Friday, December 21, 2018

Pengalaman Melahirkan Anak

Assalamualaikum.

Lama benar tak menulis. Fuhhh. Nak share kronologi kelahiran baby saya. 

03.10.2018
Checkup dekat KPJ. Since saya dah complete injection Dexa, Dr Rabin tak nak ambil risiko nak delay kan delivery saya. So, saya genap 37 weeks on 10.10.2018 dan kebetulan Rabu memang hari OT Dr Rabin. So terus book tarikh operation. Masa ni rasa macam nak semput sebab nervous sangat. Sebab bila kira ada seminggu je lagi nak bersalin. 

05.10.2018, Jumaat
Satu hari berjalan dengan mak ayah dengan Yaya. Dapat makan Nandos. 

07.10.2018, Ahad
Pagi ada checkup kat KK Antoi sebab lepas bersalin, stay kat Majidi. Kena jumpa MO kat Klinik Kg Melayu. Lepas setel checkup lapar nak gila. Ajak suami makan kat depan masjid. Makan soto nasi. Rasa macam tak kenyang, order plak murtabak. Balik dari makan, mak nak tampal gigi berlubang. Ok la kita ikut. Sampai kat Klinik Gigi, saya teman mak. Alamak kena naik tangga, takpe la. Larat lagi ni. Setel urusan mak balik rumah. Malam tu Yaya dengan suami dia datang. Suami saya keluar beli makanan. Balik je dia bawak balik mee goreng, kueytiaw, mihun goreng Pak Arip. Pergh sedap makan ramai2 plak. Lepas makan nak tengok Gegar Vaganza, masa duduk tu rasa lenguh pinggang. Try baring still tak selesa. Pukul 10pm masuk bilik sebab sakit pinggang. Pukul 1.45am terbangun nak terberry. Rasa perut mengeras, Saya pujuk baby, jangan keras sangat sayang, sakit ibu. Setel urusan, masuk bilik, baring. Baru teringat tak solat Isyak, bangun nak g toilet nak amek wudhu.

Jeng Jeng Jeng

Saya bangun je dari katil, berdebushhhhh air ketuban pecah. Bunyi macam air paip pecah. Husband bangun sebab terkejut kuat sangat bunyi air tu. Habis basah lencuh bilik saya. Saya ketuk bilik mak, gtaw dah pecah air ketuban. Mak suruh pakai pad n terus g hospital. Tengah siap2, huru hara nak ambil beg, nasib baik barang dah packing, mak jenguk kat bilik sambil bawak mop. Mak saya ni kan pembersih. Maka kami berempat ke KPJ dengan 2 kereta. Masa ni tak sakit apa pon, Rasa lagi baby gerak. Siap call Dr Rabin gtaw. 

Sampai KPJ terus ke Labour Room. Nurse suruh pakai baju hospital sebab nak check jalan. Apaaaaa. Baby saya kan songsang dan memang plan nak czer. Terus saya cakap eh saya kena operate, tak boleh normal, tak payah la check jalan. Hahaha sebenarnya seram nak kena seluk. Nasib baik nurse tu tak jadi seluk. Peh seram. Then nurse tanya memang air jernih je kan keluar. Saya jawab, masa nak buang pad tadi ada macam lendir hijau. Muka nurse tu berubah. Terus pergi kat tong sampah untuk tengok balik pad tu. Saya tanya kenapa. Diorang jawab, takde pape cikmin. Cikmin relax je. Ok la. Then saya dengar nurse tu terus call OT gtaw emergency czer. Call Dr Rabin gtaw pasal lendir hijau. Saya relax lagi. Tak sakit apa pun. Baby pon gerak2. 

