Friday, March 17, 2017

Masuk Ward

Assalamualaikum. 

Omg dah 10 hari tak update. Last week hari Selasa saya ambil Neb. Esoknya, pagi2 saya dah terpacak kat Johor nak mintak sign. Tapi dada rasa tak best sangat. Memang sejak Sabtu dah rasa demam on off. Tekak sakit dan selsema. Malam pulak mesti menggigil sejuk. Kemuncak hari Rabu tu surrender amek Neb 2 kali dan injection Hydrocort. MO dah suruh masuk ward. Saya kata taknak sebab ok lagi. Then lepas 4 jam kena turun lagi ambil Neb. Iolss kan kerja kat hospital. Lepas 4 jam tu irama dalam nafas tak kurang. So saya sendiri minta masuk ward sebab setiap 4 jam kena amek Neb. Penat la. Husband amek half day. So, check in la saya. 

Neb memang setiap 3 jam. Ya ampun. Nak tidur je kena kejut. Dah la saya penakut nak tidur. Memang husband teman. Tapi dia sedap berdengkur je. Saya terkulat kulat nak tidur. Last sekali pakai neb pukul 5am, saya tidur masa amek neb. Lantak la hai. hahahaa. 

Esoknya saya minta discaj. Haha suka suki je mintak. Lagipun Jumaat tu husband nak pergi Gambang so nak kemas baju dia. 

Yang tak best, saya baru tahu saya ada Diabetes. Faktor keturunan dan saiz badan. I tell you ubat dia punye efek pening muntah sampai sekarang ok. Doctor kata amek masa 2 minggu untuk serasi. OMG. Serius pening dan nak muntah lepas makan ubat. Tapi ubat tu bertindak balas bagus dengan saya. Bacaan gula dalam darah dah stabil. Phewww. 

So, please la jaga kesihatan. Bila dah sakit ni, semua pun tak boleh makan. Stress sangat. Nak makan nasi kena fikir banyak kali. Sedih ye jugak. 

Till then, 

Assalamualaikum

No comments: