Sunday, April 28, 2019

Kuih Talam

Assalamualaikum

Hari tu sempat dengar IGTV Prof Muhaya. Rasa macam dapat semangat baru. Kagum dengan Prof Muhaya sebab sangat positif dan semu berbalik kepada Allah. 

Soalan : Macam mana nak hadapi kawan yang talam dua muka?

Jawapan Prof : 
Saya kalau nak tanya soalan ni saya akan fikir, betul ke kawan tu talam dua muka? Kan semua benda dalam dunia ni jadi atas izin Allah. Kenapa Allah izinkan saya berkawan dengan orang macam tu? Mungkin kawan kita tu adalah cerminan akhlak kita? Apa yang perlu kita buat kalau kita rasa kawan kita talam dua muka?
  1. Kita maafkan dia. Mungkin itu sangkaan kita sahaja.
  2. Kita doakan dia. 
  3. Kita jangan ikut cara dia
  4. Kita jangan bersangka buruk. Bersangka buruk adalah antara dosa besar. 
  5. Sentiasa bersangka baik.
Allahuakbar. Kenapa tak pernah terfikir begini. Jawapan Prof Muhaya sangat padu dan jitu. Semua yang berlaku atas izin Allah. Wake up, Aminah. Apa yang Allah izinkan berlaku tu mesti ada sebab. Jangan suka bersangka buruk. Husnuzon sentiasa. Sambil taip ni sambil menahan sebab sebab saya suka bersangka buruk. T.T 

Moga perkongsian ini akan menjadi pengajaran untuk kita semua. 

Till then, Assalamualaikum

Wednesday, April 03, 2019

Mudahkan Urusan Orang

Assalamualaikum. 

Kali ni closing, saya cover staff saya. Dia cuti kahwin plus tak sihat. Saya sangat okay untuk cover kerja orang selagi orang tu punya filing, susun document semua tersusun dan saya boleh cari. Bagi saya, bukan staff tu minta nak sakit kan, so nak tak nak, kerja kena siapkan. Teamwork kan. Lagi satu, saya okay buat kerja orang sebab saya suka belajar. Ni satu benda pelik dalam diri saya. Saya suka belajar, suka study. Suka. Saya percaya bila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan hantar bantuan melalui macam macam cara untuk mudahkan urusan saya. 

Contoh 1

Saya ada meeting kat Persada, so gerak pukul 6.15am hantar Medina dan terus ke JB subuh hening. Sampai kat JB pukul 7am. Eh meeting pukul 8.30am. Jom kita drive thru Mcd. So ke Nong Chik la kita. Alamak beratur panjang ni. Macam tak sempat pulak. Tapi dah ada dalam barisan. Macamana ni. Ok la. Layan. Sampai turn saya, saya order Chicken McMuffin with egg. Alacarte. RM7. Bila sampai turn nak bayar, adik comel tu cakap ;

"Akak punya RM7, tapi tak payah bayar, kereta depan dah bayarkan"

Saya terus, speechless. Allahu random kindness. Yang tadi rasa nak marah sebab beratur panjang, sejuk terus hati. 

Contoh 2 

Ada satu meeting yang wajib saya attend setiap tahun. Memang wajib. Sekali je saya pernah tak pergi sebab masa tu baru pregnant n tak nak travel nak kereta. Tu pun 10 kali baca email yang nak hantar kat BIG BOSS ok. Cuak. So kali ni dengar cerita meeting di Jakarta. Semua orang happy. Kecuali saya. Kenapa saya tak happy?

1. Saya kena tinggalkan Medina. Meeting 3 hari, 1 hari perjalanan pergi, 1 hari perjalan balik. Total 5 hari. Lama nya. =(
2. Macamana nak handle EBM saya. Nak kena beli kotak ais, nak kena simpan kat freezer hotel. Hotel tu okay ke? 

Sebab ni la yang membuatkan saya terfikir fikir. Tapi benda memang wajib. Saya doakan Allah permudahkan. Saya redha. 

Last week keluar official memo pasal meeting ni dan to be surprise, saya tak payah pergi sebab buat kat luar Malaysia dan mereka control cost. Allahu. Rasa terjawab sangat doa saya minta dipermudahkan urusan. Allah betul2 mudahkan urusan saya. 

Kesimpulannya, saya percaya bila kita cakap yang baik baik, buat yang baik baik, fikir yang baik baik, yang baik baik juga akan datang. 

Till then, 

Assalamualaikum.