Friday, May 09, 2014

Jumaat : Kerja, Memandai dan Mak Ayah

Salam Jumaat yang barakah. 

Minggu ni terasa sangat pantas berlalu. Tak terasa yang saya ni sebenarnya kerja 6 hari seminggu. EH, mana ada merungut. Saya bersyukur. Sekurang kurangnya saya ada kerja. Alhamdulillah. Hari ini genap 3 minggu bekerja. So far, saya dah boleh sesuaikan diri sedikit demi sedikit kat sini. Pelan pelan kayuh. 

Cakap pasal kerja kan. Bagi saya, saya tak kesah la dia kerja apa. Asalkan bekerja dan nampak arah tuju hidup. Walaupun kerja yang mungkin kalau sesetengah orang dengar macam tak GAH. Gah ke tak gah, bukan orang tu yang tentukan gaji kita kan. Then, sentiasa berfikir macammana nak majukan hidup dan keluarga. Alhamdulillah. 

Bila ada yang bertanya,

"Tunang awak kerja mana?"

Bila dijawab, dekat AAA. Tetibe orang yang bertanya tu jawab semula. 

"Pakcik tak tahu plak ada company AAA kat kawasan BBB tu. Awak biar betul?"

Saya malas nak jawab. Bukan masalah saya yang buatkan pakcik tu tak tahu. Maknanya pengalaman pakcik tu tak cukup luas. Apa kata kalau jawab macam ni. 

"Oh. Kat situ ye. Alhamdulillah ada kerja tetap kan"

Kan lagi manis bunyi nya. 

Oh tapi sebenarnya pakcik tu "bias". Cuba untuk menunjukkan seseorang lagi hebat dari tunang saya. Well, like I care? 

Ramai orang yang tak tahu KISAH SEBENAR cuba untuk memandai mandai dalam cerita kehidupan saya. Menjaja nama keluarga saya. *Alhamdulillah, rezeki saya semakin melimpah ruah* 

Apa apa pun saya bersyukur sebab ikut cakap mak ayah saya 2 tahun lepas. Buktinya? Tak sampai sebulan saya ikut cakap mak ayah, ALLAH dah tunjukkan kebiadapan seseorang yang membuatkan saya cakap. 

Nasib baik saya ikut cakap mak ayah. 

Kesimpulannya? 
- Kerja walau tak segah mana, asalkan membawa balik rezeki yang halal dah cukup.
- Kalau tak tahu, cakap tak tahu. Jangan cuba memandai mandai.
- Ikut cakap mak ayah. InsyaAllah hidup anda bahagia sebab mana ada mak ayah yang nak tengok anak dia merana kannnn???

No comments: