Friday, January 27, 2017

Cerita Buka Puasa

Assalamualaikum.

Alhamdulillah semalam berjaya puasa. Tanpa pening. Siap aktif bagai. Hari pertama aritu puasa tu nubgkin sebab dah lama tak puasa. Tak pernah tak cukup makan. Sekali tiba2 puasa. Tu yang badan terkejut. Hahaha. 

Semalam balik kerja pukul 6pm. Terus bersilat masak. Siap sup sayur, siakap goreng, telur dadar. 


Buka puasa seorang sebab suami balik pukul 8pm. 

So ada lagi 4 hari nak ganti. Next week kita sambung lagi. 

Yang lagi best, berat saya turun 4kg lepas puasa 2 hari. Hahaha sukaaaaa. 

Till then, 

Asalamualaikum

Thursday, January 26, 2017

Cerita Audit 2016

Assalamualaikum

Auditor masih ada harini. Tapi petang ni diorang dah balik. Sepatutnya esok. Tapi sebab dah banyak siap. Selasa haritu ada Exit Meeting. Macam biasa bila dah nak habis audit, akan ada exit meeting untuk update Director dan Boss tentang isu audit. 

Masa dalam meeting tu, depan Director, Puan Auditor puji saya, 

"Puan Aminah has done a good job, she managed to ensure no issue at all and all possible issue has been communicate earlier with me"

Saya macam tak tahu nak muka macam mana. Malu taw. Blushing gitu. Pastu Puan Auditor cakap lagi, 

"Her team also very fast. We request documents, within 1 hour can get all the requested document. They will ensure we did not have free time"

Masa ni exec2 saya kembang senyum simpul. Yes. I have to recognised their effort. We stay from 10pm, 31 Dec to 12.30am, 1 January. Bila auditor minta barang, masing2 macam lipas kudung. Sampai duduk kat lantai untuk cari barang. Turun naik cari dokumen. Marveles sangat. 

Apa yang saya boleh cakap, saya takkan dapat result macam ni kalau saya takde team yang hebat macam mereka. Saya harap mereka akan sentiasa support saya. 

Masa nak balik, my CEO cakap, 

"I'm proud of you and your team. Bukan senang suditor nak puji. Depan director somemore"

Kami senyum je. Director pun dah approved untuk kami makan2 best lepas audit.

Till then, 

Assalamualaikum.

Puasa Ganti

Assalamualaikum

Haa.. baru nak ganti puasa kisahnya. Dari sehari ke sehari nak mengganti puasa. Tapi tak tunaikan pon. Semalam memang dah tekad kena puasa. Hari Selasa petang balik kerja awal sebab auditor balik awal. So teringin naw nak makan Prosperity Burger. Maka menyinggah drive thru la. Setel makan pukul 6.00pm. Terus tak makan apa2 sampai la esok paginya yang katanya puasa. 

Semalam sampai pukul 1pm, masih cargas lagi. Boleh jerit2 lagi. Masa lunch, siap tidur siap ada mimpi ok. Bangun tidur terus kepala senoneng yang amat. Lepas solat pon masih pening. Tapi dah janji dengan suami hari ini nak masak sebab dah sebulan tak masak. So balik kerja sharp kul 5pm terus ke KipMart. Siakap seekor RM10, beli 2 ekor. Beli kobis, brokoli dan cauliflower. Tapi mmg pening sangat. Balik rumah terus muntah. Konfem la angin. Tapi gagah kan badan nak masak. 

Nasib baik siakap dah siap siang tinggal cuci je. Terus buat Siakap Stim Halia. Campak2 je dalam pemanggang ajaib. Pastu tutup. Masak nasi. Potong kobis siapkan rencah kobis. Setelkan sayur. Pukul 6.30pm dah setel. Tapi kepala masih berat. Masa buka buat air barli panas. Tengah makan pun pening. Dasyat sangat ni. 

Hari ini puasa lagi. Dah bertekad taknak tidur masa lunch. Balik nak masak Siakap Goreng dan Sup Sayur. Moga berjaya!

Till then,
Assalamualaikum

Wednesday, January 18, 2017

Nuffnang

Assalamualaikum

Finally, dah register Nuffnang properly. Sebenarnya Nuffnang yang dulu ada lagi. Tapi macam nak kumpul semangat baru. So, kita register baru. Saje je register. I bukan blogger jutawan. Traffic blog pon kosong je. Zaman Nuffnang dah lama berlalu. Zaman dimana saya akan update blog berdasarkan isu semasa. Sebab ahkak dah nak masuk 30 tahun ni. Dengan kerjaya lagi. Study. Suami. Keluarga. 

