Tuesday, March 21, 2017

Happy Birthday My Dear Blog

Assalamualaikum

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR BLOG!

Awal awal dulu nama blog ni HOPE IS HARAPAN. Memang tuan blog pun selalu je la berharap. Sampai kesudah. Hahaha. Blog ni dulu sangat meriah, in fact saya dapat beberapa kawan baru masa aktif dengan blog yang kami masih contact thru FB lagi sampai sekarang. Masa 2009 tu saje je menulis sebab nak hilangkan bosan, then tetibe jadi rajin pulak. Lagipun dulu kat Friendster pun dah start ada blog. 

Sekarang? Blog ni pun dah tukar nama. Semua dah berubah. Hampir semua entry sebelum 2013 sudah saya Revert to Draft. Kenapa? Tak semua benda kita nak kongsi. Ada benda yang kita nak simpan untuk kita sahaja. So, sekarang blog ni hanya jadi blog yang pengunjungnya hanya saya. Cukuplah. Kalau ada yang tersinggah blog ni, jemputlah baca apa adanya. 

Saya sangat suka baca blog orang. Antara yang wajib saya baca ialah Redmummy sebab suka tengok dia jadi Supermak dan yang paling kagum dia didik anak lelaki dia untuk buat kerja rumah. Perghhh. Saya salute KakRed. 

Then, saya suka baca blog Diana Ishak, NeenaAnuar, Ceeramoon, Sepet Noh, Kathyjem, Cik Apple, Irine Nadia dan ramai lagi. 

Till then, 
Assalamualikum

No comments: