Thursday, August 16, 2018

Kronologi 3

Assalamualaikum

Sambungan dari kronologi 2. 

Lepas dah nampak dan dengar heartbeat, barulah my gynae cakap, 

"Congratulation Cik Min and husband"

Sebenarnya saya ada rasa macam sentap sikit dengan gynae ni. Sebab dia tak excited langsung masa saya jumpa awal2 aritu. Padahal dia yang buang cyst saya and saya dah plan nak buat iui dengan dia. Tapi tak sempat iui, saya pregnant. Gynae ni siap cakap, saya high risk pregnancy sebab overweight, asthma, diabetic. Siap explain, akan ada kemungkinan ectopic or tak jadi. Gila tak sentap? Tapi lepas nampak hearbeat baru gynae explain, dia taknak kami berharap terlalu tinggi sebab anything can happen. Barulah ada senyum sikit muka. Hehehehe

Lepas tu, gynae refer ke Physician untuk kes diabetik saya. So saya on insulin. First month saya beli insulin kat KPJ. Sebulan je saya punya expenses untuk insulin almost RM500. Tapi mak saya marah bila saya merungut, mak kata dah tunggu 3 tahun kan, apalah sangat RM500 sebulan tu. Mak sangat positif. Then, ada yang suggest suruh ambil kat Klinik Kesihatan. So, saya pun fikir balik, ada baiknya. Maka bermulalah episod saya buka buku Merah. Sebenarnya saya tak plan nak buka buku merah sebab saya memang bersalin di KPJ sebab free. 

So, bila call KK Cahaya Baru, buatlah appointment nak buka buku Merah. Separuh hari jugak. sebab sticker saya KUNING. Kuning ni kira ada masalah sebab ada diabetic kan. Lepas ada buku, bermula lah ulang alik KK Cahaya Baru setiap 2 minggu. Saya akan jadi orang pertama beratur, 8am start checkup, 8.30am dah settle, tapi kena pergi KK Masai ambil Insulin. Takpe, demimu anak, saya sanggup bersusah payah. Sekali dapat insulin untuk 2 weeks dan free. Ya Allah. Alhamdulillah. Nama pun akauntan, haruslah berkira kira kan. Susah sikit tak pe, asalkan free. Rutin checkup memang setiap 2 minggu. 

Pengalaman baru untuk saya yang kerja kat hospital swasta bila pergi government kan. Tapi sama je, tetap ada MO, pakar dan nurse. Nurse plak baik sangat. Setakat bebel2 sikit tu, ala xde apa la. Bukan sesaje die nak bebel kan. 

Maka, berakhirlah episod kronologi tentang kehamilan saya. 

Till then, 

Assalamualaikum

No comments: