Tuesday, August 28, 2018

Tegur

Kalau tak suka or tak berkenan dengan sesuatu, boleh tak kalau direct terus tegur. Ini sebolehnya nak bagitahu orang lain. Contoh : 

Ali nampak Ahmad bawa motorsikal tak pakai helmet. Ali jumpa Bala dan bagitahu yang Ahmad bawa motorsikal tak pakai helmet. Bala pula merasakan yang niat Ali ialah untuk menyuruh dia menegur Ahmad. Maka, Bala pula pergi berjumpa Ahmad dan bertanya betul ke Ahmad bawa motor tak pakai helmet. Ahmad mengaku dan tanya mana Bala tahu. Bala memberitahu Ali yang nampak. Ahmad marah sebab Ali tak direct dengan dia dan memarahi Ali. Ali pula memarahi Bala dan menuduh Bala sebagai batu api dan parasit sebab melaga lagakan Ahmad dengan Ali. 

Pengakhirannya, Bala yang menjadi orang tengah yang dipersalahkan sebagai batu api. Padahal, apa tujuan Ali beritahu Bala? Sebab nak membawang? Sebab nak suruh tegur? Boleh je bagitahu sendiri kan. Tapi Ali nak jaga imej diri, yang kengkonon baik dan suci, maka mempergunakan Bala untuk menegur Ahmad. Dan play victim yang dia mangsa keadaan. Peh. Terbaik. 

Kesimpulannya, kalau ada rasa tak kena, tak perlu melalui orang tengah, tegurlah sendiri. 

Tuesday, August 21, 2018

Hargai

Assalamualaikum

Esok dah raya Haji. Cepatnya masa berlalu. I am so looking forward untuk masak masak dengan mak saya. Terlampau suka. Lagi lagi kalau masak untuk raya puasa. Saya paling semangat nak potong, nak siang apa2, nak cuci apa2, bagi je, tak akan merungut punya. Esok nak raya, petang ni balik kerja terus nak balik rumah mak. Allah je tahu betapa rindunya nak spend time masak2 dengan mak. Raya puasa aritu turn rumah mertua, so raya haji dan raya puasa tahun depan adalah turn rumah mak saya. Bak kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Dulu duk fikir, mestilah suka hujan emas kan. Hujan batu kan menyakitkan. Tapi sekarang baru faham, emas segantang pon tak boleh lawan batu permata. Hahaha. Sakit pun sakit la kan. 

Merepek pulak.

Hargailah masa bersama orang yang kita sayang sebab kita tak tahu sampai bila Allah izinkan kita bersama mereka. Lepas kehilangan Harun, saya memang akan hargai masa bersama orang yang saya sayang. Cukuplah dulu suka bergaduh dengan Harun. Gaduh mulut manja2 je. Tapi bila dah dewasa takde dah gaduh. Cuma tak puas nak berkasih sayang. 

Ok. Selamat Hari Raya AidilAdha 1439H. Malam ni jangan lupa banyakkan berdoa. Mustajab InsyaAllah. 

Till then, 

Assalamualaikum

Monday, August 20, 2018

Czer or Normal?

Assalamualaikum

Minggu ni saya akan memasuki 30 weeks. Cepat sungguh masa berlalu. Masa baru tahu pregnant, rasa lambat sangat nak sampai hari Rabu. Sebab setiap Rabu saya akan genap seminggu. Tapi bila da makin busy dengan kehidupan, eh tetiba nak masuk 30 weeks. 

Tambah tolak ada 8 - 10 minggu sebelum baby lahir. 

Saya kan ada diabetes, so Doctor dah cakap kemungkinan besar akan czer. Sebab baby besar. So, saya da memang set dalam otak, akan czer. Last 2 weeks saya jumpa dengan Specialist kat KK Masai. Doctor tu kata lebih baik normal sebab luka czer susah nak jaga. Dia kata baby saya berat normal setakat harini. Lepas jumpa doctor tu terus termenung sebab nak ubah mindset yang sebelum ni dah set czer. Maka bermula lah episod google "Teknik Pernafasan", "Cara meneran dengan betul" dan banyak lagi. 

Moga Allah permudahkan urusan saya untuk bersalin dengan apa cara sekali pun. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya dan baby. 

Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin

Till then, 

Assalamualaikum

Thursday, August 16, 2018

Kronologi 3

Assalamualaikum

Sambungan dari kronologi 2. 

Lepas dah nampak dan dengar heartbeat, barulah my gynae cakap, 

"Congratulation Cik Min and husband"

Sebenarnya saya ada rasa macam sentap sikit dengan gynae ni. Sebab dia tak excited langsung masa saya jumpa awal2 aritu. Padahal dia yang buang cyst saya and saya dah plan nak buat iui dengan dia. Tapi tak sempat iui, saya pregnant. Gynae ni siap cakap, saya high risk pregnancy sebab overweight, asthma, diabetic. Siap explain, akan ada kemungkinan ectopic or tak jadi. Gila tak sentap? Tapi lepas nampak hearbeat baru gynae explain, dia taknak kami berharap terlalu tinggi sebab anything can happen. Barulah ada senyum sikit muka. Hehehehe

Lepas tu, gynae refer ke Physician untuk kes diabetik saya. So saya on insulin. First month saya beli insulin kat KPJ. Sebulan je saya punya expenses untuk insulin almost RM500. Tapi mak saya marah bila saya merungut, mak kata dah tunggu 3 tahun kan, apalah sangat RM500 sebulan tu. Mak sangat positif. Then, ada yang suggest suruh ambil kat Klinik Kesihatan. So, saya pun fikir balik, ada baiknya. Maka bermulalah episod saya buka buku Merah. Sebenarnya saya tak plan nak buka buku merah sebab saya memang bersalin di KPJ sebab free. 

So, bila call KK Cahaya Baru, buatlah appointment nak buka buku Merah. Separuh hari jugak. sebab sticker saya KUNING. Kuning ni kira ada masalah sebab ada diabetic kan. Lepas ada buku, bermula lah ulang alik KK Cahaya Baru setiap 2 minggu. Saya akan jadi orang pertama beratur, 8am start checkup, 8.30am dah settle, tapi kena pergi KK Masai ambil Insulin. Takpe, demimu anak, saya sanggup bersusah payah. Sekali dapat insulin untuk 2 weeks dan free. Ya Allah. Alhamdulillah. Nama pun akauntan, haruslah berkira kira kan. Susah sikit tak pe, asalkan free. Rutin checkup memang setiap 2 minggu. 

Pengalaman baru untuk saya yang kerja kat hospital swasta bila pergi government kan. Tapi sama je, tetap ada MO, pakar dan nurse. Nurse plak baik sangat. Setakat bebel2 sikit tu, ala xde apa la. Bukan sesaje die nak bebel kan. 

Maka, berakhirlah episod kronologi tentang kehamilan saya. 

Till then, 

Assalamualaikum