Sunday, March 05, 2017

Nikmat

Assalamualaikum

Hari ini Allah tarik nikmat deria rasa saya. Tak boleh bau apa pun. Tak rasa apa pun. Apa yang saya makan, lalu je kat tekak tanpa rasa. Sakit tekak dan selsema yang sangat mencabar. Mungkin penat sangat. Mungkin. 

Rabu, 1 March saya ke KL ada training. Gerak pukul 4am. Sampai JB semula pukul 5.30pm. Jumaat, 3 March pun saya ke KL lagi. Kali ini untuk dapatkan tandatangan untuk audited report. Kali ni gerak lambat. Dalam pukul 10am. Sampai pukul 2.30am. Sebab hujan dan kereta banyak. Lepas dapat sign, makan dan terus balik JB. Sampai rumah pukul 9pm. 

Memang dah plan nak balik kampung suami Jumaat malam. Tapi sebab saya sampai lewat, so kita gerak esok. Sabtu tu pukul 9.30am dah gerak. Hujan lagi. Kereta banyak. Pukul 11.30am baru sampai. Lepas setel urusan, sampai rumah mertua pukul 3pm. Terus tertidur. Bangun2 sebab mak mertua tengah tumis rendang. Pergh. Makan. Tapau. Lepas maghrib balik. 

Dan, hari ini, saya di ofis. Berbekal botol air 1.5liter. Bertahan untuk tak jumpa doktor. Sampai pukul 5pm, dah rasa seram sejuk terus jumpa doktor. Dapat ubat. Demam sikit, tekak bengkak dan selsema. (Almaklum ofis dalam hospital, anytime boleh jumpa doktor kihkihkih).

Sekarang tengah fikir nak makan apa sebab nikmat makan memang dah hilang sementara. 

Oh lupa, hari ini boss baru masuk. So far Alhamdulillah. 

Till then, 

Assalamualaikum

No comments: