Monday, October 06, 2014

Raya Haji Tahun Lepas

Assalamualaikum. 

Salam Aidiladha. 
Tahun ni macam tahun2 yang lepas, saya beraya kat Gelang Patah. Ingat lagi, raya haji tahun lepas, saya baru balik dari Kuantan, outstation. Masa raya haji, orang duk sibuk tanya bila nak kahwin. Masa tu saya memang dah redha je. Dah standby dengan senyuman je bila orang tanya. Masa tu waktu puncak keredhaan saya. Masa tu saya dah redha seredha nya. Saya pesan kat diri saya, mungkin jodoh saya bukan di dunia. Sampai tahap macam tu redha saya. Sebab dah penat nak fikir. So, masa tu saya banyak habiskan masa baca novel. Masa tu saya tengah gila baca I Love You, Stupid dan My Precious Iris. Dua novel ni yang banyak megajar saya, mendidik hati saya untuk redha dengan apa yang Allah dah tetapkan. Setiap bait2 kata Firman memang menusuk habis hati saya. 

Minggu depan selepas raya haji 2013 tu, sepupu saya tunang. Selepas bertunangnya sepupu saya tu, maka secara rasminya saya adalah sepupu terakhir dalam batch sepupu 80an yang single mingle. But still, saya redha. Masa majlis tu, makcik saya datang dekat saya, sambil cakap, 

"Acik tengok Ina ni cantik je. Mungkin jodoh Ina belum sampai. Sabar yer"

Masa tu memang makcik tu tiba2 je datang dan cakap macam tu. Saya senyum je. Mungkin dia rasa saya sedang sedih sebab saya single. Single bukan penyebab kesedihan. Berada dalam hubungan yang tak pasti adalah lebih sedih dari single. Serius. Nak cakap tak sedih langsung tu tak la. Sedih bila tengok reaksi mak ayah bila orang tanya bila nak menantu. Tu paling sedih. 

Kesimpulannya, single tak bermaksud sedih. Sekian. 

p/s : Perancangan Allah itu indah. 

Wednesday, July 16, 2014

Updates

Assalamualaikum

Fuhh lama tak menaip. Tuntutan kerjaya baru memang mencabar. Tapi bukan Aminah la kalau saya mudah mengalah kan? Awal2 dulu memang relax habis. Sekarang dah nak masuk bulan ketiga dan memang cabaran semakin mencabar. Dengan implementation of GST, deadline for submission report, nak handle patient, nak handle staff, nak handle boss, nak handle doktor lagi. Yes. I have to admit, ITS NOT EASY AT ALL. 

Saya bukan mengeluh, tapi saya cabar diri saya untuk hadapi cabaran ini dengan tenang. Tapi memang tak pernah tenang. Masuk ofis, saya listkan apa yang saya nak buat. Nanti baru buat 3 dari 10 things to do, kang staff datang cakap ada patient tak nak bayar bill. Kena turun ke cashier, cuba untuk setelkan. Kang bila saya baru duduk ofis nak sambung kerja, boss panggil nak bincang pasal macam macam. Masuk bilik boss tak pernah 5 minit. Paling sekejap setengah jam. Paling lama setengah hari, 

Sekarang ni saya kat hotel, baru lah rasa berehat sikit. Sikit je. Alhamdulillah. 

Ok. 

How's life?

Saya dah tetapkan tarikh nikah dan sanding. 
Saya dah bayar deposit kat wedding planner. 
Mak saya dah belikan kain untuk baju nikah. 
Saya dah beli 4 pasang baju raya walaupun saya janji tak nak beraya sangat sebab nak kahwin. 

Itu je la. Hehehe



Saturday, June 21, 2014

Laptop oh Laptop

Assalamualaikum.
Terima kasih IT services sebab tolong installkan Microsoft Office kat laptop saya. Saya kan baru beli laptop. Selepas hampir 3 tahun lebih guna laptop company lama. Bila da resign baru menggelupur xde laptop.

Oh lupa nak bagitaw. Selepas 2 bulan kerja baru saya on laptop saya ni. Kenapa? Entah. Letih sangat rasanya. Badan saya agaknya terkejut dengan secara tiba2 kena drive hampir 20km pergi dan 20km balik. Tu tak termasuk jem lagi. Tu tak termasuk kerja lagi. Kali ni memang betul2 bertukar kerjaya. Kalau dulu saya hanya duduk depan laptop dan klik klik klik. Sekarang ni, kalau dapat duduk 10minit depan PC dah kira bersyukur. Kerja saya sekarang terlibat dengan operasi hospital. Memang kena selalu pantau.

So, bila dah ada Micr Office ni senang sangat saya nak buat kerja. Mula2 dulu cakap kat diri. Bagus lah guna PC, tak payah bawak balik kerja. Tapi bila da start kerja, kita rasa tanggungjawab tu dan secara automatik rasa perlu balik dan buat kerja.

Itu je la bebelan saya di hari Sabtu.

Monday, June 09, 2014

Raza Kawen

Assalamualaikun.

Jumaat, 6 Jun 2014 :
Geram ke KL pukul 3.30am. Sampai HQ pukul 8am. Meeting sampai 1.30pm. Uruskan hal2 sikit. Pukul 2.30pm gerak balik ke JB. Jem kat Seremban je sejam. Sampai PG kul 7.30pm. Sampai rumah kul 8.30pm. Mandi. Rehat. Pukul 10pm ke dewan. Rewang siapkan goodies bag sampai 2.30am. Pergi makan. Sampai rumah 3.30am.

Sabtu, 7 Jun 2014 :
Tidur pukul 3.30am. Pukul 6.15am bangun. Gosok baju. Kejut Farah n Yoyo. Siap siap. Pukul 7.30am Nury datang amek. 7.45am smpai rumah Raza. Bawak turun hantaran. Aida pum sampai. 5 orang angkat 7 dulang. Terbaik. Pukul 8.15am Raza selamat dinikahkan dengan Saufi. ALHAMDULILLAH. Makan makan. Pukul 10am ikut Raza photoshoot. Pukul 10.30am g Jusco. Minum Starbucks. Beli hadiah Raza. Pukul 11.30am ke dewan. Dalam kereta Raza mintak tolong cari satu tong ais. Kul 12pm ngam sampai dewan. Uruskan apa yg patut. Pukul 2pm, pengantin sampai. Jadi flowergirl, tabur bunga ke muka pengantin. Patutnya tabur ke karpet. Hahaha. 4.30pm bergerak balik. Pengsan sampai pagi.

Ahad, 8 Jun 2014 :
Pukul 11am amek cik abang. Ke Pontian sambil redah jeee. Alhamdulillah sampai ke Masjid untuk tunggu pengantin. Berarak ngan pengantin sambil peluh menitis nitis. Sambil berarak, berangan sebab jalan sebelah cik abang. Ahahaha. Setel makan, balik ke JB.

Isnin, 9 Jun 2014 :
Kerja.

P/s : Bila kita buat sesuatu kerana orang yg kita sayang. Penat memang penat. Tapi kita rasa happy.

Sunday, May 25, 2014

CeritaKami Part 1

Sebulan sebelum saya berkenalan dengan Mr Rabbit saya, saya selalu je lepak dengan Farah n Raza. Memang kami selalu lepak sama2. Farah n Raza ni bakal duduk dalam satu taman yang sama lepas diorang kahwin. Saya ni yang masa tu memang tak de idea langsung tentang siapa yang saya akan kahwin ni suka cakap :

Korang carikan la orang yang duduk kat area taman korang tu. Nanti kita boleh selalu jumpa, bagi2 juadah. Bestnye. 

Yang mereka berdua pun layankan je kepala saya. Siap dah fikir nak buat kenduri nanti bergabung je. Kihkihkih.

Masa tu kebetulan bakal tunang Raza (masa tu bakal tunang, sekarang dah tunang, dah nak kahwin dah) pun join kami lepak. Macam biasa kami borak gila2. Ketawa gila2. Sebab tunang Raza pun kawan sekolah kitorang. 

3 hari lepas tu, Raza wassap. Agak pelik mukadimah dia. Saya dah syak bukan bukan. Rupanya nak mintak kebenaran nak bagi nombor saya kat tunang dia untuk diberi kepada kawan baik tunang dia. Saya cakap la. Bagi je la. Kita boleh kawan kawan. Masa ni tak rasa pape pun sebab pk kenal kenal je la. Selama ni pun saya ramai yang kita kenal n jadi kawan. 

Seminggu lepas tu, memang tak de pun kawan tunang Raza tu msg ke apa. Tapi saya tak de la tertunggu tunggu sangat (ayat cover baik punye. mihmihmih). Then, tetibe Raza msg, cakap sorry sbb kawan tunang dia tak sedia lagi. Sebab baru clash. OK. I'm fine je. Kihkihkih. 

Sehari lepas tu, tetibe dapat msg,

Hai. Boleh saya berkenalan?

Oldies sangat ayat dia ni. Masa ni saya tanya Raza, ni ke nombor kawan dia. Sebab takut orang main2 ke apa (Well, auditor always have high insecurity kan. Hihihi). Then, Raza check ngan tunang dia. Yes. Inilah orang yang mula mula kata tak nak kenal sebab baru clash. 

So, saya reply. So, kami bermesej la. Saya pun ada tanya dia.  

Saya (S) : Awak baru clash ye. 

Dia (D) : Aha. 

S : Oh. Bila clash. Dah kawan berapa lama. (Skema gila masa ni)

D : Dah kawan 5 tahun. Clash thn 2010. 

S : Uik lama dah la. 3 tahun. Ingatkan baru putus bulan lepas. 

D : Hehehehe (gelak pulak dia ni)

So, start la kami bermesej bagai nak rak. Dah la sorang Celcom sorang Maxis. Dia topap RM10, dapat msg 40 msg je sebab satu mesej RM0.25 ok. Masa ni tak wasap lagi. Saje guna oldies punya cara lagipun dia tak pakai data plan. 

Dia pun cakap sekarang tinggal kat taman yang Raza n Farah bakal duduk. Mihmihmih. Rupanya rumah dia selang 5 buah rumah dari Farah. Dalam pada saya main2 cakap macam tu, Allah kurniakan dia untuk saya. 

Dia yang diatas adalah tunang saya sekarang. Alhamdulillah. 

p/s : Allah datangkan dia sewaktu saya dah tekad untuk tidak memikirkan tentang jodoh. 

p/s/s : cerita diatas bukanlah ditulis untuk menunjuk atau riak. Hanya ingin menunjukkan betapa Allah sayangkan hambaNya. DIA rahsiakan jodoh saya supaya saya tidak meletakkan jodoh yang paling atas kerana saya perlu meletakkan DIA dan mak ayah saya dahulu. 


Wednesday, May 21, 2014

Friday, May 09, 2014

Jumaat : Kerja, Memandai dan Mak Ayah

Salam Jumaat yang barakah. 

Minggu ni terasa sangat pantas berlalu. Tak terasa yang saya ni sebenarnya kerja 6 hari seminggu. EH, mana ada merungut. Saya bersyukur. Sekurang kurangnya saya ada kerja. Alhamdulillah. Hari ini genap 3 minggu bekerja. So far, saya dah boleh sesuaikan diri sedikit demi sedikit kat sini. Pelan pelan kayuh. 

Cakap pasal kerja kan. Bagi saya, saya tak kesah la dia kerja apa. Asalkan bekerja dan nampak arah tuju hidup. Walaupun kerja yang mungkin kalau sesetengah orang dengar macam tak GAH. Gah ke tak gah, bukan orang tu yang tentukan gaji kita kan. Then, sentiasa berfikir macammana nak majukan hidup dan keluarga. Alhamdulillah. 

Bila ada yang bertanya,

"Tunang awak kerja mana?"

Bila dijawab, dekat AAA. Tetibe orang yang bertanya tu jawab semula. 

"Pakcik tak tahu plak ada company AAA kat kawasan BBB tu. Awak biar betul?"

Saya malas nak jawab. Bukan masalah saya yang buatkan pakcik tu tak tahu. Maknanya pengalaman pakcik tu tak cukup luas. Apa kata kalau jawab macam ni. 

"Oh. Kat situ ye. Alhamdulillah ada kerja tetap kan"

Kan lagi manis bunyi nya. 

Oh tapi sebenarnya pakcik tu "bias". Cuba untuk menunjukkan seseorang lagi hebat dari tunang saya. Well, like I care? 

Ramai orang yang tak tahu KISAH SEBENAR cuba untuk memandai mandai dalam cerita kehidupan saya. Menjaja nama keluarga saya. *Alhamdulillah, rezeki saya semakin melimpah ruah* 

Apa apa pun saya bersyukur sebab ikut cakap mak ayah saya 2 tahun lepas. Buktinya? Tak sampai sebulan saya ikut cakap mak ayah, ALLAH dah tunjukkan kebiadapan seseorang yang membuatkan saya cakap. 

Nasib baik saya ikut cakap mak ayah. 

Kesimpulannya? 
- Kerja walau tak segah mana, asalkan membawa balik rezeki yang halal dah cukup.
- Kalau tak tahu, cakap tak tahu. Jangan cuba memandai mandai.
- Ikut cakap mak ayah. InsyaAllah hidup anda bahagia sebab mana ada mak ayah yang nak tengok anak dia merana kannnn???

Thursday, May 08, 2014

Please Move On

Kadang kadang rasa macam nak pergi depan muka seseorang dan cakap.

Please move on. 

Tahu tak maksud MOVE ON? 

Move on maksudnya sila proceed dengan kehidupan anda. Tak perlu berdendam bagai. Tak perlu sibuk tanya pasal hal saya. Kita dah bawak haluan masing masing kan? Bukan baru lagi. Dah nak masuk 3 tahun. So, saya merayu, please move on. Kenapa sibuk nak tahu pasal saya. Nak tunjuk awak tengah bahagia? Nak tunjuk yang awak tu dah berjaya sebab berjaya tunjukkan yang awak bahagia. Nak tunjuk, haa kau tu pe hal tak bahagia bahagia sampai sekarang? Macam tu ke? Sebelum ni saya diamkan je apa yang awak cakap. Awak doakan saya tak kan kahwin sampai tua. Saya diamkan. Sebab saya tahu awak bukan sape sape yang nak menentukan jodoh saya. Awak jaja cerita cakap, family saya mata duitan, sampai orang orang sekeliling tengok family saya semacam. Saya buat apa? Ada saya buruk buruk kan awak?

Tak kuasa!

Tu jawapan sebenarnya. Sebab? Sebab You are nothing in my life. Yes, mungkin suatu masa dahulu awak seseorang dalam hidup saya. Tapi bukan sekarang. Bukan sekarang. 

Teruskanlah hidup awak yang BAHAGIA tu tanpa libatkan saya, boleh? Tanpa sibuk tanya orang,

Mina tak datang ke?

Apa perlunya saya kena datang majlis yang awak datang? Oh lupa, awak nak tunjuk awak bahagia. Fine. So, awak nak saya buat reaksi macam mana? Macam ni,

Ya Allah, bahagianya awak.. *sambil air mata bercucuran dengan hingus meleleleleh*

Gitu?

Lama dah saya diamkan. Makin diam, makin melarat. Susah bila orang judge kebahagiaan orang berdasarkan main tag2 kat FB and post gambar yang tersayang kat FB. *tangan di dada mata keatas*
Kalau itu la definisi bahagia awak, saya rela dilabelkan tidak bahagia bagi definisi awak. Sebab, definisi bahagia lain. Lain sangat. 

Wifi oh Wifi

Assalamualaikum. 

Sebenarnya. Banyak je masa nak update blog. Sebab sekarang memang tak berapa ada sangat kerja. Tapi yang membengkakkan hati ini adalah Portable Wifi Maxis yang sangat lembab. Ok. Biar saya ceritakan sejarah macammana saya beli Portable Wifi ni. 

Harga : RM88 sebulan
Kuota Internet : 20G (15G untuk 2am sampai 8am, 5G untuk 8am ke 2am)

Mula mula saya beli sebab kuota yang melampau2 best. Ye la dengar 20G, haruslah macam terfikir nak download macam2 kan. Plus, saya rasa nak rendahkan kuota mobile data plan saya (sekarang 5G). 

Tapi setelah hampir setahun menggunakan, saya rasa macam nak campak je modem tu. 

Satu sebab allocation kuota sangat tak adil. 6 jam sehari x 30 hari = 180 jam untuk 15G. Manakala, 18 jam sehari x 30 hari = 540 jam untuk 5G. Maknanya, Maxis nak suruh saya bangun pukul 2am dan stay sampai 8am untuk guna internet dia yg kononnya pada masa tu laju nak gile. Merepek. Then, yg allocation another 5G tu untuk kegunaan siang hari. Merepek. 

Sebab yang kedua ialah coverage dia sangat sedih ok. Sangat!!! Saya sekarang guna Mobile Data Plan Maxis 5G juga. Line ok la. Tak de la teruk. Tapi yang portable Wifi ni terlalu teruk coverage. Asyik merah tanda takde coverage. Apa ni???

I paid RM88 per month ok. Coverage sangat teruk. 

Nasib baik takde contract. So, saya dah tanya nak terminate. Hanya kene pulang modem sahaja. 

Dalam tempoh 10 bulan saya guna, saya hanya guna dalam 6 bulan atau kurang sbb saya akan biarkan bil tertunggak dan Maxis akan barred saya punya Wifi. Better kot. Dari bayar tetiap bukan tapi macam hampehhhh. 

So, sekarang, saya tengah nak cari portable Wifi yang baru. 

Sunday, April 13, 2014

Barang Hantaran

Assalamualaikum. 

Masih lagi nak cakap pasal Majlis Pertunangan saya. Hahaha. Lantakla. Blog saya kan. Mohon muntah la kalau korang dah muak. Ok. Kali ni saya nak share pasal gubahan hantaran masa tunang. Haha. Masih lagi feeling baru tunang. Hahaha

Dari saya untuk dia : 
1. Sireh junjung - tempah kat kedai bunga kawan baik mak
2. 4 meter kain nak buat baju Melayu
3. Jubah dari Mekkah
4. Coklat duit2 - mak yang belikan
5. Coklat Cadbury + Nips - sendiri punya idea
6. Rainbow cake - order online
7. Redvelvet cupcake - sponsor dan dibuat oleh Raza. Sedap gile!
8. Rainbow cookies & coklat Vochelle - sponsor by Farah
9. Coklat yang ada nama saya n cik abang - sponsor by Kak Eton
10. Epal hijau, merah dan pisang kaki - sponsor by mak n ayah. Beria mak nak beli buah kat Singapore jugak. 
11. Anggur hijau & Ungu - sponsor by mak & ayah gak. 

Dari dia untuk saya
1. Tepak sireh, cincin dan duit penanda hantaran
2. Kain sari
3. Rainbow cake - tempah sama2.
4. Buku-buku bacaan
5. Pulut kuning
6. Jelly cake
7. Pastri buah buahan
8. Coklat Ferero & Kiss
9. Buah epal merah

Best gile rasa dapat hadiah dari jumlah yang banyak. Hahaha. Lepas ni kene fikir barang hantaran kahwin. Saya dah cakap, jangan banyak2 sangat dulang. Nanti saya pening. Hahaha.