Thursday, November 28, 2013

Random Saying

Assalamualaikum. 

Saya sedang berada diluar Johor Bahru. Almaklum. Auditor kan. Mana disuruh pergi, pergilah. Saya yang menurut perintah. Rasanya ini outstation ke 4 saya untuk 2013. Hurmm. Tak ade la banyak sangat kan. 

Februari - KL
June - Batu Pahat
Oktober - Kuantan
November - KL

Tapi biasalah, kalau dah namanya outstation tu mesti penat. Penat masa nak kemas barang dan penat masa nak basuh baju semula. Huhu.

Saya pun tak tahu nak tulis apa. Sebenarnya bukak laptop sebab nak buat kerja. Tapi penat pulak. Ngantuk. Huhu. 

Sampai ketemu lagi.

Salam,

Wednesday, November 20, 2013

Assalamualaikum

Assalamualaikum.

Saya nak bagitaw yang selepas ini, blog ini adalah bukan seperti biasa. Ia bukan seperti blog yang anda pernah baca sebelum ini. Apa yang berubah? InsyaAllah, mungkin entry2 selepas ini akan membuatkan anda lebih memahami. Maaf diatas segala hasil tulisan saya selama andai ada menyinggung mana mana pihak secara langsung atau tidak. Saya dengan rasa rendah diri, memohon maaf dari mereka yang terasa dengan apa yang pernah saya tulis. Saya hormati hak anda untuk tidak memaafkan atau apa sahaja keputusan anda. 

Untuk pengetahuan kalian, saya juga telah delete semua entry saya dari tahun 2009. Sebanyak 1,700++ entry telah saya delete. Atas sebab apa? Biarlah ia menjadi rahsia saya dan Allah. Jangan terkejut bila tengok entry ni baru ada 2, 3 entry ye. 

Saya nak mulakan sesuatu yang baru. Anggap blog ini anda baru jumpa ye. 

Assalamualaikum.Hai. Nama saya Cik Meena. Awak boleh panggil saya Cik atau Meena atau MeeMee atau NaNa atau NaMee atau apa sahaja yang anda selesa. Saya penulis blog ini. Penulis? Mungkin bukan. Saya Perapu (diambil dari perkataan RAPU yang membawa kepada perbuatan MERAPU). Hehe. Selamat membaca blog saya ye. Hehehe. 


Salam, 

Monday, November 18, 2013

Relakan Jiwa

RELAKAN JIWA - HAZAMA


Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku



Ya Allah, andai nama dia yang telah KAU catatkan di Luh Mahfuz untuk menjadi imamku, permudahkanlah jalan kami. Jadikan kami semakin mendekatiMu kerana cinta ini. Sesungguhnya kami sedar cinta kami adalah sekecil kuman jika dibandingkan dengan cintaMu kepada kami.

Amin