Tuesday, May 09, 2017

Langkawi : Day 1

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, coming back from my best ever holiday with my husband. Our first trip together with flight and husband's first ever experience with flight. We stayed for 4 days and 3 nights. All planning is done by me, of course. From the flight arrangement, hotel, place to visit, car rental, place to eat, all done by me. Nampak macam Queen Control kan. Hahaha. Apa nak buat, budget mesti kena ikut. Husband plak on je. We start with the budget, seorang kena spend berapa RM. Then baru kita matchkan budget dengan kehendak. Well sayang, you married with an Accountant yang nak ambil exam P3 Business Study kan. So haruslah percutian pon kena ada strategi. 

Sebelum gerak, kami dah create group wasap yang ada kami berdua je. Dengan tajuk "Perbelanjaan". Kami kena berjanji untuk declare setiap perbelanjaan kami kat sana, walaupun 20 sen. Kami pun setuju yang hanya seorang sahaja yang akan pegang cash. Senang nak monitor. Of course husband yang jadi banker. Kalau bini nya memang sokmo tak ingat beli apa. Hikhikhik

Day 1, 15 April 2017

Disebabkan saya ada meeting on 13 & 14 April kat KL. So saya sampai rumah pukul 12 tengah malam. Almaklum hari Jumaat dan jammed memang tak dapat dipisahkan. Tapi saya memang dah siap packing baju 2 minggu sebelum lagi. So tinggal nak masukkan apa2 yang patut je. Flight pukul 6.30am 15 April. Kami decide untuk tak tidur sebab kalau tidur, kebarangkalian untuk tak bangun adalah tinggi. Kita tidur kat Langkawi je nanti. hahahaha. So pukul 2.30am kami gerak dari rumah, park kereta kat rumah mak, ayah hantar ke airport. Masa ni dah tersengguk sengguk mengantuk. Sampai airport pukul 3.30am. Ada 3 jam lagi wooo. So, kite self check in dulu dan kami tunggu la sampai kaunter check in bag bukak, Then, kami pun tunggu untuk berlepas. 

So sampai KL pukul 7.00am. Cari breakfast sebab kelaparan plus mengantuk. Husband tanya pegawai kat KLIA tu kami kat gate mana. Dia jawab A2. Oklah dah tahu gate senang. Sebab KLIA besar gilos. Semput kalau salah gate. So makan lah di Marrybrown sebab itu kedai pertama yang kami jumpa. Lepak makan sebab next flight pukul 9.30am. Then kami pon bergerak ke gate A2. Tapi nasib baik saya tertoleh dekat skrin yang tunjuk information tu. Rupanya kami kat Gate B2. Sambil berbual dengan husband, mana satu yang betul ni. Tiba2 ada sorang brother ni tanya, "Langkawi ke? Dalam boarding pass ni tulis A2". Haa sudah. Nak iku mana ni. Kami pun decide ikut skrin tu. So kami ke B2. Memang sah kami kat situ. Tapi mata memang asyik tengok skrin takut tetibe tukar ke kan. Masa tunggu nak berlepas macam2 ragam saya nampak. Ada yang terlepas flight. Ada yang dah lambat pun masih lenggang kangkung. Oh ya, saya pilih MAS sebab walaupun kene transit KLIA, tapi kami tak payah nak amek luggage n check in semula. Semua dah diuruskan. Masa dalam flight dari KLIA ke Langkawi tu memang membuta je la. 55 minit kan. 

So sampai la kami di Langkawi, terus call kereta sewa yang kami dah tempah. Myvi Auto RM180 untuk 4 hari 3 malam. Tunggu la sekejap. Then brother kereta sampai. Dia kata Myvi rosak, so diorang bagi Honda City. Ko raseee. Seram lah nak bawak kereta mahal ni. Sebelum gerak, husband check kereta, make sure apa2 yang tak ok dia dah tahu. Minyak kereta memang dah berkelip. On waze, waze tak nak berfungsi. Frust sangat. Stress. Then husband kata cuba jangan stress, kita follow je papan tanda. Ok bang. Nak cari petrol pump dulu. Jumpa pump nama Buraq Oil. Macam pelik. So kami isi RM50 dulu. Then mencari hotel. Dah berpusing pusing jumpa Malibest Resort. Tapi..... jeng jeng jeng

Bangunan tu under construction. Dah sudah. So, try call receptionist. Adik tu kata tu bangunan baru kak. Kami belakang sikit. Nak parking mana ni. Adik tu kata kat Pantai Cenang ni, hanya boleh parking belah kanan je. Kalau belah kiri kena saman. Nasib baik ada parking. So parking lah kat situ. Sampai dalam pukul 11.30. Check in pukul 3pm. Aduhhhh kena tunggu plak. Mata dah rabakkk. Ikut plan, lepas check in kami nak ke Island Hopping. Tapi tak sempat la. So cari makan area situ je. Jalan kaki. Ada kedai makan ala2 Thai yang buka 24 jam berdekatan dengan hotel. Harga pon ok la. Nama kedai tu tak ingat tapi dia dekat dengan AB Motel. Lepas makan try check in, nasib baik boleh. Makanya, laki bini membuta sampai pukul 6pm. Tak tidur malam kan. So, mendapatlah. Bangun2 je lapar semula. Adoi. On the way g makan, tanya pakej Island Hopping. RM30 seorang, ada transport, 9am - 1pm. Kami ambil pakej tu. Sambil nak g makan, lalu kat kereta sebab nak check. Paranoid betul. Dah siap makan, beli air mineral kat 7e. RM4.40 sebotol 1.5liter. Giler. So, balik, berehat sebab esok nak bangun pagi. 

Bersambung.....

No comments: