Wednesday, September 26, 2018

35 weeks

Assalamualaikum.

Bertemu kembali. Harini my sweet little baby dah 35 weeks dalam perut. Dan ibu dia ni kena tahan ward semalam. Kronologi kena masuk ward :

Sabtu, 22.03.18
Harini cuti sebab Sabtu. Plan adalah lepas suami balik pertandingan bowling, nak pergi cari Breast Pump, since dah nak masuk 35 weeks kan. So nak pergi kat Pump On The Go dekat Uda. Pagi2 suami dah belikan breakfast dan lunch. Hahaha. Suami saya memang akan pastikan saya makan cukup sebab saya boleh menjadi raksaksa kalau lapar time pregnant. So lepas breakfast, layan Amazing Race, dan ulang alik toilet nak kencing. Perasan sebab bawah perut rasa keras. Baby pulak bila kita kacau baru bagi satu kick macam tu. Ok takpe kita tunggu lagi. Sampai tengahari pun sama, kena usap2 baru bagi kick. Tak normal ni. Suami balik pukul 2.30pm, saya cuba tidur sebab selalu baby akan kick masa tidur. Bila bangun tidur pon masih macam tu. Terus siap2 nak pergi KPJ untuk buat ctg. Since ni kali kedua kena macam ni. Sebelum ni pon sama baby duk tidur je. So, saya bersiap la nak balik rumah mak lepas beli Breast Pump. Dah pakai cantik2 ni. Sekali je, sampai hospital, Doctor yang biasa tengok saya cuti, doctor Nik yang cover. Terus dia admitkan saya. Ternganga laki bini ni sebab ingat monitor ctg je. Dr Nik kata sebab saya high risk ada diabetic and asthma so kena observe kat ward. Ok la. Bila buat ctg, ada nampaklah contraction sikit. Yang mengeras tu rupanya contraction. Manalah kita tahu kan. So, amek darah dan urine dan bermalamlah kami di hospital. Dr Nik start dengan suntikan Dexa untuk matangkan paru2 baby. 

Ahad, 23.09.18
Result urine dah keluar, ada infection rupanya. Sebab tu ada contraction dan selalu g toilet. Tengahari buat ultrasound, semua ok. So, Dr Nik bagi MC sampai 36weeks. The earliest date yang saya boleh bersalin. Berat baby dah 2.8kg. Lepas discaj, terus cari breast pump yang tertangguh semalam. Terus balik rumah mak. Rehat kat sana sebab rumah sendiri kan ada tangga. 

Isnin, 24.09.18
Memang totally rehat. Tolong mak masak tapi tolong sikit2 je. Memang tidur, makan, g toilet, main dengan Arissa. Lepas dinner perasan perut macam keras sangat. Tapi makan tak banyak. Tapi biarkan sebab baby gerak ok je. 

Selasa, 25.09.18
Bangun pagi, perut sangat keras. Tapi ok lagi.Baby gerak macam biasa. Masuk tengahari, lepas baring, nak bangun rasa sakit sangat pinggang. Sakit yang sakit. Duduk salah, bangun salah, baring lagi sakit. Terus call husband suruh balik n nak pergi hospital. Packing baju sikit sebab takut kena admit lagi. Sampai KPJ, memang kena admit sebab nak observe. 

Maka, kerana itulah saya berada di hospital hari ini. 

Sekadar coretan untuk kenangan. Moga semua dipermudahkan. 

Till then, Assalamualaikum.