Friday, December 21, 2018

Pengalaman Melahirkan Anak

Assalamualaikum.

Lama benar tak menulis. Fuhhh. Nak share kronologi kelahiran baby saya. 

03.10.2018
Checkup dekat KPJ. Since saya dah complete injection Dexa, Dr Rabin tak nak ambil risiko nak delay kan delivery saya. So, saya genap 37 weeks on 10.10.2018 dan kebetulan Rabu memang hari OT Dr Rabin. So terus book tarikh operation. Masa ni rasa macam nak semput sebab nervous sangat. Sebab bila kira ada seminggu je lagi nak bersalin. 

05.10.2018, Jumaat
Satu hari berjalan dengan mak ayah dengan Yaya. Dapat makan Nandos. 

07.10.2018, Ahad
Pagi ada checkup kat KK Antoi sebab lepas bersalin, stay kat Majidi. Kena jumpa MO kat Klinik Kg Melayu. Lepas setel checkup lapar nak gila. Ajak suami makan kat depan masjid. Makan soto nasi. Rasa macam tak kenyang, order plak murtabak. Balik dari makan, mak nak tampal gigi berlubang. Ok la kita ikut. Sampai kat Klinik Gigi, saya teman mak. Alamak kena naik tangga, takpe la. Larat lagi ni. Setel urusan mak balik rumah. Malam tu Yaya dengan suami dia datang. Suami saya keluar beli makanan. Balik je dia bawak balik mee goreng, kueytiaw, mihun goreng Pak Arip. Pergh sedap makan ramai2 plak. Lepas makan nak tengok Gegar Vaganza, masa duduk tu rasa lenguh pinggang. Try baring still tak selesa. Pukul 10pm masuk bilik sebab sakit pinggang. Pukul 1.45am terbangun nak terberry. Rasa perut mengeras, Saya pujuk baby, jangan keras sangat sayang, sakit ibu. Setel urusan, masuk bilik, baring. Baru teringat tak solat Isyak, bangun nak g toilet nak amek wudhu.

Jeng Jeng Jeng

Saya bangun je dari katil, berdebushhhhh air ketuban pecah. Bunyi macam air paip pecah. Husband bangun sebab terkejut kuat sangat bunyi air tu. Habis basah lencuh bilik saya. Saya ketuk bilik mak, gtaw dah pecah air ketuban. Mak suruh pakai pad n terus g hospital. Tengah siap2, huru hara nak ambil beg, nasib baik barang dah packing, mak jenguk kat bilik sambil bawak mop. Mak saya ni kan pembersih. Maka kami berempat ke KPJ dengan 2 kereta. Masa ni tak sakit apa pon, Rasa lagi baby gerak. Siap call Dr Rabin gtaw. 

Sampai KPJ terus ke Labour Room. Nurse suruh pakai baju hospital sebab nak check jalan. Apaaaaa. Baby saya kan songsang dan memang plan nak czer. Terus saya cakap eh saya kena operate, tak boleh normal, tak payah la check jalan. Hahaha sebenarnya seram nak kena seluk. Nasib baik nurse tu tak jadi seluk. Peh seram. Then nurse tanya memang air jernih je kan keluar. Saya jawab, masa nak buang pad tadi ada macam lendir hijau. Muka nurse tu berubah. Terus pergi kat tong sampah untuk tengok balik pad tu. Saya tanya kenapa. Diorang jawab, takde pape cikmin. Cikmin relax je. Ok la. Then saya dengar nurse tu terus call OT gtaw emergency czer. Call Dr Rabin gtaw pasal lendir hijau. Saya relax lagi. Tak sakit apa pun. Baby pon gerak2. 

Ingatkan tak kena seluk tu dah nikmat. Sekali nak masukkan catheter kat tempat kencing tu ya ampun seksa sakit. Huhu. Pedih ngilu. Huhuhu. Then saya disorongkan ke OT pukul 4am. Masuk OT kali ke3. Suntikan epidural kat belakang. Dapat rasa kepanjangan jarum itu. Huhu. Then ubat bius plak masuk ikut drip. Perlahan2 rasa kaki macam kebas dan terus tak rasa. Dekat dada dorang letak macam penghadang. Saya rasa sangat mengantuk. Pakar bius, Dr Baha sentiasa kat sebelah saya. Dia cakap nanti cikmin akan rasa macam pisau lalu gitu tapi tak sakit. Siap dia lalukan jari kat pipi saya. Macam tu la rasa dia. Saya dah macam cuak. Alamak boleh rasa ke. Huhuhu. Then Dr Baha bagitau, ok dah start potong, cikmin rasa apa2 tak. Saya jawab tak. Dr Baha kata ok bagus maksudnya badan cikmin tak menolak bius tu. Saya bau macam daging terbakar. Tapi layan je la. Lepas tu rasa macam perut digoncang goncang. Dannnn dengar la tangisan baby yang nyaring dia kemainnnn. Dr Rabin tanya, cikmin, u dengar tak baby u nangis. Masa ni dah melelelleh airmata. Hampir 4 tahun saya tunggu tangisan ni. Baby keluar pukul 4.30am.

Then baby pon dibawa ke sebelah muka saya. Saya cium. Tapi tetap nangis. Nurse halakan baby ke breast saya untuk skin to skin. Then baby pon dibersihkan dan dibawa ke nursery. Alhamdulillah. Saya pulak tunggu untuk perut dijahit semula. Tanya Dr Baha diorang tengah buat apa. Dr Baha gtaw tengah jahit lapisan ke tiga. Saya tak rasa pape. Cuma rasa mengantuk. Still tak boleh tidur. Bila dah siap semua saya disorong ke recovery bay. Berbual dengan staff OT. Staff tu kata baby dah berak eh dalam perut. Pastu saya blur. Rupanya lendir hijau tu najis baby. Nasib baik saya tak tahu, kalau tak mesti saya lagi takut. huhuuhu. 

Sampai kat bilik, eh apsal besar bilik ni. Rupanya bilik penuh, saya masuk bilik VIP. Layan je la. 

Sejak keluar OT sampai tengahari saya tak tidur sebab excited tunggu baby. Rupanya baby saya HYpoglacemia ke apa nama. Bacaan gula rendah. Sebab masa mengandung saya suntik insulin, so baby macam tak pandai nak produce insulin sendiri. Macam tu la kot. So, doctor nak monitor bacaan gula. Pukul 2pm baru baby datang dan ngam2 Lactation Nurse pon datang. 

Baby nak menyusu. Saya terkial kial nak pegang baby. Nak sua kan puting ke baby lagi. Dah la masa tu masa melawat. HOS perempuan dapat tengok free show cara cara nak latch kan baby. Hahaha. Akhirnya dapat juga baby hisap susu. Susu awal tu yang penting kan. Alhamdulillah. 

Sebelum maghrib, nurse datang nak ajar saya bangun dan pergi toilet. Sebab nanti risiko darah beku tinggi kalau tak bergerak. Sakit memang sakit. Tapi kuatkan semangat sebab fikir baby je. Nurse ajar teknik pernafasan bila sakit. Husband pon kalau nampak saya sakit dia suruh saya bernafas macam nurse ajar. Alhamdulillah saya boleh ke toilet. Tapi biasalah nak naik balik katil susah sikit. Tapi tak boleh mandi lagi. Huhuhu. 

Esoknya Dr Rabin datang, saya baru lepas lap2 badan dan duduk kat kerusi. Doktor kata bagus sebab saya dah cuba bergerak. Kembang hidung kena puji. Saya discharge hari Khamis tapi baby masih kuning. Kena follow up lagi 3 hari. Yeay nak balik. 

Itulah kisah kronologi kelahiran baby saya. Pengalaman baru. Alhamdulillah. 

Saya doakan sesiapa yang sedang berusaha mendapatkan anak, akan dikurniakan rezeki anak. Amin.

Till then, 
Assalamualaikum. 

Wednesday, September 26, 2018

35 weeks

Assalamualaikum.

Bertemu kembali. Harini my sweet little baby dah 35 weeks dalam perut. Dan ibu dia ni kena tahan ward semalam. Kronologi kena masuk ward :

Sabtu, 22.03.18
Harini cuti sebab Sabtu. Plan adalah lepas suami balik pertandingan bowling, nak pergi cari Breast Pump, since dah nak masuk 35 weeks kan. So nak pergi kat Pump On The Go dekat Uda. Pagi2 suami dah belikan breakfast dan lunch. Hahaha. Suami saya memang akan pastikan saya makan cukup sebab saya boleh menjadi raksaksa kalau lapar time pregnant. So lepas breakfast, layan Amazing Race, dan ulang alik toilet nak kencing. Perasan sebab bawah perut rasa keras. Baby pulak bila kita kacau baru bagi satu kick macam tu. Ok takpe kita tunggu lagi. Sampai tengahari pun sama, kena usap2 baru bagi kick. Tak normal ni. Suami balik pukul 2.30pm, saya cuba tidur sebab selalu baby akan kick masa tidur. Bila bangun tidur pon masih macam tu. Terus siap2 nak pergi KPJ untuk buat ctg. Since ni kali kedua kena macam ni. Sebelum ni pon sama baby duk tidur je. So, saya bersiap la nak balik rumah mak lepas beli Breast Pump. Dah pakai cantik2 ni. Sekali je, sampai hospital, Doctor yang biasa tengok saya cuti, doctor Nik yang cover. Terus dia admitkan saya. Ternganga laki bini ni sebab ingat monitor ctg je. Dr Nik kata sebab saya high risk ada diabetic and asthma so kena observe kat ward. Ok la. Bila buat ctg, ada nampaklah contraction sikit. Yang mengeras tu rupanya contraction. Manalah kita tahu kan. So, amek darah dan urine dan bermalamlah kami di hospital. Dr Nik start dengan suntikan Dexa untuk matangkan paru2 baby. 

Ahad, 23.09.18
Result urine dah keluar, ada infection rupanya. Sebab tu ada contraction dan selalu g toilet. Tengahari buat ultrasound, semua ok. So, Dr Nik bagi MC sampai 36weeks. The earliest date yang saya boleh bersalin. Berat baby dah 2.8kg. Lepas discaj, terus cari breast pump yang tertangguh semalam. Terus balik rumah mak. Rehat kat sana sebab rumah sendiri kan ada tangga. 

Isnin, 24.09.18
Memang totally rehat. Tolong mak masak tapi tolong sikit2 je. Memang tidur, makan, g toilet, main dengan Arissa. Lepas dinner perasan perut macam keras sangat. Tapi makan tak banyak. Tapi biarkan sebab baby gerak ok je. 

Selasa, 25.09.18
Bangun pagi, perut sangat keras. Tapi ok lagi.Baby gerak macam biasa. Masuk tengahari, lepas baring, nak bangun rasa sakit sangat pinggang. Sakit yang sakit. Duduk salah, bangun salah, baring lagi sakit. Terus call husband suruh balik n nak pergi hospital. Packing baju sikit sebab takut kena admit lagi. Sampai KPJ, memang kena admit sebab nak observe. 

Maka, kerana itulah saya berada di hospital hari ini. 

Sekadar coretan untuk kenangan. Moga semua dipermudahkan. 

Till then, Assalamualaikum. 

Tuesday, August 28, 2018

Tegur

Kalau tak suka or tak berkenan dengan sesuatu, boleh tak kalau direct terus tegur. Ini sebolehnya nak bagitahu orang lain. Contoh : 

Ali nampak Ahmad bawa motorsikal tak pakai helmet. Ali jumpa Bala dan bagitahu yang Ahmad bawa motorsikal tak pakai helmet. Bala pula merasakan yang niat Ali ialah untuk menyuruh dia menegur Ahmad. Maka, Bala pula pergi berjumpa Ahmad dan bertanya betul ke Ahmad bawa motor tak pakai helmet. Ahmad mengaku dan tanya mana Bala tahu. Bala memberitahu Ali yang nampak. Ahmad marah sebab Ali tak direct dengan dia dan memarahi Ali. Ali pula memarahi Bala dan menuduh Bala sebagai batu api dan parasit sebab melaga lagakan Ahmad dengan Ali. 

Pengakhirannya, Bala yang menjadi orang tengah yang dipersalahkan sebagai batu api. Padahal, apa tujuan Ali beritahu Bala? Sebab nak membawang? Sebab nak suruh tegur? Boleh je bagitahu sendiri kan. Tapi Ali nak jaga imej diri, yang kengkonon baik dan suci, maka mempergunakan Bala untuk menegur Ahmad. Dan play victim yang dia mangsa keadaan. Peh. Terbaik. 

Kesimpulannya, kalau ada rasa tak kena, tak perlu melalui orang tengah, tegurlah sendiri. 

Tuesday, August 21, 2018

Hargai

Assalamualaikum

Esok dah raya Haji. Cepatnya masa berlalu. I am so looking forward untuk masak masak dengan mak saya. Terlampau suka. Lagi lagi kalau masak untuk raya puasa. Saya paling semangat nak potong, nak siang apa2, nak cuci apa2, bagi je, tak akan merungut punya. Esok nak raya, petang ni balik kerja terus nak balik rumah mak. Allah je tahu betapa rindunya nak spend time masak2 dengan mak. Raya puasa aritu turn rumah mertua, so raya haji dan raya puasa tahun depan adalah turn rumah mak saya. Bak kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Dulu duk fikir, mestilah suka hujan emas kan. Hujan batu kan menyakitkan. Tapi sekarang baru faham, emas segantang pon tak boleh lawan batu permata. Hahaha. Sakit pun sakit la kan. 

Merepek pulak.

Hargailah masa bersama orang yang kita sayang sebab kita tak tahu sampai bila Allah izinkan kita bersama mereka. Lepas kehilangan Harun, saya memang akan hargai masa bersama orang yang saya sayang. Cukuplah dulu suka bergaduh dengan Harun. Gaduh mulut manja2 je. Tapi bila dah dewasa takde dah gaduh. Cuma tak puas nak berkasih sayang. 

Ok. Selamat Hari Raya AidilAdha 1439H. Malam ni jangan lupa banyakkan berdoa. Mustajab InsyaAllah. 

Till then, 

Assalamualaikum

Monday, August 20, 2018

Czer or Normal?

Assalamualaikum

Minggu ni saya akan memasuki 30 weeks. Cepat sungguh masa berlalu. Masa baru tahu pregnant, rasa lambat sangat nak sampai hari Rabu. Sebab setiap Rabu saya akan genap seminggu. Tapi bila da makin busy dengan kehidupan, eh tetiba nak masuk 30 weeks. 

Tambah tolak ada 8 - 10 minggu sebelum baby lahir. 

Saya kan ada diabetes, so Doctor dah cakap kemungkinan besar akan czer. Sebab baby besar. So, saya da memang set dalam otak, akan czer. Last 2 weeks saya jumpa dengan Specialist kat KK Masai. Doctor tu kata lebih baik normal sebab luka czer susah nak jaga. Dia kata baby saya berat normal setakat harini. Lepas jumpa doctor tu terus termenung sebab nak ubah mindset yang sebelum ni dah set czer. Maka bermula lah episod google "Teknik Pernafasan", "Cara meneran dengan betul" dan banyak lagi. 

Moga Allah permudahkan urusan saya untuk bersalin dengan apa cara sekali pun. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya dan baby. 

Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin

Till then, 

Assalamualaikum

Thursday, August 16, 2018

Kronologi 3

Assalamualaikum

Sambungan dari kronologi 2. 

Lepas dah nampak dan dengar heartbeat, barulah my gynae cakap, 

"Congratulation Cik Min and husband"

Sebenarnya saya ada rasa macam sentap sikit dengan gynae ni. Sebab dia tak excited langsung masa saya jumpa awal2 aritu. Padahal dia yang buang cyst saya and saya dah plan nak buat iui dengan dia. Tapi tak sempat iui, saya pregnant. Gynae ni siap cakap, saya high risk pregnancy sebab overweight, asthma, diabetic. Siap explain, akan ada kemungkinan ectopic or tak jadi. Gila tak sentap? Tapi lepas nampak hearbeat baru gynae explain, dia taknak kami berharap terlalu tinggi sebab anything can happen. Barulah ada senyum sikit muka. Hehehehe

Lepas tu, gynae refer ke Physician untuk kes diabetik saya. So saya on insulin. First month saya beli insulin kat KPJ. Sebulan je saya punya expenses untuk insulin almost RM500. Tapi mak saya marah bila saya merungut, mak kata dah tunggu 3 tahun kan, apalah sangat RM500 sebulan tu. Mak sangat positif. Then, ada yang suggest suruh ambil kat Klinik Kesihatan. So, saya pun fikir balik, ada baiknya. Maka bermulalah episod saya buka buku Merah. Sebenarnya saya tak plan nak buka buku merah sebab saya memang bersalin di KPJ sebab free. 

So, bila call KK Cahaya Baru, buatlah appointment nak buka buku Merah. Separuh hari jugak. sebab sticker saya KUNING. Kuning ni kira ada masalah sebab ada diabetic kan. Lepas ada buku, bermula lah ulang alik KK Cahaya Baru setiap 2 minggu. Saya akan jadi orang pertama beratur, 8am start checkup, 8.30am dah settle, tapi kena pergi KK Masai ambil Insulin. Takpe, demimu anak, saya sanggup bersusah payah. Sekali dapat insulin untuk 2 weeks dan free. Ya Allah. Alhamdulillah. Nama pun akauntan, haruslah berkira kira kan. Susah sikit tak pe, asalkan free. Rutin checkup memang setiap 2 minggu. 

Pengalaman baru untuk saya yang kerja kat hospital swasta bila pergi government kan. Tapi sama je, tetap ada MO, pakar dan nurse. Nurse plak baik sangat. Setakat bebel2 sikit tu, ala xde apa la. Bukan sesaje die nak bebel kan. 

Maka, berakhirlah episod kronologi tentang kehamilan saya. 

Till then, 

Assalamualaikum

Tuesday, June 05, 2018

Kronologi 2

Assalamualaikum..

Ok sambung. Entry lepas kan saya dah check UPT n dah gtaw semua orang dalam rumah. So, pagi tu Yaya nikah. Sebabkan saya dah tahu saya pregnant, so, saya buat kerja tak beria pun. Lek lek je. Sikit2 saya baring. Haha. Padahal 3 hari lepas elok je angkut bakul laundry mak nak keringkan baju, elok je tolong angkat kotak ngan ayah, eh semua elok je. Hahaha. Orang kata pre-caution. Lepas nikah, ada Yaasin. Malam tu pergi ke Dewan nak final touch up. Malam balik tido. 

Esoknya seawal 7pagi saya dan suami dah bersiap sebab nak pergi Dewan. Kakak pengantin kan. Majlis berjalan dengan lancar. Penat gila. Balik rumah perasan ada darah!! Darah coklat gelap. Ala macam baru nak period or dah nak habis period. Dah nangis dah. Huhu. Ajak suami g klinik. Tak boleh tidur, tak boleh makan. Pergi 3 klinik kat JB dan Pasir Gudang. Semua tutup. Last2 g KPJ. Tapi just ambil darah je. Nak check HPG count. 

HPG ni bacaan dalam darah. Boleh tentukan berapa minggu kita pregnant. Bacaan akan double up setiap 2 hari. Kalau tak double, ada banyak kemungkinan. So, esoknya pagi2 nurse dah call bagitau bacaan HPG saya sama dengan kandungan 5 minggu. Alhamdulillah. Walaupun still ada darah. Pukul 9am saya dah ke KPJ semula. Jumpa gynae. Scan guna TVS. Nampak la ada tiny dot. Gynae kata tu kantung. So, gynae bagi injection Pruluton untuk kuatkan rahim dan ubat Duphaston untuk kuatkan rahim sebab bleeding masa mengandung is A BIG NO. So dapat MC seminggu lagi. Hahaha. Bersambung sambung MC - cuti - MC. Tapi kena ambil darah untuk HPG tu.

Next weeknye still kena inject lagi. Kalini sakit gila ok. Rasa nyut nyut. hahaha. 

Next weeknya lagi dah 7weeks, dah tak de bleeding. Scan TVS dah ada hearbeat!! Alhamdulillah. 

Bersambung lagi...

Till then, 

Assalamualaikum. 

Friday, May 04, 2018

Kronologi Part 1

12 Feb - Naik flight ke KL, ada Final Presentation EDP. Naik flight sorang2. Tapi kena keracunan makanan pulak. Semalam makan pulut kuning yang hampir basi. Natijahnya, sepanjang dalam flight perut macam menggelodak macam nak gila. Sampai KLIA2, dapat beg terus cari toilet. Singgah makan Subway sebab masa dalam flight, orang sebelah makan subway. Hahahaha. Dalam hati, dasyat ko ni Mina macam peknen mengidam lain macam. Setel makan Subway, Naik KLIA Express ke KL Sentral, Masa tu baru pukul 10am. Call hotel samada boleh check in awal tak. Hotel jawab tak boleh. Ok fine. Lepak KL Sentral kat McD. Then nak g toilet plak, toilet dia takde paip plak. Terus amek cab g hotel. Lantak la. Try check in, eh boleh la. Hahahhaa. Selamat. Layan perut kat dalam bilik. Dah petang macam tu, perut makin ok. Malam g makan tomyam feveret ngan Nes ice sebab nak buat slide kan. Balik2 terus tidur, pukul 2am bangun, perut memulas. Dan bermula episod ulang alik toilet sampai pukul 7am. Ko rasa??? Hahaha. 

13 Feb - Roomate suruh buat teh pekat. 2uncang terus. Sampai kelas, dorang bagi ubat cherryberry. Baru lega la hai. So kelas discussion berjalan seperti biasa. Malam makan tomyam lagi. Wei feveret gila tomyam tu. Hahaha. 

14 Feb - Final Presentation. Kami group last. Alhamdulillah ramai suka proposal kami. So we end up the program. Balik JB dengan transport. 

15 Feb - Perasan bila dalam toilet macam ada jerawat kecil kat private part tapi tak sakit. 

18 Feb - Masa ni kemas rumah mak, dah start sakit macam jerawat tapi belum masak. Setiap kali masuk toilet sakit woo. 

19 Feb - Jumpa General Surgeon, sebab saya ada Diabetic, terus masuk OT pukul 5pm. Tak sangka masuk OT, ingatkan buat kat klinik je. Hahaha. Spinal bius. Sumpah tak best. Hahaha. Boleh dengar tapi mamai nak gile. Lepas operation, kaki macam kayu balak. Pukul 12 tgh malam baru boleh gerak. 

20 Feb - Dressing. Ya Allah, sakit gila. Bayangkan doc dah korek kat bahagian jerawat besar tu dan tak jahit. Ada kawah wei. Pastu siap masukkan gauze dalam kawah tu. Masa nurse buat dressing, rasa nak tendang je wei. Lepas tu kena buat Sitz Bath. Rendam ngan air garam. Tak sakit. Ok ok je. 

21 Feb - Da makin ok. Harap boleh discaj. Nasib baik jalan tak sakit. Duduk tak sakit. Cuma bila g toilet je problem. Huhuhu ngilu. Masa taip ni terasa ngilu. Ubat memang banyak gila. Layan je la. So doc bagi MC seminggu sampai 28hb. 1 mac - 4 mac saya ambil cuti. Ko rasa?

22 Feb - 28 Feb - Walaupun MC, tetap jadi runner sebab cuma saya seorang ada kat rumah. Hantar keringkan baju, beli itu ini. Macam2 la. 27 feb tu sempat follow up. Alhamdulillah luka da hampir kering. 

02 Mac - hari ni Yaya nak nikah pukul 10am. Pukul 5am cousin saya, Mas dah kejut sebab saya pernah tanya dia, kalau spinal bius memang akan delay kan period ke? Sebab last period saya 24 January, so, sepatutnya 24 Feb dah period. Tapi dah seminggu lewat. So, Mas suruh buat UPT. Walaupun berat hati nak buat sebab dah lamaaaa gila tak beli UPT sebab dah penat nak kecewa. So pukul 5am tu bangun dan terus g toilet. Masa dalam toilet tunggu sekejap, line yang satu tu kemain laju naik. Amboi jaga la hati kot ye pon nak kata negatif kan. So, masuk bilik wasap Mas kata negatif. Dia suruh snap gambar. Masa snap tu mcm samar sangat line kedua. Bila tunggu lagi 5 minit, eh makin terang la. Terus jantung macam nak tercabut. Sebab first time ni. Kejut suami. Tapi suami jenis blur sangattt. Kejut Yaya, yaya pun blur. Kejut mak, mak pun blur tapi siap pesan jangan kecoh2. Masa nak subuh, ayah bangun tanya bila pergi klinik sampai tahu pregnant. Hahaha ayah pun blur. Kesimpulannya semua orang blur. Adudududu. 

Ok nanti sambung lagi. 
Till then, 
Assalamualaikum 

Tuesday, April 03, 2018

Article Vivy Yusof

Assalamualaikum. 

Panas betul statement Vivy Yusof masa dia announce dia pregnant kat NST. Saya dah baca the whole article. Tengah article dia memang mention apa impression dia bila staff dia morning sickness teruk, asyik mc dan tak boleh bekerja masa pregnant especially first trimester. Then saya macam ok dia dah sedar lah yang impression dia selama ni salah since both pregnancies dia (Daniel & Mariam) smooth. Then, towards the end of the article, dia cakap, kita kena kuat, kena lawan all the perasaan bla bla bla. Ye bila baca nampak macam nak motivate orang. Tapi sebenarnya when it comes to pregnancy, saya boleh cakap bahagian masing2. 

Saya ada kawan2 yang macam2 pengalaman masa pregnant. Ada yang memang tak boleh makan langsung. Memang tak boleh. Bukan dia layan perasaan tu tapi memang tak boleh. Dah cuba pun keluar balik. End up drip air. Dia sendiri cakap dia dah cuba dan dia dah cakap dia kuat. Tapi memang bahagian dia Allah bagi macam tu. Ada juga yang 24 jam muntah. Siap ada baldi kat bilik. Memang bukan dilayan, memang bahagian dia begitu. 

My point is, semua ada bahagian masing2. Ada yang Allah bagi tak morning sickness, tapi ada diabetes. Ada yang muntah teruk, tapi baby membesar sihat. Ada yang pening2 je tapi badan jadi malas kemain. Tak salah nak nasihatkan untuk stay strong, tapi sebelum cakap, kita kena faham yang mereka2 ni dah mencuba sehabis baik. Article Vivy tu bagus, cuma kurang sensitivity bagi saya. Maafkan saya kalau saya salah.

Till then, 
Assalamualaikum

Thursday, March 29, 2018

Siti Aafiyah Khalid

Assalamualaikum. 

Siti Aafiyah. Empunya nama yang baru berusia 10 hari ini. Penantian selama 11 tahun untuk Tokti dan suami akhirnya berakhir. Allahu. 11 tahun. Saya yang baru nak masuk 3 tahun pun kadang kadang hampir putus asa. Masa dapat tahu artis kesayangan saya mengandung, saya punya happy macam saya yang mengandung. Tokti ialah antara bukti kekuasaan Allah. Bila Allah nak beri rezeki, Allah akan beri pada masa yang tepat. Allahu. Hebat percaturan Allah. Di saat semua orang mengimpikan mempunyai zuriat sendiri secepat yang mungkin, perancangan Allah menetap Tokti mempunyai zuriat selepas 11 tahun. 

Sebenarnya bila berbicara bab zuriat, saya agak terkesan. Melihat mak ayah yang terlalu sayangkan Arissa, saya dapat lihat riak itu andai mereka mempunyai cucu sendiri. Sedangkan cucu Mak Eton belakang rumah pun, mak ayah suka bagi hadiah, suka manjakan, apatah lagi andai mempunyai cucu sendiri. Saya dan suami masih redha dengan perancangan Allah. 

Saya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik. 

Till then, Assalamualaikum

Monday, March 26, 2018

Kisah MC : Ujian dan Hikmah

Assalamualaikum. 

Kembali semula. Lepas episod BISUL, saya dapat MC seminggu, kebetulan lepas MC sambung dengan cuti yang memang saya ambil untuk majlis adik saya. Allah tahu yang mak ayah saya cuma ada saya dan suami untuk uruskan majlis ni. So, saya acah acah berpantang dekat rumah mak. Actually tak pantang apa pun, cuma wajib makan orange sebiji sehari. Walaupun ada diabetic, sebab luka tu terbuka, seram wei nak tengok. Serius wei ada kawah kat situ. Scary wei. 

Sepanjang MC, memang tak MC sangat pun. Ke sana ke sini hantar baju, ambil baju, jumpa bridal, cari gubahan hantaran. Hahaha. Oh lagi satu, keringkan baju kat laundry. Sebab, ampaian dah dipindahkan ke open area, so mak saya stress bila hujan. So, saya pun offer untuk keringkan baju. Dia punya happy bila dah kering siap rangup2 panas lagi. Hahaha. Menggembirakan hati ibu kan dapat pahala. Walaupun macam nak tergolek ke sana sini. Hahaha. 

Malam2 akan ada orang datang rewang buat goodies dan bunga telur. Pelamin pasang awal gila. Hari Selasa tak silap. So, rumah macam cantik je. Tapi nak g dapur kemain nak selak langsir. 

Alhamdulillah, walaupun ditimpa ujian bisul, saya bersyukur ada hikmah yang tersembunyi. saya dapat tolong mak ayah. 

Till then, Assalamualaikum

Tuesday, March 20, 2018

B.I.S.U.L

Assalamualaikum. 

Bersiar kembali. Nak cerita pasal operation haritu. Bila orang tanya malu nak jawab. Tapi jawab je la. Ada jerawat yang makin membesar tapi tiada mata tumbuh di private part saya. Dekat dengan lubang najis. Sakit dia fuhhh masa nak membuang dan nak cuci sebab bergesel kan. 

Saya kan baik dengan doktor. So, whatsapp doktor gynae. Padahal takde kena mengena dengan gynae. So doktor tu kata dari cara saya cerita ia adalah BISUL. Omg. Baru teringat sebelum ni saya kene food poisoning yang teruk dan saya duduk kat mangkuk toilet tu lama dan kerap. So, gagah kan diri jumpa General Surgeon. Bila doktor tengok, Doc kata benda tu dah mencengkam. Doc suruh buat ultrasound nak tengok ada nanah ke x. Kalau ada nanah, perlu buang. Kalau takde nanah, boleh makan ubat dan dia akan mengecut. 

Bayangkan macam mana nak buat ultrasound kat kawasan tersebut. Nasib baik Radiologist perempuan. So, result keluar, sah ada nanah dan macam semakin banyak. Doc suggest nak operate. Ingatkan sekadar pecahkan. Eh tak eh. Masuk OT, kena bius bagai. Hahaha. Bius separuh badan. 

Serius tak best sebab inject ubat tidur. So sangat mamai. Tapi dengar. Hahaha. Lepas op, rasa kaki macam kayu balak. Berat sungguh. Lepas 6 jam lepas op baru rasa sakit ok. Nak kencing takut, nak buang takut. 

Esoknya kena buat dressing. Peh. Rupanya doc masukkan kain net panjang dalam tempat op tu. Dan tak jahit ok. Dia berkawah begitu. Mula2 tak tahu taw. Siap minta nurse ambilkan gambar. Peh. Scary. Masa keluarkan kain tu, Allah sakit wei. Hari kedua tu sembelit. Sebab takut nak buang. Huhu. Pedih lepas cebuk tu, Allah je tahu. Lepas keluar toilet akan duduk untuk tempoh bertenang. 

Setiap hari makan orange sunkist. Ayah akan pastikan stok oren sentiasa ada. Lepas seminggu, Alhamdulillah dah kering. Oh lupa nak cerita. Saya kena buat Sisz Bath. Sisz Bath ni rendam montot dalam air suam yang dah dilarutkan garam. Untuk make sure nanah tanggal habis. 

So, lepas MC seminggu, Alhamdulillah dah fully recover. Dah boleh g toilet dengan senyuman. 

Till then, 

Assalamualaikum. 

Thursday, January 18, 2018

ACCA P2 : Passed

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah I passed my P3 paper. 2nd attempt. Memang kena lulus sebab ACCA tukar subjek baru yang combine P1 & P3. So kalau hanya P1 yang pass, result tu akan hilang lebur begitu sahaja dibawa angin lalu. Alhamdulillah. Doa, Usaha dan Tawakal. 

Seperti yang sedia maklum, saya kan study sendiri di kala semua orang pergi kelas. Dengan kerjaya lagi. Memang saya ada malam sahaja dan weekend untuk study. Itu pun kena tolak malam yang tiba2 tak de mood, tetibe sakit kepala ke. Tapi saya sentiasa sedar diri. Saya kena double the work. Saya bayar sendiri, saya study sendiri dan apa yang saya buat ni bukan untuk sesiapa, bukan nak tunjukkan kat sesiapa, tapi untuk diri saya sendiri. 

Study leave saya hanya 2 hari sebelum exam yang saya habiskan di ofis! Mana taknya exam adalah awal bulan, saya memang busy dengan closing. Memang exam ni penting, tapi kerja tetap penting, tu tanggungjawab saya. Saya tak boleh biarkan staff saya terkontang kanting sebab saya takde. So, its a win win situation. And Alhamdulillah, Allah bagi saya rezeki untuk lulus. 

Actually, malam sebelum result keluar, saya dah rasa saya akan failed. Saya dah bersedia untuk ambil March exam sebab taknak result P1 saya hilang. Saya dah sedia nak repeat. Huhuhu. 

So, tinggal lagi 3 paper. So June ni saya akan ambil P2. Orang kata susah. Tapi saya taknak negative. Saya dah order buku from MPH. Nak register maybe next week. Total annual subscription and paper jejak RM1,000. Takpe. Ilmu kan. 

Doakan saya.

Till then, 
Assalamualaikum

Sunday, January 07, 2018

Happy New Year 2018

Assalamualaikum. 

Happy new year. 
Walaupun dah 7 hari berlalu. 
Lagi seminggu result ACCA nak keluar. 
Sekarang tengah busy closing account.
Sekarang dah busy nak prepare wedding Yaya. 
Apa lagi?
Azam tahun baru?
Nak perbaiki hubungan dengan Allah. 
Nak perbaiki jiwa/hati.
Nak perbaiki hubungan dengan family. 
Nak ada baby. 
Nak lulus ACCA.
Nak kurangkan shopping (tapi 2 hari lepas baru order blouse lagi. Haih)
Nak kurangkan merungut. 
Nak tengok semua benda secara positif.
Nak husnuzon.
Nak rajin. 
Nak KURUS!!!!

Hahaha till then, 
Assalamualaikum