Saturday, December 21, 2013

Tirai 2013

Assalamualaikum. 

Kembali bersiaran. Hari ini (21.12.2013) saya telah mula bercuti selama 9 hari. Woahhh lama sungguh. Cuti terakhir tahun 2013 dan sebelum menghadapi "super peak period" tahun 2014. Harap harapnya saya mampu lagi hadapi peak period tersebut. 

Tahun 2013 dah nak melabuhkan tirai. InsyaAllah, andai Allah izinkan, status saya akan bertukar tahun hadapan. InsyaAllah. Sebenarnya, di akhir akhir 2013 pun status saya hampir bertukar. Banyak yang saya ingin ceritakan. Tetapi memandangkan saya biarkan semua sudah ditetapkan, barulah saya akan mula menceritakan. 

Maaf kepada yang bertanya tentang "si dia", saya masih mengunci rapat mulut untuk bercerita. Menagapa? Jawapannya, saya belajar dari kisah saya yang dahulu. Saya mengaku, saya terlalu meng"expose"kan percintaan saya, macam saya seorang je la yang layak bahagia. Saya seorang yang ada "cinta hati". Tapi sudahnya, tak kemana. Saya juga belajar untuk menjaga perasaan mereka2. Saya pernah rasa perasaan itu. Allah itu Maha Adil. 

Saya hanya harapkan doa doa kalian. Moga semua dipermudahkan. Dan saya juga doakan kawan2 saya yang masih mencari dan menunggu, semoga dipermudahkan. InsyaAllah, janji Allah itu pasti. Jauh mana. Lama mana. Istiqamah dalam berdoa. Allah tak kejam. Allah sayang hambaNya. Doa. Saya tak kata, anda doa hari ini, esok anda akan dapat apa yang anda harapkan. Tapi, yakinlah Allah dengar doa kita. DIA nak kita minta dari DIA. Segala perancangan ada didalam TAKDIRNYA. Yakin. InsyaAllah. 

Saya nak cakap banyak2 pun, saya pun tak pasti apa perancangan Allah seterusnya. Saya cuma harapkan apa yang saya ada sekarang, Allah kekalkan dan permudahkan segalanya. Doa itu senjata orang Islam. Doa. Doa. Doa. 

Salam, 

Sunday, December 15, 2013

Exam.

Assalamualaikum.

Saya baru lepas exam hari Rabu yang lepas. Hai la hai. Setelah 3 tahun tak jawab exam, memang lepas exam sakit sakit jari sebab panjang sangat jawab soalan. Haha. 3 jam kot menulis. Kemain nak sakit sakit tangan bagai. Haha. Nak cakap yang tulisan dah buruk sebab kerja kan pakai laptop je. Hari tu nak tulis kat guest book pengantin pun tak reti. Melampau! ahaha

Cik Meena ni ambil exam apa ni. Kecoh bebenor kat FB kata nak exam. Haha. Mana tak kecoh. Exam kali ni orang UK yang tanda kertas periksa uollsss. Haruslah cuak. Dengan english yang berterabur. Grammar memang berterbangan kelautan la kan. Ada member siap suggest buat footnote kat bawah kertas jawapan :

"Have you go to Legoland, Malaysia? If no, please stop marking my paper and please go to Legoland. You will not regret"

Hahahaha. Mamposss. 

Dah time2 gini baru menyesal kenapa tak sambung study lagi setahun setengah untuk settlekan ACCA ni. Ha. Ye. Saya amek ACCA. Professional paper. Tinggal lagi 5 paper je. Je??? 5 paper tu sikit kalau kau tak repeat paper. Haha. Mintak2 tak repeat. Aminnn. 

Siapa accounting background tahu la apa itu ACCA. Association of Certified Chartered Accountant. Gile la. Nama pun dah panjang. Complicated. Boleh bayangkan exam dia camne? Dan ditambah dengan empunya diri yang tak study sangat. Haaaa. Orang kata tawakal setelah berusaha. Tapi kali ni rasa usaha tak mantap sangat. Hehehe. Sibuk sangat gamaknya. 