Tapi motif sangat semangat pasang iklan Nuffnang. Haha. Saje suka2. Boleh trace berapa ramai tengok blog dan pakai keyword apa. Hahaha. Itu je. Kalau ada la. 

Dulu ada la 2 kali dapat cheque Nuffnang. Genap RM50 je terus cash kan. 

Sekarang? Hahahaa. 

Ok selamat membaca kepada yang baru membaca. Hehe. 

Blog Lama

Assalamualaikum

Bila baca balik entry2 yang saya da revert to draft kan, ada satu perasaan rindu nak macam dulu. Semua gambar pun nak upload. Tapi sebanarnya gambar yang kita upload akan tersimpan dekat google. Mula2 saya tak tahu. Tapi bila kat phone mesti ada satu folder Blog dand alam tu semua gambar2 yang pernah di upload ke blog dan da jadi draft balik. Masa baru kahwin dulu, saya pakai phone yang mak hadiahkan masa 2012. Hadiah sebab baru putus cinta. Konon2 mak nak pujuk. So mendapatlah Samsung Note 2 Pink Edition. Masa lepas kahwin, tengok2 gambar kat Gallery. Bila masuk kat Blog punya folder, kan dah kata ada gambar2 masa upload kat blog. Masa dulu2 kan saya sangat manggatal upload gambar dengan "ex". Acah acah suwiiit kengkonon. Suami tanya siapa ni. Saya explain la. Suami kata kalau boleh delete. So kami pun sama2 cuba untuk delete. Puas godeh2. Tak bolehhh. Pastu. Minggu depan, phone tu terus rosak. On 20 saat restart balik, on 20 saat, restart balik sampai bateri habis. Nampak tak, bila suami tak redha terus rosak. Tak yah delete. Rosak terus. Hahaha. Padan muka. 

Then terus beli Samsung J7. Masa tu baru keluar. Rm1000. Dalam masa yang sama Yaya pun beli phone apa ntah. So, dia bagi mak pakai Note 3 dia. Malangnya, Note 3 ni tak de multiple simkad. Mak punya internet n phone lain2 nombor. Dah ditakdirkan pulak, Samsung J7 ni ada multiple simkad. Makanya, tukar la suka sama suka. 

Tapi still bila kita sync dengan akaun google, akan ada folder gambar blog tu. Gua dah cuak. Kang terkena sumpahan suami lagi. So, godeh2 kat google macamana nak buang folder tu. Still tak settle. 

Then, ada satu hari, nak upload gambar kat blog, terperasan ada satu tab pic from blog. Bila klik. Yezzar itu la folder yang menggangu gugat kehidupan saya. Bila cari semula dan terus delete permanently. Yezzar. Bila sync balik phone. Hilanglah semua folder. Bangga kembang2 hidung tunjuk kat suami. Kihkihkih. 

Begitula ceritanya. Blogging ni best. Tempat simpan kenangan. Tapi tak semua kenangan tu kita nak ingat. Ada yang kita nak totally lupakan. So, lepas ni kena be carefull. 

Ok itu je nak cerita. 

Till then, 
Assalamualaikum. 

Tuesday, January 17, 2017

Nak Kurus

Assalamualaikum

Sokmo la nak kurus tapi baru lepas makan mee rebus. Budak budak Finance ni pun sejak saya join sini kira2 dalam 2 tahun lepas, kemain nak kurus sama2 dengan saya. Tapi sampai sekarang. Gitu je la. 

Saya siap beli penimbang kat Lazada nak bagi motivasi. Last2, berat tak turun, benda tu yang rosak. Mana tak, satu hari sampai 10 kali timbang. Asal lalu je timbang. Penimbang tu pon dah tak larat. 

Kadang2 makan pon, tak nak makan nasi. Tapi belum pukul 3pm dah lapar masing2. Cissss. 

Ni tadi Iza senyap je, Kak Lela pun tegur kenapa Iza senyap. Iza jawab,

Saya senyap sebab saya kurus. 

Saya yang dalam bilik ni terus jerit, 

Abestu, kalau gemuk je ke yang suka bising2.

Iza jawab, 

Ha tu CikMin menjerit tu. 

Adoi, diorang ni kalau sehari tak kenakan orang memang tak boleh. Tapi time kerja, masing2 fokus. 

Alhamdulillah, staff2 yang saya ada sekarang memang sangat menyokong saya. Memang ada hikmah. Hikmah masa saya teruk dikenakan oleh staff lama. 

Till then, 

Assalamualaikum

Monday, January 16, 2017

Finally

Assalamualaikum

Finally saya telah lulus paper P1 ACCA. Allahuakbar. Alhamdulillah. 

Saya start ambil paper ni December 2013. Masa tu dapat 37 markah. Tak sedih sangat pun sebab memang expect sebab study biasa2 je. 

Then ambil la paper June 2014. Masa ni baru settle down dengan tempat kerja baru. So agak kelam kabut jugak. Dapat markah 41. Masa ni dah sedih sebab dah 2 kali ambil kot. 

Then lamaaaaa tak ambil sebab tengah fokus karier kengkonon. Then ACCA buat exam setiap March dan September. Tetibe 2016 semangat nak amek ACCA balik. After 2 years. So register awal dalam bulan March 2016 lepas audited report settle. So pergi la ambil exam kat UTM September 2016. Kali ni memang study all out. Sebab ada sorang kawan saya nama Siti Noor Atiqa, bagi pinjam buku dari P1 sampai P5. Memang siap buat notes. Tapi Allah belum nak bagi rezeki lulus. Dapat markah 44. Masa ni memang sedih. Dah nak give up. 

Memang tak plan ambil paper apa lepas tu. Sebab nak audit lagi. Then sorang kawan ni nama die Ummul Syafiqah, dia kata sementara masih fresh, better ambil exam December 2016. Saya pun tetiba dapat semangat. Memang study sungguh2. Siap ada soalan yang saya spot keluar. Dan Alhamdulillah. Saya dapat 58 markah. Terima kasih Allah. 

ACCA ni mengajar saya erti jangan putus asa. Saya susah nak gagal masa sekolah sampai universiti. Bukanlah pandai sangat tapi, memang gagal tu saya cuba elakkan. Tapi bila ACCA ni, dia macam sentiasa cabar saya. Setiap kali result markah saya naik dan lebih baik dari yang sebelum nya. Dia cabar saya untuk saya fikir, makin lama saya study, makin bagus knowledge saya. Cuma rezeki Allah belum nak bagi. 

Saya memang tak amik class. Saya memang tak de masa. Serius. So saya belajar sendiri. Mungkin itu yang perlu dibaiki. 

Kesimpulannya. Never ever ever give up. Saya ada lagi 4 paper lagi. Saya harap sangat sekali attempt sahaja. 

p/s : Suami nak hadiahkan meja study. Alhamdulillah suami memang penyokong setia. 

Tuesday, January 10, 2017

Anak

Assalamualaikum. 

Tiba tiba tajuk Anak. Semalam baca kat FB yang viral pasal pil nak gugurkan baby. Baby siap keluar dengan sempurna. Allah. Aku ni, terlalu nak anak tapi Allah belum bagi lagi rezeki tu, tapi orang lain senang senang buang macam tu. Mana la perikemanusiaan. Aku nak sangat ada baby. Moga Allah permudahkan. 

Till then, 
Assalamualaikum

Life

Assalamualaikum

Aku rasa memang kerjaya aku ni macam takde life sangat. Pergi kerja balik kerja. Ada je pergi jalan jalan tapi macam tak sempat pulak nak menulis. Bila baca blog orang lain, rasa teruja bila mereka update kehidupan mereka. Aku cam, pergh banyak masa dia nak update eh. Aku ni balik kerja je penat macam nak erk. Kagum. Bila baca entry lama lama (yang da revert ke draft) rasa macam suatu masa dahulu aku adalah blogger yang rajin. Sebulan 30 entry dalam tangan. Tapi sekarang. Satu entry sebulan pun dah kira bagus. Hahaha. 

Okay. Sekarang ni baru habis closing account. Closing yang mencengkam jiwa. Esok ada IMS Audit. Minggu depan PWC Audit. Hahaha. Penuh dengan audit. 

Tadi macam banyak idea. Tiba tiba jadi blanks plak. Haha. 

Till then, 

Assalamualaikum.