Monday, January 26, 2015

Bebel

Assalamualaikum. 

Rajin plak kita nak menulis ni. Ok. Dengan gembira nak maklumkan bahawa audit dah nak sampai di penghujungnya. Tak de la hujung mana. Tapi dah nak setel la. Memang agak suffer sikit nak menghabiskan audit. Still tak habis lagi. Still kena follow up. 

Bila auditor serang je, terus terfikir, hidup ni memamng macam roda. Sekejap kita jadi auditor. Sekejap kita jadi client. Sekarang baru lah boleh rasa perasaan jadi client. Dulu pernah client cakap, "You are so irritating" hanya kerana saya minta balik agreement yang baru 10 minit saya pulangkan. Sekarang ni rasa nak cakap benda yang sama pulak. Hahaha. Tapi takdelah sampai gitu. Auditor2 yang datang baik baik belaka. Banyak ajar saya sebab 1st time kena audit kan. 

________________________________________

Saya ada kurang dari 3 bulan nak menamatkan zaman bujang. 3 bulan wei. Bukan 3 tahun. Setakat harini baru 2 benda saya DIY sendiri. Hehe. 

Tetibe dapat msg, kad jemputan dah siap. Minta diambil. OK bye. 

Salam. 


Wednesday, January 07, 2015

Hi

Assalamualaikum. 

Fuhh agak lama tak menulis. Rasa kekok. Haha. *Pang sekali* Bagi sedar sikit. Ok dah sedar. Sekarang ni hidup adalah sangat mencabar. Multitasking gile punya. 

1. Nak audit.
2. Nak buat preparation kahwin
3. Nak kurus. 
4. Nak GST

Agak2 korang mana satu yang kene saya prioritize kan?

SEMUA.

Yes semua. 

Ok harini nak cerita pasal Nak Kurus tu. Saya agak happy sebab saya berjaya dapatkan berat saya yang 4 tahun lepas. Woahh. *tepuk2 tangan*

Saya dah total lost 8kg. Alhamdulillah. 

Sebenarnya saya start diet April 2014. Sampai May 2014 saya berjaya turunkan 5kg. Lepas tu puasa n raya, saya berjaya naikkan 3kg. Hebat betul. Then. November 2014 baru dapat kesedaran untuk kurus balik. Saya start Nov 2014 sampai sekarang saya loss balik dalam 6kg. Woah. Dalam masa 2 bulan. Dan saya masih berdiet sebab saya ada target. Target saya nak buang 20kg. Woah lagi sekali. Doakan saya berjaya. 

Saya diet atkins sekarang. Low carb and high protein. Setiap hari sarapan telur dadar 2 biji. Lunch ayam dan sayur. Dinner tak makan. Air 4.5 liter. 

Kenapa 4.5 liter? Sebab saya gemuk. Hahaha. 

Dah siap beli penimbang digital. Berat kita yg sebenar adalah berat masa bangun tidur. So, setiap pagi memang excited nak bangun tidur. Hahahaha. 

Ok dah penat. Bye. 

Assalamualaikum.