Ok. doakan saya lulus paper P1 : Governance, Ethics and Risk. 

Aminnnn.


Salam, 

Wednesday, December 04, 2013

Exam

Assalamualaikum.

Hai la hai. Busy kemain Cik Meena sekarang. Next week nak exam. Tolong doakan saya dapat menjawab dengan suksesnya. First time "self-study". 

Self-study maksudnya :

Tak pergi kelas
Tak ada lecturer
Tak ada notes
Tak ada buku

So, first thing first kena cari notes dari kawan kawan yang dah pernah ambil. Then, cari buku. Then, cari past year exam question dan answer. Luckily, ACCA tak kejam, ada soalan past year together with the answer. Alhamdulillah. But, still, kena study. Sebab biasalah. Mesti soalan adalah case study. So, memahami konsep adalah penting. Ingat Meena, faham bukan hafal. 

Sekarang life saya sangat busy. Alhamdulillah. I love being busy with something that makes me feel happy. Ha. Busy tapi happy? Hebat sangat dah tu. Haha. 

p/s : Hari ini saya kehilangan guru mengaji saya. Al Fatihah untuk Allahyarhamah Hajjah Saemah Tasman. 

Salam,

Thursday, November 28, 2013

Random Saying

Assalamualaikum. 

Saya sedang berada diluar Johor Bahru. Almaklum. Auditor kan. Mana disuruh pergi, pergilah. Saya yang menurut perintah. Rasanya ini outstation ke 4 saya untuk 2013. Hurmm. Tak ade la banyak sangat kan. 

Februari - KL
June - Batu Pahat
Oktober - Kuantan
November - KL

Tapi biasalah, kalau dah namanya outstation tu mesti penat. Penat masa nak kemas barang dan penat masa nak basuh baju semula. Huhu.

Saya pun tak tahu nak tulis apa. Sebenarnya bukak laptop sebab nak buat kerja. Tapi penat pulak. Ngantuk. Huhu. 

Sampai ketemu lagi.

Salam,

Wednesday, November 20, 2013

Assalamualaikum

Assalamualaikum.

Saya nak bagitaw yang selepas ini, blog ini adalah bukan seperti biasa. Ia bukan seperti blog yang anda pernah baca sebelum ini. Apa yang berubah? InsyaAllah, mungkin entry2 selepas ini akan membuatkan anda lebih memahami. Maaf diatas segala hasil tulisan saya selama andai ada menyinggung mana mana pihak secara langsung atau tidak. Saya dengan rasa rendah diri, memohon maaf dari mereka yang terasa dengan apa yang pernah saya tulis. Saya hormati hak anda untuk tidak memaafkan atau apa sahaja keputusan anda. 

Untuk pengetahuan kalian, saya juga telah delete semua entry saya dari tahun 2009. Sebanyak 1,700++ entry telah saya delete. Atas sebab apa? Biarlah ia menjadi rahsia saya dan Allah. Jangan terkejut bila tengok entry ni baru ada 2, 3 entry ye. 

Saya nak mulakan sesuatu yang baru. Anggap blog ini anda baru jumpa ye. 

Assalamualaikum.Hai. Nama saya Cik Meena. Awak boleh panggil saya Cik atau Meena atau MeeMee atau NaNa atau NaMee atau apa sahaja yang anda selesa. Saya penulis blog ini. Penulis? Mungkin bukan. Saya Perapu (diambil dari perkataan RAPU yang membawa kepada perbuatan MERAPU). Hehe. Selamat membaca blog saya ye. Hehehe. 


Salam, 

Monday, November 18, 2013

Relakan Jiwa

RELAKAN JIWA - HAZAMA


Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku



Ya Allah, andai nama dia yang telah KAU catatkan di Luh Mahfuz untuk menjadi imamku, permudahkanlah jalan kami. Jadikan kami semakin mendekatiMu kerana cinta ini. Sesungguhnya kami sedar cinta kami adalah sekecil kuman jika dibandingkan dengan cintaMu kepada kami.

Amin