Sunday, April 13, 2014

Barang Hantaran

Assalamualaikum. 

Masih lagi nak cakap pasal Majlis Pertunangan saya. Hahaha. Lantakla. Blog saya kan. Mohon muntah la kalau korang dah muak. Ok. Kali ni saya nak share pasal gubahan hantaran masa tunang. Haha. Masih lagi feeling baru tunang. Hahaha

Dari saya untuk dia : 
1. Sireh junjung - tempah kat kedai bunga kawan baik mak
2. 4 meter kain nak buat baju Melayu
3. Jubah dari Mekkah
4. Coklat duit2 - mak yang belikan
5. Coklat Cadbury + Nips - sendiri punya idea
6. Rainbow cake - order online
7. Redvelvet cupcake - sponsor dan dibuat oleh Raza. Sedap gile!
8. Rainbow cookies & coklat Vochelle - sponsor by Farah
9. Coklat yang ada nama saya n cik abang - sponsor by Kak Eton
10. Epal hijau, merah dan pisang kaki - sponsor by mak n ayah. Beria mak nak beli buah kat Singapore jugak. 
11. Anggur hijau & Ungu - sponsor by mak & ayah gak. 

Dari dia untuk saya
1. Tepak sireh, cincin dan duit penanda hantaran
2. Kain sari
3. Rainbow cake - tempah sama2.
4. Buku-buku bacaan
5. Pulut kuning
6. Jelly cake
7. Pastri buah buahan
8. Coklat Ferero & Kiss
9. Buah epal merah

Best gile rasa dapat hadiah dari jumlah yang banyak. Hahaha. Lepas ni kene fikir barang hantaran kahwin. Saya dah cakap, jangan banyak2 sangat dulang. Nanti saya pening. Hahaha. 


Thursday, April 10, 2014

Setahun

Assalamualaikum. 

Lagi setahun lagi saya akan melangsungkan pernikahan. Setahun tu macam lama. Sebab tak sampai dua minggu jadi tunangan orang kan. Hehehe. Tadi tiba2 dapat Whatsapp dari bakal Wedding Planner saya:

Aminah, jadi tak nak ambil abang jadi wedding planner? Bila nak book. Lambat, nanti fully booked. 

Terus terasa, la dah nak kawen aku ni rupanya. Haha. Baru nak feeling2 jadi tunangan orang. Hahaha. Ok gedik sangat dah ni. 

Saya tengah fikir nak guna khidmat wedding planner or nak buat satu satu. Kalau dari segi harga, memang wedding planner agak mahal tapi menjimatkan tenaga dan fikiran. Masing masing ada risiko tersendiri. 

Hurmmm... 


Saya google2, jumpa gambar ni. Isyh cantik sangat ni kasut ni. Kalau saya pakai masa wedding, haruslah tetamu yang datang tengok kasut saya je bukan tengok muka saya yang comel ni. By the way, kasut tinggi gini memang tak berani nak try la. Kang ada pulak kejadian tak diigini terjadi. Haha.






Wednesday, April 09, 2014

Stay? Go?

Assalamualaikum. 


Bila ini yang terbaik. Bila ini yang ketetapan takdir. Bila ini yang Allah rancangkan. Saya redha. Sesungguhnya hidup matiku hanya kerana Allah. Dan setiap pekerjaanku kerana DIA yang satu. Moga perubahan ini bakal mendekatkan lagi aku kepada DIA. Amiiinn.

Mr Rabbit

Assalamualaikum. 

Saya kan kalau upload gambar cik abang kat FB, mesti tutup muka dia dengan emoticon Rabbit kat apps Line Camera. Bukan apa, bagi saya, sesuatu yang menjadi rahsia adalah lebih manis bila rahsia tersebut terbongkar. Ada laa dalam 3 kali saya upload gambar cik abang. 

Masa majlis pertunangan saya berlangsung, cik abang hadir tapi turun kereta lambat sedikit. Pada mulanya, ayah memang tak bagi dia datang.Tapi last last bagi jugak. Ayah saya kan tegas. Dia tak bagi ambil gambar berdua atas pelamin. Cameraman dah siap slow talk lagi dengan ayah. Memang tak dapat la. Hahaha. 

Masa cik abang makan, mereka tak perasan lagi tu la tunang saya. Sampai la jiran saya, Kak Ida ni datang nak bagi goodies bag kat dia. Kak Ida tanya, awak da dapat goodies bag. Cik abang jawab la belum. Sekali mak saya boleh nampak pulak. Terus mak jerit, ini lah tunangnya. Terus Kak Ida cakap, laa ni la Mr Rabbit tu. Hahahaha. 

Yang sorang lagi kawan saya pun nak cari cik abang ni. Dia cakap kat laki dia, tunang Mina ada janggut. Dah sudah, semua yang berjanggut diorang teka ni la tunang saya. Adoii. Lawak la. 

p/s : Saya bukan taknak tunjuk gambar cuma belum rasa nak tunjuk.

Monday, April 07, 2014

Tukar URL lagi

Assalamualaikum.

Saya tukar url lagi. 

Haritu lepas update blog, bila nak jenguk blog, dia tulis chrome crash ke apa. Cuak gak. Terus tukar. Saya takut nak annouce kat FB lagi link blog saya. Ye la. Dulu sebab announce la macam2 cerita keluar. Biarlah blog ni siapa yang sudi singgah, singgah la. Bukan ada apa pun. Cerita merapu dari saya. 

Tinggal lagi 10 hari je sebelum saya meninggalkan kerjaya sebagai "AUDITOR" selepas 3 tahun 9 bulan berada didalam kerjaya tersebut. Lagi sikit nak 4 tahun. Tapi Allah dah tulis setakat itu sahaja rezeki saya menjadi Auditor. 

Saya rasa nak buat satu entry cerita tentang pengalaman saya menjadi AUDITOR di salah sebuah firma audit terbesar di dunia. Banyak sangat yang saya belajar. Selain belajar tentang audit, banyak pengalaman yang mematangkan saya. 

Contohnya, memandu kereta. Masa mula2 masuk, kemain menggigil kena drive sampai Pasir Gudang. Berpeluh peluh. Selepas 3 tahun 9 bulan, keyakinan memandu kereta memang tinggi. Siap boleh marah2 orang yang bawak kereta macam apa. Hahaha. Dari segi kecekapan parking kereta pulak, memang Alhamdulillah. Tak reti dah nak parking masuk depan. Memang reverse parking je. Ecececehhh. Side parking ok sikit la. Kalau dulu setengah jam duk parking, skang kurang sikit. Then, banyak jalan2 kat JB ni saya dah pandai. Kalau dulu, jalan yang paling jauh, itulah jalan yang saya pilih. Sekarang ni, sap sap soii je. Ewah. Berlagak pulakkkk. 

Ini antara pengalaman saya. InsyaAllah bakal disambung. 

Till then, Assalamualaikum

Friday, April 04, 2014

Merisik dan Bertunang

Assalamualaikum. 

29 March 2014. Alhamdulillah. Saya dah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hati. Ecewaahhh ayat kemain lagi. So, sesiapa yang follow Instagram dan Facebook saya, harap maaf ye, mood sekarang memang bunga bunga cinta. Tu yang asyik post pasal majlis tersebut. Lagi plak, saya guna khidmat cameraman yang super best. Majlis 29.03.2014, 02.04.2014 dah dapat dah gambar dan softcopy nya. Wah. Memang saya book terus untuk majlis kahwin saya ni. 

Merisik

03 Februari 2014, keluarga si dia datang merisik. Sebenarnya mereka nak datang 28 Dec 2013 haritu. Sehari sebelum dia datang, 27.12.2013, mak saya masuk hospital sebab pendarahan tak berhenti dan perlu menjalani pembedahan segera, maka, mereka datang hospital untuk melawat mak saya. Masa tu, saya dan mak dah siap beli ayam 2 ekor dan barang2 lain untuk buat Soto untuk menjamu mereka. Namun apakan daya. Mak saya tanya saya, ni diorang datang nak merisik ke? Saya tanya cik abang, cik abang kata, ni datang sebab nak melawat orang sakit. 

So, lepas mak dah sihat sepenuhnya, selepas sebulan, cik abang pun kata keluarga dia nak datang merisik. Saya pun macam biasa la, mestilah happy. Lama woo peram cincin merisik tu. Hahaha. Gatal! Maka mereka datang pada 03 February 2014, hari Isnin. Saya mintak kebenaran dengan senior untuk balik awal. Kihkihkih. Haruslah balik awal, nak make up lagi, nak cantik2.. hahaha.. 

Mereka sampai pul 9pm. Apa2 hal dulu, kita jamu mereka makan. Bila perut sudah kenyang, senang nak berbincang, tak gitu? Maka perbincangan pun berjalan. Saya kat dapur macam anak dara pingitan, cuba curi2 dengar apa yang dibincangkan. Tiba2 mak panggil. Rupanya mak dia nak sarung cincin. Ecececehhhh. Shy shy cat la ai. Ingatkan cuma bagi je cincin. Rupanya sarung sekali. Auuummmm. 

Maka mereka tetapkan 29 March nak bertunang. Maka, saya ada lebih kurang 2 bulan untuk prepare. 

Persiapan bertunang

Tak payah tunggu2, lepas je merisik, esoknya, kebetulan ayah off-day, tup tup tup mak call kata mak ngan ayah dah ada kat Air Hitam. Nak survey katanya. Oh my. Mak ayah adalah excited. Saya belum pun buat budget, mereka dah survey. Lepas sejam, call semula, kata dah jumpa yang berkenan. Ok fine. Mereka sangat excited. 

Hujung minggu lepas merisik, saya, mak dan Yaya ke butik butik pengantin untuk survey baju. Ye la. Plussize macam saya susah nak cari baju. Nak jahit pula, saya fikir, lepas ni nak ke mana dengan baju tersebut. Tu yang nak sewa je. Haritu, Farah ada bagitau butik yang ada baju besar besar. Saya pun terus ke sana. Main redah je. Nasib baik ada orang. Owner butik tunjukkan sekali pakej tunang. Saya tengok masih dalam bajet saya harganya, maka saya pun terus bayar deposit. Baju pulak kene fitting semula lepas sebulan. Gembira sangat sebab ada saiz. Hanya orang macam kami je faham perasaan bangga bila baju yang kita suka tu muat. Hahaha.

So, pelamin, baju dan make up setel. Saya pulak every weekend, memang curi masa untuk jogging. You know la, february kan super peak period. Tapi saya tetap gigih jogging. Siap ada satu minggu tu saya puasa straight 5 hari. Terus puasa ganti setel. Nampak tak kesungguhan tersebut. 

Gubahan hantaran pulak saya beli dah siap gubah. Beli 7 dulang. Konfiden je rasa cik abang akan bagi 5 dulang. Dah siap beli, sekali cik abang call bagitau rombongan dia bagi 9 dulang! 9 hokey!! 9 balasnya 11!! Banyak nak fikir nak letak apa atas dulang. Tapi bila fikir balik. Best! Hahaha.

Bahagian makan makan, mak ayah yang in-charged. Diorang yang cari caterer, decide menu apa nak jamu orang. Goodies bag pun mak ayah yang in-charged. Apa nak letak dalam bag semua idea mereka. 

Lagi seminggu nak majlis, baru la saya, Yaya dan Ayu tunggang terbalik isi goodies bag macam nak pengsan! Serius penat. Baru tunang beb. Tapi tu la, penat2 pun, bila buat benda yang membuatkan kita happy, hilang penat. 

Majlis Pertunangan

Tibalah hari yang dinanti. Mak andam saya datang pukul 11.30am. Make up sume sekali dengan tudung sume, pukul 1pm saya dah siap. Patutnya rombongan cik abang datang pukul 1.30pm ke 2pm. Atas sebab2 yang tak boleh dielakkan seperti jem yang super kaw2, maka majlis yaasin dijalankan dulu. Ngam ngam majlis yaasin siap, rombongan pun sampai. 7 kereta sampai. Perbincangan bermula. Belah saya, saya minta Pak Long (abang kepada ayah) untuk menjadi wakil. Belah cik abang, pakcik dari Negeri Sembilan menjadi wakil. Dah siap bincang, orang bawah panggil suruh turun. Oh my. Berdebar ok. Dengan kain meleret sapu lantai, tarik tangan Raza suruh jadi pengapit. Hahaha. 

Sampai kat pelamin yang indah ini : 



Antara scene yang buat saya gelak ialah kawan lelaki auditor yang menjadi dulang boy saya. Auditor angkat dulang hantaran. Macam takleh hadam statement tersebut. Hahahaha. 

Maka, jari saya yang montel ini disarungkan cincin yang kami berdua pilih di Wah Chan. Haha. Nak sebut jugakkkk. 

Pemandangan dari atas pelamin. Ecewahhhh 

9 dulang berbalas 11 dulang

Alhamdulillah. Selesai sudah majlis saya. Bertunang sudah saya. 

Cincin tunang (kiri) dan cincin merisik

Alhamdulillah. Bila Allah dan tunjukkan dia jodoh saya, memang sepantas kilat semua terjadi. Alhamdulillah. 

Bila dah selamat semuanya, saya terfikir, ini kemanisan yang Allah simpan untuk saya selama saya diuji. Indah sungguh ujian tersebut.