Ingatkan tak kena seluk tu dah nikmat. Sekali nak masukkan catheter kat tempat kencing tu ya ampun seksa sakit. Huhu. Pedih ngilu. Huhuhu. Then saya disorongkan ke OT pukul 4am. Masuk OT kali ke3. Suntikan epidural kat belakang. Dapat rasa kepanjangan jarum itu. Huhu. Then ubat bius plak masuk ikut drip. Perlahan2 rasa kaki macam kebas dan terus tak rasa. Dekat dada dorang letak macam penghadang. Saya rasa sangat mengantuk. Pakar bius, Dr Baha sentiasa kat sebelah saya. Dia cakap nanti cikmin akan rasa macam pisau lalu gitu tapi tak sakit. Siap dia lalukan jari kat pipi saya. Macam tu la rasa dia. Saya dah macam cuak. Alamak boleh rasa ke. Huhuhu. Then Dr Baha bagitau, ok dah start potong, cikmin rasa apa2 tak. Saya jawab tak. Dr Baha kata ok bagus maksudnya badan cikmin tak menolak bius tu. Saya bau macam daging terbakar. Tapi layan je la. Lepas tu rasa macam perut digoncang goncang. Dannnn dengar la tangisan baby yang nyaring dia kemainnnn. Dr Rabin tanya, cikmin, u dengar tak baby u nangis. Masa ni dah melelelleh airmata. Hampir 4 tahun saya tunggu tangisan ni. Baby keluar pukul 4.30am.

Then baby pon dibawa ke sebelah muka saya. Saya cium. Tapi tetap nangis. Nurse halakan baby ke breast saya untuk skin to skin. Then baby pon dibersihkan dan dibawa ke nursery. Alhamdulillah. Saya pulak tunggu untuk perut dijahit semula. Tanya Dr Baha diorang tengah buat apa. Dr Baha gtaw tengah jahit lapisan ke tiga. Saya tak rasa pape. Cuma rasa mengantuk. Still tak boleh tidur. Bila dah siap semua saya disorong ke recovery bay. Berbual dengan staff OT. Staff tu kata baby dah berak eh dalam perut. Pastu saya blur. Rupanya lendir hijau tu najis baby. Nasib baik saya tak tahu, kalau tak mesti saya lagi takut. huhuuhu. 

Sampai kat bilik, eh apsal besar bilik ni. Rupanya bilik penuh, saya masuk bilik VIP. Layan je la. 

Sejak keluar OT sampai tengahari saya tak tidur sebab excited tunggu baby. Rupanya baby saya HYpoglacemia ke apa nama. Bacaan gula rendah. Sebab masa mengandung saya suntik insulin, so baby macam tak pandai nak produce insulin sendiri. Macam tu la kot. So, doctor nak monitor bacaan gula. Pukul 2pm baru baby datang dan ngam2 Lactation Nurse pon datang. 

Baby nak menyusu. Saya terkial kial nak pegang baby. Nak sua kan puting ke baby lagi. Dah la masa tu masa melawat. HOS perempuan dapat tengok free show cara cara nak latch kan baby. Hahaha. Akhirnya dapat juga baby hisap susu. Susu awal tu yang penting kan. Alhamdulillah. 

Sebelum maghrib, nurse datang nak ajar saya bangun dan pergi toilet. Sebab nanti risiko darah beku tinggi kalau tak bergerak. Sakit memang sakit. Tapi kuatkan semangat sebab fikir baby je. Nurse ajar teknik pernafasan bila sakit. Husband pon kalau nampak saya sakit dia suruh saya bernafas macam nurse ajar. Alhamdulillah saya boleh ke toilet. Tapi biasalah nak naik balik katil susah sikit. Tapi tak boleh mandi lagi. Huhuhu. 

Esoknya Dr Rabin datang, saya baru lepas lap2 badan dan duduk kat kerusi. Doktor kata bagus sebab saya dah cuba bergerak. Kembang hidung kena puji. Saya discharge hari Khamis tapi baby masih kuning. Kena follow up lagi 3 hari. Yeay nak balik. 

Itulah kisah kronologi kelahiran baby saya. Pengalaman baru. Alhamdulillah. 

Saya doakan sesiapa yang sedang berusaha mendapatkan anak, akan dikurniakan rezeki anak. Amin.

Till then, 
Assalamualaikum.