Friday, September 30, 2016

Blessings

Assalamualaikum. 

Sementara rajin menulis ni. Sebenarnya memang sangat nak menulis. Tapi masa amat mencemburui.

Dah setahun 5 bulan kami berkahwin. Tipu kalau kata saya tak sedih bila orang tanya pasal anak. Lagi lagi bila lepas saya buat Laparoscopy untuk buang cyst di ovari kanan. Memang sedih. Tapi sekarang ni saya nak positif je. 

Saya ada family yang sentiasa support saya. Yang tak pernah tanya bila saya nak ada baby. Tak pernah. Saya ada suami yang sangat positif. Suami yang selalu yakinkan saya suatu hari nanti kami akan ada baby. Saya ada kawan kawan yang sentiasa bagi kata kata semangat. Kawan kawan yang bagi saya bermanja dengan anak anak mereka. Allah. Apa lagi yang saya nak? Allah dah bagi macam macam. 

Wake up, Aminah. 

Apa lagi yang saya mahu? Biar Allah yang rancang perjalanan hidup saya. 

Lets talk more about blessings. 

Till then, Assalamualaikum. 

Kerja dan Cuti

Assalamualaikum. 

Salam Jumaat. 

Hari ini kerja half day. Waktu kerja kat sini macam pelik sikit. 

Ahad - Khamis : 8.30am - 5.00pm
Jumaat : 8.30am - 12.30pm

Johor kan cuti Jumaat dan Sabtu. Makanya company saya ni kalau normal Sabtu half day, Ahad cuti. So di tukar mengikut Johor la. 

Saya harap sangat cuti ini akan diselaraskan atau dengan kata lain, di wajibkan kepada semua syarikat swasta. Suami saya pulak Sabtu Ahad cuti. Kami suami isteri tiada masalah. Masalahnya orang lain pula yang ada masalah bila kami bagi alasan cuti kami tak sama. Bila orang persoalkan, sekejapnya cuti. Sabar je la. Kalau ikut hati ini, memang nak je lama bercuti tapi cuti tahunan ada 21 hari bukan 100 hari. Hurm. sabar je la. 

Hari ini 30 September. Standby untuk closing. Minggu ni dapatlah cuti hujung minggu 2 hari. Sebab 2 Oct Ahad Maalhijrah. Tetapi cik abang saya pula kena bekerja. Adat bekerja kan. Bila kena kerja, kerja la. Selagi di bayar. 

Selamat Bercuti, gais. 

Till then, 

Assalamualaikum. 

Thursday, September 29, 2016

Wake me up when September ends

Assalamualaikum. 

Wake me up when September ends. 

Itulah rumusan kehidupan saya dalan bulan September ini. Kenapa? Bulan ni la yang paling busy di dunia. Lepas satu event, satu lagi. Meh saya senaraikan. 

07 September - Exam ACCA.
12 September - Raya Aidiladha di Gelang Patah. 
14 September - Mak buat kenduri arwah. Birthday arwah Harun 15 Sept :(
16 - 17 September - BFF nikah dan majlis bersanding di Benut. 
22 September - MIL & FIL balik dari haji. 
23 September - Kenduri doa selamat MIL FIL. 
26 September - Meeting di KL. 

Fuh. Masa taip ni terbayang huru hara nya hidup masa bulan ni. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan setiap urusan saya. 

Bulan Oktober ni saya akan ambil Annual Leave. Habiskan cuti sebelum auditor masuk bulan November. Plan nak bercuti. Nak  ke mana tapi tak tahu lagi. Duduk rumah pun best. Hahaha. 

Sekarang ni mood mendeko rumah adalah sangat mencanak canak. So, masa banyak habis belek2 majalah, google gambar. Berangan nak ke IKEA, KAISON, DAISO, DIY dan macam2 lagi. Berangan je la. 

Till then, 

Assalamualaikum.

Sunday, September 11, 2016

Tetamu Allah

Assalamualaikum. 

Hari ini Hari Arafah. Plan memang nak sangat berpuasa. Tapi ditakdirkan Miss P datang menjelma. Lepas operation somewhere in February Miss P memang huru hara. Ikut suka hati nak datang. Apps My Calendar pun dah pening. So, natijahnya, tina2 je datang. Anyway, tak kisah pun dia nak datang bila. Selagi dia datang kan. 

Nak cerita yang Mak dan Abah (MIL & FIL) dapat menjadi tetamu Allah tahun ini. Alhamdulillah.

Tetapi...  2 minggu sebelum mereka pergi, abah accident. Kaki bengkak tak boleh jalan. Sedih sangat bila tengok abah macam tu. Tapi mereka sangat positif dah serahkan semua kepada Allah. Masa hari nak hantar mereka kat airport, tiba tiba nampak abah dah boleh berjalan tapi pelan pelan la. Terkejut jugak la. 

Nasib mereka sangat baik, mereka sebilik dengan 2 hamba Allah yang sangat baik. Suami sebilik dengan abah. Isteri sebilik dengan mak. Si Suami ni yang tolak wheelchair abah. Tolong abah. Yang Isteri pon sama. Tolong basuh baju Mak. Moga Allah balas kebaikan mereka. 

22 September ni mereka balik. Harap urusan mereka dipermudahkan. 

Esok nak raya. Hari ini masih kerja. Apadehal. Hari raya aritu pon saya kerja. Hehehe

Till then, 

Assalamualaikum

Friday, September 09, 2016

Exam Plan

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah exam dah settle. Rasa lepas segala bebanan di bahu bila habis jawab exam. Macam biasa. Memang dah jawab sehabis baik. Tapi biar Allah yang tentukan. Result 17 Oct. Sekarang dah start planning nak amek paper December. Tapi macam rushing. Sebab nak interim audit lagi. Dah la paper baru. Maknanya tak pernah study langsung. So, decide nak ambil paper March. Harap adalah sitting untuk paper tu March nanti. Dalam masa yang sama plan nak amek paper June. So, kita study dua2 paper sekali la. Ample time. Ample tak ample sangat la. Tapi cukup la kot. Sebab yang paper aritu pon aku amek masa 6month nak buat revision. Tu paper yang dah repeat kali ketiga pulak. So, paper yang baru belajar ni, kita kene study betul2. 

Haritu amek Paper P1 - Governance, Risk & Ethics

Plan nak amek P3 - Business Analysis on March 2017

Pastu Paper P2 - Corporate Reporting on June 2017

Tapi kena start study sekarang. 

Doakan saya. 

Till then, Assalamualaikum.