Tuesday, October 18, 2016

Result

Assalamualaikum.

Semalam dah keluar result. 

44 markah. 

Markah lulus 50. Huhuhu. 

Mula2 38.. then 41.. then 44.. 

Gotta work more hard..

Ingat nak daftar paper December 2016.

Sekali tengok rate GBP1 = RM5.29

Pengsan. 

Harga 1 Paper GBP128. 

Pengsan balik. 

Till then, Assalamualaikum. 


Thursday, October 06, 2016

Confirmation

Assalamualaikum

Semalam BFF saya call sambil suara macam baru lepas menangis. Rupanya dia tak confirm kerja lagi. Dia baru je kerja kat tempat baru. Then probation dalam masa 3 bulan dan suprisingly dia tak confirm. Politik kerja memang sangat bahaya. Kau perform la bagus mana. Yang kes kawan saya ni, dia masuk masuk je, banyak benda dia buat itu ini. So disebabkan tu dia tak confirm. Lol sangat. Saya advise maybe kawan saya kena buat buat macam acah acah tak pandai. Banyak bertanya kat orang. Walaupun dah tahu jawapan. Maybe pengurusan lebih suka orang macam tu rather than masuk masuk terus tahu itu ini. Maybe la kan. 

Throwback masa saya nak diconfirmkan, somewhere in October 2014. Tak tahu pun kena buat presentation. Hentam je tajuk. Then presentation tak sampai 10 minit. Kena reject. Tapi bukan kena extend probation. Kena present lagi sekali next week. Alhamdulillah, after second presentation, finally dapat confirmation. 

Masa presentation yang kedua tu sekali dengan seorang eksekutif ni. Masa dia tengah present, boss boleh bangun dan keluar. Masuk semula lepas 3 minit. Bawak kertas. Then, boss tanya, 

This presentation is prepared by you?

Budak ni jawab yes I prepared all the slides. 

Then boss suruh proceed dan habiskan presentation. Habis je presentation. Lepas thank you. Boss bangun dan tunjuk kertas yang dia bawa tadi. Tahu apa?

Slide presentation budak yang present tu. Sama kaler ok. Slide tu warna hijau kalau saya tak silap. 

Bos kata I got this from internet. I just google the title and got this slide. But sadly, the author of this slide not you. 

Pergh. Kalau saya jadi budak tu, rasa pangggg kat muka. 

Selanjutnya tahu la kan apa jadi kat budak tu?

Budak tu pun dah berhenti tahun 2015. 

Once liar always a liar. 

Kesimpulannya, kita kalau rasa kita ni bijak pandai, jangan lupa ada yang lagi bijak dari kita. Bak kata Abraham Lincoln

You can fool all the people some of the time and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time

Till then, Assalamualaikum

Monday, October 03, 2016

Layak ke Tak Layak

Assalamuaalaikum. 

Tajuk kemain. Layak ke tak layak. Apa yang layak dan tak layak. 

Hari tu dalam group wasap berbincang perihal anak. Ini semua sebab ada artikel yang pasal duduk flat dan ada anak yang ramai. 

Ada seorang kawan saya ni cakap, anak tu amanah bukan rezeki. So siapa yang belum ada anak tu maknanya tak layak lagi pikul amanah. 

TAK LAYAK PIKUL AMANAH???

Saya tak setuju dengan statement tu. Hanya kerana dia dah diberi rezeki oleh Allah untuk dapat anak awal, senang senang dia cakap yang orang yang tak de anak ni tak layak lagi nak ada anak. Amboi. Ko tu layak sangat ke?

Siap in denial cakap tu bukan dia cakap, tapi alim ulamak ustaz mana ntah yang dia pernah dengar ceramah. Play victim? Dah keluar statement riak lepas tu sesedap rasa cakap bukan salah dia cakap benda tu. 

So, kalau anak luar nikah tu, layak ke dapat anak? Siap pakej buang anak. Layak ke? 

Baru Allah uji kawan saya ni dengan ilmu, harta dan anak, dah sombong dan riak perangai. Anak tu amanah, rezeki dan ujian untuk dia sebenarnya. Ujian sama ada anak tu boleh menjadikan kawan saya ni lebih baik atau pun riak dengan orang yang belum diberi rezeki anak macam saya. 

Sebelum kita nak cakap macam2, fikir2 kan lah, hidup kita ni tak leh predict apa akan jadi esok hari. Allah kalau nak tarik, sekejap je, kawan. Jangan belagak sangat. 

Jangan diuji hati kami kami yang masih menanti rezeki ini dengan kata kata yang menyakitkan hati. Cukup dengan ujian ini. 

Kawan saya sepatutnya lebih bersyukur dan fokus jaga anak isteri dari sibuk mempersoalkan rezeki dan kelayakan orang untuk dapat anak. Kadang2 banyak sangat tahu ilmu tapi penyampaian salah pon tak boleh. 

Kalau tiada benda yang berfaedah untuk cakap, baik je la awak diam. Jaga family awak yang awak rasa awak layak. Awak sorang je layak. Ye faham. Orang lain tak layak. Moga Allah tunjukkan kat awak betapa layaknya awak. 

Till then, Assalamualaikum.