Alhamdulillah. 24.03.2017. Genaplah usia saya 30 tahun.
Selamat Ulangtahun sayang, Kini kau bersayap pergilah terbang, Rentaslah langit cita citamu, Harap nanti kita kan bertemu,
Setiap kali birthday akan ada rasa sebak sayu bila dengar lagu ni. Lagu ni popular masa 2009 macam tu. Saya suka sangat lagu ni. Sekarang bila dengar lagu ni, saya teringat arwah Harun. Allah. Tak tertanggung sedih bila arwah Harun pergi lepas 2 minggu birthday saya, 7 tahun lepas.
Masih terngiang ngiang ucapan hari lahir yang dia ucapkan pada 31 March 2010.
Dia : Sorry kak, aku punya line hp kena barred. Ni baru hidup semula. Aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi.
Saya : Kau ni saje taw... dik, aku dah dapat kerja..
Dia : Bagus kak.. senang kau lepas ni.. kak, aku baru tahu aku rabun, aku baru tempah spek..
Saya : Laa ye ke. Sama ngan aku la lepas ni pakai spek..
Antara butir bicara di hari hari terakhir bersama dia. Resit spek mata dia ada dalam wallet dia masa kami terima masa jenazah dia tuba. Allah. Aku sebak.
Bulan March dan April bulan yang bercampur baur perasaan.
Moga yang baik baik sahaja akan mengiringi hari hari mendatang saya.
Al Fatihah untuk Arwah Harun.
Till then,
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment