Monday, March 27, 2017

Its Not Easy But Worth It

Assalamualaikum

Kemain panjang tajuk entry. Minggu lepas baru lah catch up balik study yang dah lama ditinggalkan. Saya kena paksakan diri. Sebab apa?

Saya baru dapat email dari ACCA mengatakan yang kalau saya tak pass paper P3 sebelum September 2018, result paper P1 saya akan di"waive" kan. Aje gile. Paper P1 tu sampai 4 kali saya ambil. Diulangi 4 kali. Takkan nak hilangkan gitu je. So, saya mesti lulus paper P3 tahun ni. Moga Allah beri kekuatan untuk saya. 

Bulan March memang saya sangat la tak study. Mood takde. Tak sihat pulak. Bulan Jan & Feb cover 7 chapter. Last week baru masuk chapter 8. Peh. Patutnya saya kena habis semua chapter by end of March. So saya target by this week, saya kena habis buat notes untuk semua chapter. 

Then, nak start hafal dan nak buat past year. 

Betul lah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. 

Till then, 
Assalamualaikum

Friday, March 24, 2017

Happy Birthday to me

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 24.03.2017. Genaplah usia saya 30 tahun.

Selamat Ulangtahun sayang, Kini kau bersayap pergilah terbang, Rentaslah langit cita citamu, Harap nanti kita kan bertemu,

Setiap kali birthday akan ada rasa sebak sayu bila dengar lagu ni. Lagu ni popular masa 2009 macam tu. Saya suka sangat lagu ni. Sekarang bila dengar lagu ni, saya teringat arwah Harun. Allah. Tak tertanggung sedih bila arwah Harun pergi lepas 2 minggu birthday saya, 7 tahun lepas. 

Masih terngiang ngiang ucapan hari lahir yang dia ucapkan pada 31 March 2010. 

Dia : Sorry kak, aku punya line hp kena barred. Ni baru hidup semula. Aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi. 
Saya : Kau ni saje taw... dik, aku dah dapat kerja.. 
Dia : Bagus kak.. senang kau lepas ni.. kak, aku baru tahu aku rabun, aku baru tempah spek..
Saya : Laa ye ke. Sama ngan aku la lepas ni pakai spek.. 

Antara butir bicara di hari hari terakhir bersama dia. Resit spek mata dia ada dalam wallet dia masa kami terima masa jenazah dia tuba. Allah. Aku sebak. 

Bulan March dan April bulan yang bercampur baur perasaan. 

Moga yang baik baik sahaja akan mengiringi hari hari mendatang saya. 

Al Fatihah untuk Arwah Harun. 

Till then, 

Assalamualaikum

Wednesday, March 22, 2017

Kalau Dah Nama Budak Akaun

Assalamualaikum.

Semalam finally bertukar chapter untuk paper P3. Serius chapter yang sebelum ni memang sangat mengantuk. Sampai masa buat notes tu rasa cam apa yg aku merepek tulis ni. Pakej mengantuk masa buat notes. So I took almost 1 month for that boring Chapter. Then semalam saya masuk Financial Analysis. OMG I felt in love with the chapter. Kira cost, profit, decision, ratio. OMG this is really my chapter. Rasa semangat lain macam semalam study. 

Paper P3 kan tajuknya Business Analysis. So Financial Analysis one of the chapter. Kalau dah nama budak akaun kan. Memang pantang jumpa nombor. Rasa suka tahap nak peluk chapter tu. Hover sangattttt. 

Doakan saya untuk pass this paper ok! I can do it!

Till then, 

Assalamualaikum

Tuesday, March 21, 2017

Happy Birthday My Dear Blog

Assalamualaikum

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR BLOG!

Awal awal dulu nama blog ni HOPE IS HARAPAN. Memang tuan blog pun selalu je la berharap. Sampai kesudah. Hahaha. Blog ni dulu sangat meriah, in fact saya dapat beberapa kawan baru masa aktif dengan blog yang kami masih contact thru FB lagi sampai sekarang. Masa 2009 tu saje je menulis sebab nak hilangkan bosan, then tetibe jadi rajin pulak. Lagipun dulu kat Friendster pun dah start ada blog. 

Sekarang? Blog ni pun dah tukar nama. Semua dah berubah. Hampir semua entry sebelum 2013 sudah saya Revert to Draft. Kenapa? Tak semua benda kita nak kongsi. Ada benda yang kita nak simpan untuk kita sahaja. So, sekarang blog ni hanya jadi blog yang pengunjungnya hanya saya. Cukuplah. Kalau ada yang tersinggah blog ni, jemputlah baca apa adanya. 

