Monday, February 27, 2017

TTC

Assalamualaikum. 

Apa itu TTC? 

Trying To Conceive. 

Dengan bahasa mudah, cuba untuk mendapatkan zuriat. Saya dah kahwin hampir 2 tahun. Dan masih belum ada rezeki nak dapat baby. Jangan tanya la saya nak baby ke tak. Of course saya sangatlah nak baby. 

Dah setahun lepas saya buat pembedahan untuk cyst. Tahun 2017 kami cuba untuk usaha. Sebab lepas operation tu saya kena ambil Lucrin yang buat saya tak period selama 6 bulan. So, tahun ni period pon dah cantik. Dah boleh kira waktu subur semua. So, lets focus. 

Walaupun perasaan saya sangat lah berharap kami akan dikurniakan baby, tetapi saya akan pastikan itu tidak akan mengganggu kehidupan kami. Maksudnya, kami akan usaha tapi kami akan serahkan segalanya kepada ALLAH. Saya taknak stress. Saya taknak sedih. Saya nak positif. 

Doakan kami. 

Till then, 
Assalamualaikum.

Tak Busy pon

Assalamualaikum

Selepas 20 hari baru nak update. Kerja tak busy pon. Plus saya akan dapat boss baru. Selama hampir 3 tahun ni saya jadi boss dalam department, so lepas ni saya adalah secondliner boss sahaja. Bukanlah turun pangkat. Cuma additional title. Gitu. What a relief. Sepanjang 3 tahun ni, memang sangat mencabar. Nak uruskan staff yang perangai sangat la whatever. Perangai yang tak matang. Nak tahan diri dari menjadi tak matang pon satu hal. Phew. Husband siap cakap, lepas ni dah takde la orang call pukul 2,3 pagi. Dah jadi routine kena oncall 24 hours. Hahaha. 

Saya busy dengan kehidupan. Sekarang kan ada 2 keluarga. Nak jaga hati 2 keluarga ni cabaran dia besar sikit. Nak cakap "TAK" or "TAK BOLEH" pun nak fikir banyak kali. Tapi mak ayah dan mak abah ok je. Yang tak ok orang lain. Nanti kalau lama sikit tak balik, mula lah keluar cerpen konon2 anak tak kenang mak bapak. Anak yang dah kawen dengan perempuan kaya yang lebihkan family mertua. Eh, macam2. So, sebelum beliau tulis novel, baik lah kami layankan je semua orang. Tapi kan, saya pulak yang rasa nak buat cerpen, Bersih itu sebahagian dari Iman, jagalah kebersihan, biar pemalas jangan pengotor, hati jangan hitam sangat, nak bela haiwan sila la jaga kebersihan. Eh banyak je yang saya boleh cerpenkan. Tapi saya bukan beliau. So, itu lah beza saya dan beliau. 

Cukuplah update setakat ini. 

Till then,
Assalamualaikum.

Monday, February 06, 2017

Yaya's E-day

Assalamualaikum

Alhamdulillah, satu satunya adik perempuan saya, Yaya dah selamat bertunang. Lama gile dia kawan dengan Aaron ni. Dari tingkatan 1 katenyee. Dulu ingat lagi, saya dan arwah Harun, kemain nak kongkong Yaya ni. Siap patahkan simkad la, sembunyikan handphone. Baru Tingkatan 1 dah ada pakwe bagai. Mana boleh. Sebagai abang dan kakak yang acah2 tegas, teruk gak si Aaron tu kena marah. Haha. Tapi dah jodohkan. Yaya pun dah ada kerja yang stabil. 

So Sabtu lepas berlangsunglah majlis pertunangan mereka. Sumpah penat wei. Dah la buat kat rumah Pulai yang 2 tingkat itu. Turun naik tangga tu macam hobi gitu. Nak tercabut betis ok. 

Moga dipermudah urusan. 

The big day is around the corner. InsyaAllah. 

Till then, 

Assalamualaikum

Friday, February 03, 2017

Account?

Assalamualaikum

Bersiaran kembali di bulan February. Audit dah habis. No issue. No adjustment. No drama. Hahaha. Compare to last year audit, full with drama. Auditor suruh kira balik loan repayment, nangis2 sebab stress dan bengang dengan auditor. Tahun ni, auditor agak baik. Tegas memang tegas tapi dia boleh dengar point kita. Plus, tahun lepas punya kesilapan, semua saya dah rectify dan make sure semua tak akan berulang. Plus my staffs yang sangat cemerlang. 

Talking about auditor, this year is the 3rd time saya deal dengan auditor. Saya join in 2014 when they just finish their audit. 3rd time means 3rd year. 3 tahun dah wei kat sini. Tak rasa macam 3 tahun sebab hospital yang saya kerja ni antara hospital yang baru buka. So, kalau dalam meeting, still rasa diri ini kerdil kalau nak dibandingkan dengan hospital2 besar lain. Tapi in terms of experience, Alhamdulillah, I managed to learn and still learning. Accounting world is changing, we have to adapt with the changes. 

In total, saya dah bekerja lebih kurang 7 tahun. Dalam bidang Audit & Accounting. Best ke? If you ask me, I will answer, YES!

Accounting is not just dealing with numbers. You will deal with strategy, planning, governance and ethics. And the most important thing is trustworthy - AMANAH. You are dealing with other's money like RM million, man.

So, adik2 yang nak ambil account. Dont worry walau masa form 4 n form 5 account ni dalam aliran sastera. Sastera ke sains, bukan penentu kejayaan kita. Next entry, saya akan cerita macamana saya boleh pilih accounting filed. 

Till then, 

Assalamualaikum