Thursday, March 29, 2018

Siti Aafiyah Khalid

Assalamualaikum. 

Siti Aafiyah. Empunya nama yang baru berusia 10 hari ini. Penantian selama 11 tahun untuk Tokti dan suami akhirnya berakhir. Allahu. 11 tahun. Saya yang baru nak masuk 3 tahun pun kadang kadang hampir putus asa. Masa dapat tahu artis kesayangan saya mengandung, saya punya happy macam saya yang mengandung. Tokti ialah antara bukti kekuasaan Allah. Bila Allah nak beri rezeki, Allah akan beri pada masa yang tepat. Allahu. Hebat percaturan Allah. Di saat semua orang mengimpikan mempunyai zuriat sendiri secepat yang mungkin, perancangan Allah menetap Tokti mempunyai zuriat selepas 11 tahun. 

Sebenarnya bila berbicara bab zuriat, saya agak terkesan. Melihat mak ayah yang terlalu sayangkan Arissa, saya dapat lihat riak itu andai mereka mempunyai cucu sendiri. Sedangkan cucu Mak Eton belakang rumah pun, mak ayah suka bagi hadiah, suka manjakan, apatah lagi andai mempunyai cucu sendiri. Saya dan suami masih redha dengan perancangan Allah. 

Saya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik. 

Till then, Assalamualaikum

Monday, March 26, 2018

Kisah MC : Ujian dan Hikmah

Assalamualaikum. 

Kembali semula. Lepas episod BISUL, saya dapat MC seminggu, kebetulan lepas MC sambung dengan cuti yang memang saya ambil untuk majlis adik saya. Allah tahu yang mak ayah saya cuma ada saya dan suami untuk uruskan majlis ni. So, saya acah acah berpantang dekat rumah mak. Actually tak pantang apa pun, cuma wajib makan orange sebiji sehari. Walaupun ada diabetic, sebab luka tu terbuka, seram wei nak tengok. Serius wei ada kawah kat situ. Scary wei. 

Sepanjang MC, memang tak MC sangat pun. Ke sana ke sini hantar baju, ambil baju, jumpa bridal, cari gubahan hantaran. Hahaha. Oh lagi satu, keringkan baju kat laundry. Sebab, ampaian dah dipindahkan ke open area, so mak saya stress bila hujan. So, saya pun offer untuk keringkan baju. Dia punya happy bila dah kering siap rangup2 panas lagi. Hahaha. Menggembirakan hati ibu kan dapat pahala. Walaupun macam nak tergolek ke sana sini. Hahaha. 

Malam2 akan ada orang datang rewang buat goodies dan bunga telur. Pelamin pasang awal gila. Hari Selasa tak silap. So, rumah macam cantik je. Tapi nak g dapur kemain nak selak langsir. 

Alhamdulillah, walaupun ditimpa ujian bisul, saya bersyukur ada hikmah yang tersembunyi. saya dapat tolong mak ayah. 

Till then, Assalamualaikum

Tuesday, March 20, 2018

B.I.S.U.L

Assalamualaikum. 

Bersiar kembali. Nak cerita pasal operation haritu. Bila orang tanya malu nak jawab. Tapi jawab je la. Ada jerawat yang makin membesar tapi tiada mata tumbuh di private part saya. Dekat dengan lubang najis. Sakit dia fuhhh masa nak membuang dan nak cuci sebab bergesel kan. 

Saya kan baik dengan doktor. So, whatsapp doktor gynae. Padahal takde kena mengena dengan gynae. So doktor tu kata dari cara saya cerita ia adalah BISUL. Omg. Baru teringat sebelum ni saya kene food poisoning yang teruk dan saya duduk kat mangkuk toilet tu lama dan kerap. So, gagah kan diri jumpa General Surgeon. Bila doktor tengok, Doc kata benda tu dah mencengkam. Doc suruh buat ultrasound nak tengok ada nanah ke x. Kalau ada nanah, perlu buang. Kalau takde nanah, boleh makan ubat dan dia akan mengecut. 

Bayangkan macam mana nak buat ultrasound kat kawasan tersebut. Nasib baik Radiologist perempuan. So, result keluar, sah ada nanah dan macam semakin banyak. Doc suggest nak operate. Ingatkan sekadar pecahkan. Eh tak eh. Masuk OT, kena bius bagai. Hahaha. Bius separuh badan. 

Serius tak best sebab inject ubat tidur. So sangat mamai. Tapi dengar. Hahaha. Lepas op, rasa kaki macam kayu balak. Berat sungguh. Lepas 6 jam lepas op baru rasa sakit ok. Nak kencing takut, nak buang takut. 

Esoknya kena buat dressing. Peh. Rupanya doc masukkan kain net panjang dalam tempat op tu. Dan tak jahit ok. Dia berkawah begitu. Mula2 tak tahu taw. Siap minta nurse ambilkan gambar. Peh. Scary. Masa keluarkan kain tu, Allah sakit wei. Hari kedua tu sembelit. Sebab takut nak buang. Huhu. Pedih lepas cebuk tu, Allah je tahu. Lepas keluar toilet akan duduk untuk tempoh bertenang. 

Setiap hari makan orange sunkist. Ayah akan pastikan stok oren sentiasa ada. Lepas seminggu, Alhamdulillah dah kering. Oh lupa nak cerita. Saya kena buat Sisz Bath. Sisz Bath ni rendam montot dalam air suam yang dah dilarutkan garam. Untuk make sure nanah tanggal habis. 

So, lepas MC seminggu, Alhamdulillah dah fully recover. Dah boleh g toilet dengan senyuman. 

Till then, 

Assalamualaikum.