Saya sangat suka baca blog orang. Antara yang wajib saya baca ialah Redmummy sebab suka tengok dia jadi Supermak dan yang paling kagum dia didik anak lelaki dia untuk buat kerja rumah. Perghhh. Saya salute KakRed. 

Then, saya suka baca blog Diana Ishak, NeenaAnuar, Ceeramoon, Sepet Noh, Kathyjem, Cik Apple, Irine Nadia dan ramai lagi. 

Till then, 
Assalamualikum

Friday, March 17, 2017

Masuk Ward

Assalamualaikum. 

Omg dah 10 hari tak update. Last week hari Selasa saya ambil Neb. Esoknya, pagi2 saya dah terpacak kat Johor nak mintak sign. Tapi dada rasa tak best sangat. Memang sejak Sabtu dah rasa demam on off. Tekak sakit dan selsema. Malam pulak mesti menggigil sejuk. Kemuncak hari Rabu tu surrender amek Neb 2 kali dan injection Hydrocort. MO dah suruh masuk ward. Saya kata taknak sebab ok lagi. Then lepas 4 jam kena turun lagi ambil Neb. Iolss kan kerja kat hospital. Lepas 4 jam tu irama dalam nafas tak kurang. So saya sendiri minta masuk ward sebab setiap 4 jam kena amek Neb. Penat la. Husband amek half day. So, check in la saya. 

Neb memang setiap 3 jam. Ya ampun. Nak tidur je kena kejut. Dah la saya penakut nak tidur. Memang husband teman. Tapi dia sedap berdengkur je. Saya terkulat kulat nak tidur. Last sekali pakai neb pukul 5am, saya tidur masa amek neb. Lantak la hai. hahahaa. 

Esoknya saya minta discaj. Haha suka suki je mintak. Lagipun Jumaat tu husband nak pergi Gambang so nak kemas baju dia. 

Yang tak best, saya baru tahu saya ada Diabetes. Faktor keturunan dan saiz badan. I tell you ubat dia punye efek pening muntah sampai sekarang ok. Doctor kata amek masa 2 minggu untuk serasi. OMG. Serius pening dan nak muntah lepas makan ubat. Tapi ubat tu bertindak balas bagus dengan saya. Bacaan gula dalam darah dah stabil. Phewww. 

So, please la jaga kesihatan. Bila dah sakit ni, semua pun tak boleh makan. Stress sangat. Nak makan nasi kena fikir banyak kali. Sedih ye jugak. 

Till then, 

Assalamualaikum

Sunday, March 05, 2017

Nikmat

Assalamualaikum

Hari ini Allah tarik nikmat deria rasa saya. Tak boleh bau apa pun. Tak rasa apa pun. Apa yang saya makan, lalu je kat tekak tanpa rasa. Sakit tekak dan selsema yang sangat mencabar. Mungkin penat sangat. Mungkin. 

Rabu, 1 March saya ke KL ada training. Gerak pukul 4am. Sampai JB semula pukul 5.30pm. Jumaat, 3 March pun saya ke KL lagi. Kali ini untuk dapatkan tandatangan untuk audited report. Kali ni gerak lambat. Dalam pukul 10am. Sampai pukul 2.30am. Sebab hujan dan kereta banyak. Lepas dapat sign, makan dan terus balik JB. Sampai rumah pukul 9pm. 

Memang dah plan nak balik kampung suami Jumaat malam. Tapi sebab saya sampai lewat, so kita gerak esok. Sabtu tu pukul 9.30am dah gerak. Hujan lagi. Kereta banyak. Pukul 11.30am baru sampai. Lepas setel urusan, sampai rumah mertua pukul 3pm. Terus tertidur. Bangun2 sebab mak mertua tengah tumis rendang. Pergh. Makan. Tapau. Lepas maghrib balik. 

Dan, hari ini, saya di ofis. Berbekal botol air 1.5liter. Bertahan untuk tak jumpa doktor. Sampai pukul 5pm, dah rasa seram sejuk terus jumpa doktor. Dapat ubat. Demam sikit, tekak bengkak dan selsema. (Almaklum ofis dalam hospital, anytime boleh jumpa doktor kihkihkih).

Sekarang tengah fikir nak makan apa sebab nikmat makan memang dah hilang sementara. 

Oh lupa, hari ini boss baru masuk. So far Alhamdulillah. 

Till then, 

Assalamualaikum