Thursday, May 08, 2014

Please Move On

Kadang kadang rasa macam nak pergi depan muka seseorang dan cakap.

Please move on. 

Tahu tak maksud MOVE ON? 

Move on maksudnya sila proceed dengan kehidupan anda. Tak perlu berdendam bagai. Tak perlu sibuk tanya pasal hal saya. Kita dah bawak haluan masing masing kan? Bukan baru lagi. Dah nak masuk 3 tahun. So, saya merayu, please move on. Kenapa sibuk nak tahu pasal saya. Nak tunjuk awak tengah bahagia? Nak tunjuk yang awak tu dah berjaya sebab berjaya tunjukkan yang awak bahagia. Nak tunjuk, haa kau tu pe hal tak bahagia bahagia sampai sekarang? Macam tu ke? Sebelum ni saya diamkan je apa yang awak cakap. Awak doakan saya tak kan kahwin sampai tua. Saya diamkan. Sebab saya tahu awak bukan sape sape yang nak menentukan jodoh saya. Awak jaja cerita cakap, family saya mata duitan, sampai orang orang sekeliling tengok family saya semacam. Saya buat apa? Ada saya buruk buruk kan awak?

Tak kuasa!

Tu jawapan sebenarnya. Sebab? Sebab You are nothing in my life. Yes, mungkin suatu masa dahulu awak seseorang dalam hidup saya. Tapi bukan sekarang. Bukan sekarang. 

Teruskanlah hidup awak yang BAHAGIA tu tanpa libatkan saya, boleh? Tanpa sibuk tanya orang,

Mina tak datang ke?

Apa perlunya saya kena datang majlis yang awak datang? Oh lupa, awak nak tunjuk awak bahagia. Fine. So, awak nak saya buat reaksi macam mana? Macam ni,

Ya Allah, bahagianya awak.. *sambil air mata bercucuran dengan hingus meleleleleh*

Gitu?

Lama dah saya diamkan. Makin diam, makin melarat. Susah bila orang judge kebahagiaan orang berdasarkan main tag2 kat FB and post gambar yang tersayang kat FB. *tangan di dada mata keatas*
Kalau itu la definisi bahagia awak, saya rela dilabelkan tidak bahagia bagi definisi awak. Sebab, definisi bahagia lain. Lain sangat. 

No comments: