Friday, September 09, 2016

Exam Plan

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah exam dah settle. Rasa lepas segala bebanan di bahu bila habis jawab exam. Macam biasa. Memang dah jawab sehabis baik. Tapi biar Allah yang tentukan. Result 17 Oct. Sekarang dah start planning nak amek paper December. Tapi macam rushing. Sebab nak interim audit lagi. Dah la paper baru. Maknanya tak pernah study langsung. So, decide nak ambil paper March. Harap adalah sitting untuk paper tu March nanti. Dalam masa yang sama plan nak amek paper June. So, kita study dua2 paper sekali la. Ample time. Ample tak ample sangat la. Tapi cukup la kot. Sebab yang paper aritu pon aku amek masa 6month nak buat revision. Tu paper yang dah repeat kali ketiga pulak. So, paper yang baru belajar ni, kita kene study betul2. 

Haritu amek Paper P1 - Governance, Risk & Ethics

Plan nak amek P3 - Business Analysis on March 2017

Pastu Paper P2 - Corporate Reporting on June 2017

Tapi kena start study sekarang. 

Doakan saya. 

Till then, Assalamualaikum. 

Sunday, August 28, 2016

Gambar

Assalamualaikum. 

Last week lepas tulis entry, nak post gambar. Bila nak upload gambar, perasan ada option untuk pilih gambar dari blog. Terkejut gak saya sebab semua entry yang lama lama saya dah set "Revert to Draft". Maksudnya semua entry ada tersimpan di dalam draft. Ye la dulu zaman saya agak jahil. Zaman semua pun nak di masukkan dalam blog. Bila baca balik, rasa menyampah pun ada. 

Rupanya gambar yang kita pernah upload dalam blog ni akan tersemat rapi di dalam satu album dalam Google. Dalam Google ok. Yang orang boleh cari di hujung jari sahaja. Allah. Berderau darah. Ingatkan bila kita dah revert to Draft, semua gambar pun akan ikut jadi draft. TIDAK. Maka sambil jantung berdegup laju, cari la jalan nak delete semua gambar tu. Bukan ada gambar tak senonoh pun. Tapi saya tak nak la gambar saya bersepah sepah. Padahal FB & IG pon ada kan. ahaks. 

Makanya, saya baru tahu gambar tu tersemat rapi dalam PICASA album dan GOOGLE album. No wonder la, kalau saya sync kan handphone dengan Blog, akan ada balik gambar2 tu dalam handphone. Sangat la tak best sebab dalam tu ada gambar2 yang saya tak suka. So, natijahnya. 

DELETE ALBUM !

Barulah rasa lega tahap tertinggi. 

Till then,

Assalamualaikum.

Monday, July 11, 2016

Do The Best

Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah. Selesai 30 Ramadhan. Dah 6 hari beraya. Dah naik kerja dah pon. Tahun ni giliran beraya di kampung suami. Macam biasa Raya Ke 3 gerak ke rumah mak ayah saya pulak. 

Oke. Raya dah habis. Kerja tak pernah habis. Saya tinggal beberapa hari je nak exam. Fuh. 


Till then , 

Salam. 

Friday, June 24, 2016

Perjalanan ACCA yang......

Assalamualaikum. 

Saya dah register for ACCA in May 2012. Start ambil Paper P1 June 2013. Gagal. Ambil lagi June 2014. Gagal lagi. =(

ACCA tu apa? 

Association of Certified Chartered Accountant


Untuk Accounting Student yang mempunyai Degree, kami hanya tinggal Professional Paper sahaja. Kami diwajibkan ambil 5 paper. 

Saya hanya ada 7 tahun dari tarikh saya daftar untuk selesaikan semua 5 paper. Dengar macam lama naw 7 tahun. Tapi percayalah, saya dah habiskan 4 tahun tanpa ada satu pun paper yang lulus. Sedih kan? Saya akui, untuk ambil exam, tanpa masuk kelas (pilihan saya sendiri), hanya berpandukan notes dan past year paper, plus kerja yang mencabar ini, adalah antara faktor saya tak lulus untuk paper tu. Sebenarnya boleh masuk kelas tapi disebabkan saya bekerja smpai jumaat dan ahad kerja semula, telah menimbulkan masalah sedikit. Alasan kan. Tapi saya memang pilih untuk buat secara sendiri. 

So, saya ada lagi 3 tahun sampai 2019 untuk habiskan 5 paper ini. Saya sangat bertuah kerana ex colleague saya kat EY bagi saya pinjam semua buku yang dia ada since dia dah lulus semua paper. Best betul. Bulan September ni, saya akan ambil semula paper P1. Saya harap sangat akan lulus. Plan saya macam ni :

Sept 2016 - P1
Dec 2016 - P2 & P3
June 2017 - P4
Sept 2017 - P5

Moga saya mampu capai apa yang saya rancangkan ini. 

Kenapa saya sungguh sungguh nak habiskan ACCA ni?

1. Saya dah bayar Exemption Fee almost RM4k untuk paper yang saya tak perlu ambil. 

2. ACCA adalah Professional Paper. Its good for me to have this qualification kalau kalau ada orang offer kerja kat oversea. Cehh berangan. 

3. Saya taknak sia sia kan degree saya. Since saya ada degree in Accounting, kerja dalam bidang Accounting, so, why not saya habiskan gali sebanyak mana ilmu dalam bidang yang saya suka ini. Gittewwww

4. Pembelajaran sepanjang hayat. 

5. Saya nak ambil Master dan PHD, tapi saya perlu selesaikan apa yang saya dah mulakan. 

Till then, 

Salam.

Thursday, June 23, 2016

18 Ramadhan

Assalamualaikum. 

Salam 18 Ramadhan. Dah 18 hari berpuasa. Kali kedua berpuasa sebagai isteri. Kalau dulu bangun sahur, basuh muka terus duduk sambil mengelamun, kali ini tidak begitu. Bangun lepas dengar alarm, terus melompat dari katil, cuci muka, terus beraksi di dapur. Panaskan lauk, goreng nuget ke, telur ke. Nasi memang da masak sebelum tidur. Itu En Suami punya kerja. Dia akan pastikan nasi masak sebelum masuk tidur. 

Bukan nak cerita pasal tu sebenarnya. Hari ini rasa kosong, sedih. Ada beberapa perkara yang melukakan hati kat office hari ini. Mungkin bukan salah mereka. Salah saya yang terlalu emosional. Mungkin. Penyebab sikit je. Tak payah sedih pun tak pe. Tapi sedih sangat. 

Manusia kan. Kadang kadang cuba jadi positif. Mesti ada masa jadi negatif balik. Kadang dah nampak hikmah. Tapi tetap nak bersedih. Kadang bukan cemburu cuma rasa tak kuat. Kadang kita sedih bukan sahaja sebab kita je yang sedih, sebab kita tengok orang sekeliling kita pun sedih, cuma diorang tak cakap. 

Kita hanya mempu merancang. Kita hanya mampu berangan. Allah sebaik baik perancang. Moga saya tenang, tabah dan redha dengan perancangan Allah. Moga saya semakin positif. 

InsyaAllah. 

CikMin




Monday, January 25, 2016

Al Fatihah

Assalmualaikum. 

Lama tak menulis. Hari ini terasa nak menulis. Entry ni khas untuk sahabat saya yang baru sahaja kembali ke rahmatullah semalam, 24 Januari 2016 jam 9 malam. 

Allah. 

Allah lebih menyayangi kau, sahabat. Untuk apa yang terjadi antara kita, telah aku lupakan dan maafkan. Allah lebih mengetahui segalanya. Takdir Allah yang menentukan, kau pergi.disaat kita masih belum bermaafan. Aku harap kau sudah maafkan aku. Kalau belum, aku redha. Aku maafkan kau. Untuk segalanya yang telah kau usahakan dan lakukan, terima kasih. Tak terbalas segalanya. Terutama saat kau menumpangkan aku balik ke JB, semasa pemergian Harun. Lama kau sakit. Tapi aku masih belum hilang ego untuk ziarah kau.Sesuatu yang aku kesalkan. Moga kau tenang di sana, sahabat. Perjuangan kau telah selesai. Rehat sepuasnya, sahabat. 

**untuk kawan2 yang mengikuti blog ini mungkin perasan post tentang sahabat saya bernama Aizad dahulu. Post yang telah saya private kan kerana sebab2 yang tak dapt saya elakkan. 

**Mohon sedekahkn Al Fatihah kepada Allahyarham Mohd Aizad bdul Kifli.




Saturday, October 17, 2015

Outstation

Dulu bila nak outstation.
Bagitahu mak. Kemas baju. Tidur.

Sekarang.
Bagitahu suami. Lipat baju. Kemas dapur. Iron baju suami. Kemas baju. Kemas rumah sikit. Tidur.

Tanggungjawab itu terbina secara natural tanpa perlu dipaksa.

Friday, October 09, 2015

Move On

Assalamualaikum. 

Rajin pulak menulis. Baru lepas closing. Kali ni lagi mencabar. 7hb pukul 5.00pm HQ akan tarik akaun kita dari sistem. Dah selamat dah. Alhamdulillah saya dapat staff yang sangat berdedikasi. Saya dapat 3 staff baru yang membuatkan saya rasa bersyukur sangat sangat. Selain attitude yang bagus, mereka juga sangat komited dengan kerja. Rasa sangat2 berbaloi dengan keperitan saya selama ni. 

Sebelum ni, ada macam takde. Syukur dia sudah meninggalkan saya. Lepas dia keluar, macam2 true colors dia keluar. Menunjukkan betapa dia benci kat saya. Syukur sangat. At least saya tak payah hadap perangai dia. Saya pun dah buat polis report berkaitan satu status yang ex staff tersayang saya ni post kat FB. Untuk keselamatan saya.

Harap sangat ex staff saya dapat move on dengan tenang. Dengar2 dia bahagia kat tempat baru. Alhamdulillah. Tapi tak perlu nak kutuk2 tempat kerja lama ye. Sekurang kurang nya tempat kerja lama ni dah menyumbang sedikit sebanyak pengalaman kat dia kan. 


Wednesday, October 07, 2015

Effort

Assalamualaikum. 

Haritu si Yaya ada tag komen FB pasal orang share pasal effort lelaki. 

Alaa yang pasal bukan nilai hantaran tapi effort macam mana lelaki tu berusaha nak halalkan perhubungan dengan perempuan. 

Macam kisah saya. Saya kenal tak sampai 2 minggu, suami dah nak jumpa mak ayah saya. Masa tu tipu la kalau kata tak happy walaupun masih ragu2 sebab baru 2 minggu kenal kan. Tapi saya layankan je la. Then terus lepas 3 bulan terus tunang dan lepas setahun tunang terus nikah. 

Suami saya ni bukan la anak orang kaya macam dalam drama tv tu sume. Tapi dia boleh usaha dalam masa setahun untuk sediakan hantaran dan persediaan kahwin kami. Saya memang terharu sangat masa dia hari hari kerja OT balik pukul 9.30malam, Sabtu Ahad pun dia kerja full. Kebetulan masa tu memang banyak OT. Alhamdulillah rezeki nak mendirikan masjid, Allah permudahkan. 

Apa yang saya nak sampaikan ialah USAHA. Usaha tu yang buat saya jatuh cinta kat suami saya berkali kali. Hehehe. 

Keluarga saya pernah dilemparkan fitnah kononnya saya memutuskan hubungan dengan seseorang kerana keluarga saya minta hantaran tinggi. Bayangkan saya sendiri dengar dialog ni. 

Makcik A : Awak anak siapa. 
Makcik B : Ni anak Nora. Ala yang dulu kawan ngan XXX tu. Ala yang dia tak jadi kahwin sebab keluarga dia mintak hantaran tinggi2. Kesian si XXX. 

Pehhhh sentap tak? Padahal kami putus sebab memang tiada jodoh. Sempat pulak fitnah tu bertebaran ye.

Hantaran bukan lambang kekayaan orang. Tetapi lambang kesungguhan seseorang. 



Monday, August 31, 2015

Busy la hai.....

Assalamualaikum.

Kemain lama lagi tak menulis. Kemain. Bukan kemain. Memang lama sangat la tak menulis. Sebab dah kahwin ke tak menulis. Tak jugak. Sebelum kahwin pon dah jarang sangat menulis. So suspect utama penyebab saya tak rajin menulis adalah.... 


KERJA

Being an Accountant is so challenging. Tersangat. Semakin tinggi pangkat, semakin besar tanggungjawab. So jangan sesekali keluarkan statement macam ni ye :

Haih, belajar pandai2 pon kena balik kerja malam2.

Sekali saya PANG kang. Makin tinggi kita belajar, makin tinggi jawatan yang disandang, semakin besar juga tanggungjawab. Jawatan saya takdela tinggi mana. But still, dah 5 tahun kerja kan, haruslah ada peningkatan ye dok? 

Menjadi ketua / leader bukan senang. So saya sangat respect ex-boss dan boss saya yang mampu menjadi ketua untuk staff yang ramai.

Sekarang ni tinggal sendiri dengan suami. Pergi kerja, balik kerja, balik rumah mak saya, balik rumah mak mertua, jalan2, makan2 tu je la kerja kami. Susah nak tengok kami bermalas malasan dirumah. Saya pernah ambil halfday cuti hanya sebab nak kemas rumah. Hahaha. Sungguh dahsyatnya.

Kerja pulak, tak payah cerita la dia punya busy. Closing 1st - 15th. Tapi sampai 30th pon busy. Aponakdikato. Redha je la. 

Till then, Assalamualaikum.