Alhamdulillah I passed my P3 paper. 2nd attempt. Memang kena lulus sebab ACCA tukar subjek baru yang combine P1 & P3. So kalau hanya P1 yang pass, result tu akan hilang lebur begitu sahaja dibawa angin lalu. Alhamdulillah. Doa, Usaha dan Tawakal.
Seperti yang sedia maklum, saya kan study sendiri di kala semua orang pergi kelas. Dengan kerjaya lagi. Memang saya ada malam sahaja dan weekend untuk study. Itu pun kena tolak malam yang tiba2 tak de mood, tetibe sakit kepala ke. Tapi saya sentiasa sedar diri. Saya kena double the work. Saya bayar sendiri, saya study sendiri dan apa yang saya buat ni bukan untuk sesiapa, bukan nak tunjukkan kat sesiapa, tapi untuk diri saya sendiri.
Study leave saya hanya 2 hari sebelum exam yang saya habiskan di ofis! Mana taknya exam adalah awal bulan, saya memang busy dengan closing. Memang exam ni penting, tapi kerja tetap penting, tu tanggungjawab saya. Saya tak boleh biarkan staff saya terkontang kanting sebab saya takde. So, its a win win situation. And Alhamdulillah, Allah bagi saya rezeki untuk lulus.
Actually, malam sebelum result keluar, saya dah rasa saya akan failed. Saya dah bersedia untuk ambil March exam sebab taknak result P1 saya hilang. Saya dah sedia nak repeat. Huhuhu.
So, tinggal lagi 3 paper. So June ni saya akan ambil P2. Orang kata susah. Tapi saya taknak negative. Saya dah order buku from MPH. Nak register maybe next week. Total annual subscription and paper jejak RM1,000. Takpe. Ilmu kan.
Doakan saya.
Till then,
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment