Serius chapter yang sebelum ni memang sangat mengantuk. Sampai masa buat notes tu rasa cam apa yg aku merepek tulis ni. Pakej mengantuk masa buat notes. So I took almost 1 month for that boring Chapter. Then semalam saya masuk Financial Analysis. OMG I felt in love with the chapter. Kira cost, profit, decision, ratio. OMG this is really my chapter. Rasa semangat lain macam semalam study. 

Paper P3 kan tajuknya Business Analysis. So Financial Analysis one of the chapter. Kalau dah nama budak akaun kan. Memang pantang jumpa nombor. Rasa suka tahap nak peluk chapter tu. Hover sangattttt. 

Doakan saya untuk pass this paper ok! I can do it!

Till then, 

Assalamualaikum

Tuesday, March 21, 2017

Happy Birthday My Dear Blog

Assalamualaikum

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR BLOG!

Awal awal dulu nama blog ni HOPE IS HARAPAN. Memang tuan blog pun selalu je la berharap. Sampai kesudah. Hahaha. Blog ni dulu sangat meriah, in fact saya dapat beberapa kawan baru masa aktif dengan blog yang kami masih contact thru FB lagi sampai sekarang. Masa 2009 tu saje je menulis sebab nak hilangkan bosan, then tetibe jadi rajin pulak. Lagipun dulu kat Friendster pun dah start ada blog. 

Sekarang? Blog ni pun dah tukar nama. Semua dah berubah. Hampir semua entry sebelum 2013 sudah saya Revert to Draft. Kenapa? Tak semua benda kita nak kongsi. Ada benda yang kita nak simpan untuk kita sahaja. So, sekarang blog ni hanya jadi blog yang pengunjungnya hanya saya. Cukuplah. Kalau ada yang tersinggah blog ni, jemputlah baca apa adanya. 

Saya sangat suka baca blog orang. Antara yang wajib saya baca ialah Redmummy sebab suka tengok dia jadi Supermak dan yang paling kagum dia didik anak lelaki dia untuk buat kerja rumah. Perghhh. Saya salute KakRed. 

Then, saya suka baca blog Diana Ishak, NeenaAnuar, Ceeramoon, Sepet Noh, Kathyjem, Cik Apple, Irine Nadia dan ramai lagi. 

Till then, 
Assalamualikum

Friday, March 17, 2017

Masuk Ward

Assalamualaikum. 

Omg dah 10 hari tak update. Last week hari Selasa saya ambil Neb. Esoknya, pagi2 saya dah terpacak kat Johor nak mintak sign. Tapi dada rasa tak best sangat. Memang sejak Sabtu dah rasa demam on off. Tekak sakit dan selsema. Malam pulak mesti menggigil sejuk. Kemuncak hari Rabu tu surrender amek Neb 2 kali dan injection Hydrocort. MO dah suruh masuk ward. Saya kata taknak sebab ok lagi. Then lepas 4 jam kena turun lagi ambil Neb. Iolss kan kerja kat hospital. Lepas 4 jam tu irama dalam nafas tak kurang. So saya sendiri minta masuk ward sebab setiap 4 jam kena amek Neb. Penat la. Husband amek half day. So, check in la saya. 

Neb memang setiap 3 jam. Ya ampun. Nak tidur je kena kejut. Dah la saya penakut nak tidur. Memang husband teman. Tapi dia sedap berdengkur je. Saya terkulat kulat nak tidur. Last sekali pakai neb pukul 5am, saya tidur masa amek neb. Lantak la hai. hahahaa. 

Esoknya saya minta discaj. Haha suka suki je mintak. Lagipun Jumaat tu husband nak pergi Gambang so nak kemas baju dia. 

Yang tak best, saya baru tahu saya ada Diabetes. Faktor keturunan dan saiz badan. I tell you ubat dia punye efek pening muntah sampai sekarang ok. Doctor kata amek masa 2 minggu untuk serasi. OMG. Serius pening dan nak muntah lepas makan ubat. Tapi ubat tu bertindak balas bagus dengan saya. Bacaan gula dalam darah dah stabil. Phewww. 

So, please la jaga kesihatan. Bila dah sakit ni, semua pun tak boleh makan. Stress sangat. Nak makan nasi kena fikir banyak kali. Sedih ye jugak. 

Till then, 

Assalamualaikum

Sunday, March 05, 2017

Nikmat

Assalamualaikum

Hari ini Allah tarik nikmat deria rasa saya. Tak boleh bau apa pun. Tak rasa apa pun. Apa yang saya makan, lalu je kat tekak tanpa rasa. Sakit tekak dan selsema yang sangat mencabar. Mungkin penat sangat. Mungkin. 

Rabu, 1 March saya ke KL ada training. Gerak pukul 4am. Sampai JB semula pukul 5.30pm. Jumaat, 3 March pun saya ke KL lagi. Kali ini untuk dapatkan tandatangan untuk audited report. Kali ni gerak lambat. Dalam pukul 10am. Sampai pukul 2.30am. Sebab hujan dan kereta banyak. Lepas dapat sign, makan dan terus balik JB. Sampai rumah pukul 9pm. 

Memang dah plan nak balik kampung suami Jumaat malam. Tapi sebab saya sampai lewat, so kita gerak esok. Sabtu tu pukul 9.30am dah gerak. Hujan lagi. Kereta banyak. Pukul 11.30am baru sampai. Lepas setel urusan, sampai rumah mertua pukul 3pm. Terus tertidur. Bangun2 sebab mak mertua tengah tumis rendang. Pergh. Makan. Tapau. Lepas maghrib balik. 

Dan, hari ini, saya di ofis. Berbekal botol air 1.5liter. Bertahan untuk tak jumpa doktor. Sampai pukul 5pm, dah rasa seram sejuk terus jumpa doktor. Dapat ubat. Demam sikit, tekak bengkak dan selsema. (Almaklum ofis dalam hospital, anytime boleh jumpa doktor kihkihkih).

Sekarang tengah fikir nak makan apa sebab nikmat makan memang dah hilang sementara. 

Oh lupa, hari ini boss baru masuk. So far Alhamdulillah. 

Till then, 

Assalamualaikum