Sunday, August 28, 2016

Gambar

Assalamualaikum. 

Last week lepas tulis entry, nak post gambar. Bila nak upload gambar, perasan ada option untuk pilih gambar dari blog. Terkejut gak saya sebab semua entry yang lama lama saya dah set "Revert to Draft". Maksudnya semua entry ada tersimpan di dalam draft. Ye la dulu zaman saya agak jahil. Zaman semua pun nak di masukkan dalam blog. Bila baca balik, rasa menyampah pun ada. 

Rupanya gambar yang kita pernah upload dalam blog ni akan tersemat rapi di dalam satu album dalam Google. Dalam Google ok. Yang orang boleh cari di hujung jari sahaja. Allah. Berderau darah. Ingatkan bila kita dah revert to Draft, semua gambar pun akan ikut jadi draft. TIDAK. Maka sambil jantung berdegup laju, cari la jalan nak delete semua gambar tu. Bukan ada gambar tak senonoh pun. Tapi saya tak nak la gambar saya bersepah sepah. Padahal FB & IG pon ada kan. ahaks. 

Makanya, saya baru tahu gambar tu tersemat rapi dalam PICASA album dan GOOGLE album. No wonder la, kalau saya sync kan handphone dengan Blog, akan ada balik gambar2 tu dalam handphone. Sangat la tak best sebab dalam tu ada gambar2 yang saya tak suka. So, natijahnya. 

DELETE ALBUM !

Barulah rasa lega tahap tertinggi. 

Till then,

Assalamualaikum.

Saturday, August 27, 2016

Mencari Salah

Assalamualaikum...

Apa yang paling senang dalam dunia ni? Apa yang paling susah dalam dunia ni?

Mencari salah orang lain paling senang. Mencari salah sendiri paling susah. 

Sangat senang kita melihat kekurangan dan kesalahan orang lain. Senang sangat untuk melantik diri menjadi malaikat dan tentukan itu salah dia. Ini salah dia tu. Yang ni dia tu yang salah yada yada yadaaa. Hurm. Banyak sangat berhadapan dengan manusia yang hanya merasakan mereka sahaja yang betul. Kesalahan adalah dari orang lain. Mereka seolah maksum dan tak pernah melakukan salah. Andai dia melakukan salah pon kerana orang lain yang buat. Senang cerita, semua pun salah orang. Andai dia buat salah, dia minta maaf tapi tetap salahkan orang lain. Bila ada masalah, tetap cakap, sebab kan dia ni la, dia tak boleh setel kan masalah tu. Sebab dia tu la, dia masih tak boleh selesaikan masalah ni. 

Wake up people. Please. 

I am sick with this kind of people. They are portraying themselves as a good person with a positive aura. But actually they are not mature enough to handle their problem. Every problem is caused by others. Oh man. They will try to play victim. Any incident is because they are the victim and others are the devil. Allah. Its hard to deal with this kind of people. Heartless people. 

Lagi best bila mereka mula membuka mulut untuk menghasut orang lain membenci orang yang mereka tak suka. Weiii. Cukup je la hang yang benci aku. Tak payah hasut orang lain benci aku. Aku tak de masalah dengan diorang la. Haisyhhhh marah betol saya. 



Moga kita dijauhkan dari sifat suka menyalahkan orang lain, suka memburukkan orang lain dan mengumpat orang. 

Till then, 


Assalamualaikum.