Monday, October 06, 2014

Raya Haji Tahun Lepas

Assalamualaikum. 

Salam Aidiladha. 
Tahun ni macam tahun2 yang lepas, saya beraya kat Gelang Patah. Ingat lagi, raya haji tahun lepas, saya baru balik dari Kuantan, outstation. Masa raya haji, orang duk sibuk tanya bila nak kahwin. Masa tu saya memang dah redha je. Dah standby dengan senyuman je bila orang tanya. Masa tu waktu puncak keredhaan saya. Masa tu saya dah redha seredha nya. Saya pesan kat diri saya, mungkin jodoh saya bukan di dunia. Sampai tahap macam tu redha saya. Sebab dah penat nak fikir. So, masa tu saya banyak habiskan masa baca novel. Masa tu saya tengah gila baca I Love You, Stupid dan My Precious Iris. Dua novel ni yang banyak megajar saya, mendidik hati saya untuk redha dengan apa yang Allah dah tetapkan. Setiap bait2 kata Firman memang menusuk habis hati saya. 

Minggu depan selepas raya haji 2013 tu, sepupu saya tunang. Selepas bertunangnya sepupu saya tu, maka secara rasminya saya adalah sepupu terakhir dalam batch sepupu 80an yang single mingle. But still, saya redha. Masa majlis tu, makcik saya datang dekat saya, sambil cakap, 

"Acik tengok Ina ni cantik je. Mungkin jodoh Ina belum sampai. Sabar yer"

Masa tu memang makcik tu tiba2 je datang dan cakap macam tu. Saya senyum je. Mungkin dia rasa saya sedang sedih sebab saya single. Single bukan penyebab kesedihan. Berada dalam hubungan yang tak pasti adalah lebih sedih dari single. Serius. Nak cakap tak sedih langsung tu tak la. Sedih bila tengok reaksi mak ayah bila orang tanya bila nak menantu. Tu paling sedih. 

Kesimpulannya, single tak bermaksud sedih. Sekian. 

p/s : Perancangan Allah itu indah. 

No comments: