Wednesday, January 18, 2017

Blog Lama

Assalamualaikum

Bila baca balik entry2 yang saya da revert to draft kan, ada satu perasaan rindu nak macam dulu. Semua gambar pun nak upload. Tapi sebanarnya gambar yang kita upload akan tersimpan dekat google. Mula2 saya tak tahu. Tapi bila kat phone mesti ada satu folder Blog dand alam tu semua gambar2 yang pernah di upload ke blog dan da jadi draft balik. Masa baru kahwin dulu, saya pakai phone yang mak hadiahkan masa 2012. Hadiah sebab baru putus cinta. Konon2 mak nak pujuk. So mendapatlah Samsung Note 2 Pink Edition. Masa lepas kahwin, tengok2 gambar kat Gallery. Bila masuk kat Blog punya folder, kan dah kata ada gambar2 masa upload kat blog. Masa dulu2 kan saya sangat manggatal upload gambar dengan "ex". Acah acah suwiiit kengkonon. Suami tanya siapa ni. Saya explain la. Suami kata kalau boleh delete. So kami pun sama2 cuba untuk delete. Puas godeh2. Tak bolehhh. Pastu. Minggu depan, phone tu terus rosak. On 20 saat restart balik, on 20 saat, restart balik sampai bateri habis. Nampak tak, bila suami tak redha terus rosak. Tak yah delete. Rosak terus. Hahaha. Padan muka. 

Then terus beli Samsung J7. Masa tu baru keluar. Rm1000. Dalam masa yang sama Yaya pun beli phone apa ntah. So, dia bagi mak pakai Note 3 dia. Malangnya, Note 3 ni tak de multiple simkad. Mak punya internet n phone lain2 nombor. Dah ditakdirkan pulak, Samsung J7 ni ada multiple simkad. Makanya, tukar la suka sama suka. 

Tapi still bila kita sync dengan akaun google, akan ada folder gambar blog tu. Gua dah cuak. Kang terkena sumpahan suami lagi. So, godeh2 kat google macamana nak buang folder tu. Still tak settle. 

Then, ada satu hari, nak upload gambar kat blog, terperasan ada satu tab pic from blog. Bila klik. Yezzar itu la folder yang menggangu gugat kehidupan saya. Bila cari semula dan terus delete permanently. Yezzar. Bila sync balik phone. Hilanglah semua folder. Bangga kembang2 hidung tunjuk kat suami. Kihkihkih. 

Begitula ceritanya. Blogging ni best. Tempat simpan kenangan. Tapi tak semua kenangan tu kita nak ingat. Ada yang kita nak totally lupakan. So, lepas ni kena be carefull. 

Ok itu je nak cerita. 

Till then, 
Assalamualaikum. 

Tuesday, January 17, 2017

Nak Kurus

Assalamualaikum

Sokmo la nak kurus tapi baru lepas makan mee rebus. Budak budak Finance ni pun sejak saya join sini kira2 dalam 2 tahun lepas, kemain nak kurus sama2 dengan saya. Tapi sampai sekarang. Gitu je la. 

Saya siap beli penimbang kat Lazada nak bagi motivasi. Last2, berat tak turun, benda tu yang rosak. Mana tak, satu hari sampai 10 kali timbang. Asal lalu je timbang. Penimbang tu pon dah tak larat. 

Kadang2 makan pon, tak nak makan nasi. Tapi belum pukul 3pm dah lapar masing2. Cissss. 

Ni tadi Iza senyap je, Kak Lela pun tegur kenapa Iza senyap. Iza jawab,

Saya senyap sebab saya kurus. 

Saya yang dalam bilik ni terus jerit, 

Abestu, kalau gemuk je ke yang suka bising2.

Iza jawab, 

Ha tu CikMin menjerit tu. 

Adoi, diorang ni kalau sehari tak kenakan orang memang tak boleh. Tapi time kerja, masing2 fokus. 

Alhamdulillah, staff2 yang saya ada sekarang memang sangat menyokong saya. Memang ada hikmah. Hikmah masa saya teruk dikenakan oleh staff lama. 

Till then, 

Assalamualaikum

Monday, January 16, 2017

Finally

Assalamualaikum

Finally saya telah lulus paper P1 ACCA. Allahuakbar. Alhamdulillah. 

Saya start ambil paper ni December 2013. Masa tu dapat 37 markah. Tak sedih sangat pun sebab memang expect sebab study biasa2 je. 

Then ambil la paper June 2014. Masa ni baru settle down dengan tempat kerja baru. So agak kelam kabut jugak. Dapat markah 41. Masa ni dah sedih sebab dah 2 kali ambil kot. 

Then lamaaaaa tak ambil sebab tengah fokus karier kengkonon. Then ACCA buat exam setiap March dan September. Tetibe 2016 semangat nak amek ACCA balik. After 2 years. So register awal dalam bulan March 2016 lepas audited report settle. So pergi la ambil exam kat UTM September 2016. Kali ni memang study all out. Sebab ada sorang kawan saya nama Siti Noor Atiqa, bagi pinjam buku dari P1 sampai P5. Memang siap buat notes. Tapi Allah belum nak bagi rezeki lulus. Dapat markah 44. Masa ni memang sedih. Dah nak give up. 

Memang tak plan ambil paper apa lepas tu. Sebab nak audit lagi. Then sorang kawan ni nama die Ummul Syafiqah, dia kata sementara masih fresh, better ambil exam December 2016. Saya pun tetiba dapat semangat. Memang study sungguh2. Siap ada soalan yang saya spot keluar. Dan Alhamdulillah. Saya dapat 58 markah. Terima kasih Allah. 

ACCA ni mengajar saya erti jangan putus asa. Saya susah nak gagal masa sekolah sampai universiti. Bukanlah pandai sangat tapi, memang gagal tu saya cuba elakkan. Tapi bila ACCA ni, dia macam sentiasa cabar saya. Setiap kali result markah saya naik dan lebih baik dari yang sebelum nya. Dia cabar saya untuk saya fikir, makin lama saya study, makin bagus knowledge saya. Cuma rezeki Allah belum nak bagi. 

Saya memang tak amik class. Saya memang tak de masa. Serius. So saya belajar sendiri. Mungkin itu yang perlu dibaiki. 

Kesimpulannya. Never ever ever give up. Saya ada lagi 4 paper lagi. Saya harap sangat sekali attempt sahaja. 

p/s : Suami nak hadiahkan meja study. Alhamdulillah suami memang penyokong setia. 

Tuesday, January 10, 2017

Anak

Assalamualaikum. 

Tiba tiba tajuk Anak. Semalam baca kat FB yang viral pasal pil nak gugurkan baby. Baby siap keluar dengan sempurna. Allah. Aku ni, terlalu nak anak tapi Allah belum bagi lagi rezeki tu, tapi orang lain senang senang buang macam tu. Mana la perikemanusiaan. Aku nak sangat ada baby. Moga Allah permudahkan. 

Till then, 
Assalamualaikum

Life

Assalamualaikum

Aku rasa memang kerjaya aku ni macam takde life sangat. Pergi kerja balik kerja. Ada je pergi jalan jalan tapi macam tak sempat pulak nak menulis. Bila baca blog orang lain, rasa teruja bila mereka update kehidupan mereka. Aku cam, pergh banyak masa dia nak update eh. Aku ni balik kerja je penat macam nak erk. Kagum. Bila baca entry lama lama (yang da revert ke draft) rasa macam suatu masa dahulu aku adalah blogger yang rajin. Sebulan 30 entry dalam tangan. Tapi sekarang. Satu entry sebulan pun dah kira bagus. Hahaha. 

Okay. Sekarang ni baru habis closing account. Closing yang mencengkam jiwa. Esok ada IMS Audit. Minggu depan PWC Audit. Hahaha. Penuh dengan audit. 

Tadi macam banyak idea. Tiba tiba jadi blanks plak. Haha. 

Till then, 

Assalamualaikum. 

Friday, December 30, 2016

Kali ke 4

Assalamualaikum.

7 December haritu saya ambil semula exam P1 ACCA. Kali ke 4 dan saya harap yang terakhir untuk paper ini dan secara tak langsung saya harap saya lulus walaupun dapat markah 51.

ACCA is so challenging for me. First because I choose to have self study. Second because I have work commitment. Third because ACCA itself is so damn hard man. *crying*

I take it as challenges. Harap lepas ni perjalanan akan dipermudahkan. 

Doakan saya lulus gais... 

Till then, 
Assalamualaikum. 

Thursday, December 29, 2016

Kisah Mak Ayah

Assalamualaikum. 

Saja nak bercerita pasal mak ayah saya. Bila ingat balik masa saya baru berkahwin dan ikut suami pindah ke Pasir Gudang, tersenyum sendiri...

Masa saya baru berpindah, mak ayah dah datang buat lawatan sehari sambil meninjau apa yang patut. Kebetulan jiran sebelah rumah tengah pasang dinding batu kat halaman rumah. Boleh bayangkan tak rumah kami ni hanya dipisahkan dengan pagar yang jaring2 hijau. So, jiran sebelah naikkan dinding batu. Ayah saya terus panggil orang yang buat tu dan set appointment nak buat kat rumah saya pulak. Sekali pakej dengan pasang jubin kat halaman rumah. Ayah kata ayah belanja. Pehhh. Terharu sungguh. 

Minggu depannya, ayah kata dah orderkan aircond. Nanti orang tu call nak datang pasang. Ayat ayah yang buat saya sedih ialah :

Ayah tahu anak ayah. Bukan semalam ayah kenal kau. Kau tak boleh panas2. Nanti rimas pastu semput. 

Terharu beb. Lepas tu ajak saya ke kedai perabot. Asalnya nak beli kabinet dapur je. Nampak plak kabinet tv. Pastu nampak plak ampaian yang ada roda. Last2 semua mak belanja. Wei terharu wei. Rasa macam saya ni anak manja kemain. Huhuhuhuu

Sebenarnya saya nak perlahan lahan hias rumah sendiri dengan usaha sendiri, tapi mungkin mak ayah risaukan saya. Orang bagi kita ambil je. Nanti kalau tak ambil, mereka kecil hati. Saya pesan husband saya supaya jangan terasa hati. Nasib baik husband jenis tak kisah. 

Walau apa pun jadi, I am still their little girl. 

Till then, 

Assalamualaikum

Tuesday, October 18, 2016

Result

Assalamualaikum.

Semalam dah keluar result. 

44 markah. 

Markah lulus 50. Huhuhu. 

Mula2 38.. then 41.. then 44.. 

Gotta work more hard..

Ingat nak daftar paper December 2016.

Sekali tengok rate GBP1 = RM5.29

Pengsan. 

Harga 1 Paper GBP128. 

Pengsan balik. 

Till then, Assalamualaikum. 


Thursday, October 06, 2016

Confirmation

Assalamualaikum

Semalam BFF saya call sambil suara macam baru lepas menangis. Rupanya dia tak confirm kerja lagi. Dia baru je kerja kat tempat baru. Then probation dalam masa 3 bulan dan suprisingly dia tak confirm. Politik kerja memang sangat bahaya. Kau perform la bagus mana. Yang kes kawan saya ni, dia masuk masuk je, banyak benda dia buat itu ini. So disebabkan tu dia tak confirm. Lol sangat. Saya advise maybe kawan saya kena buat buat macam acah acah tak pandai. Banyak bertanya kat orang. Walaupun dah tahu jawapan. Maybe pengurusan lebih suka orang macam tu rather than masuk masuk terus tahu itu ini. Maybe la kan. 

Throwback masa saya nak diconfirmkan, somewhere in October 2014. Tak tahu pun kena buat presentation. Hentam je tajuk. Then presentation tak sampai 10 minit. Kena reject. Tapi bukan kena extend probation. Kena present lagi sekali next week. Alhamdulillah, after second presentation, finally dapat confirmation. 

Masa presentation yang kedua tu sekali dengan seorang eksekutif ni. Masa dia tengah present, boss boleh bangun dan keluar. Masuk semula lepas 3 minit. Bawak kertas. Then, boss tanya, 

This presentation is prepared by you?

Budak ni jawab yes I prepared all the slides. 

Then boss suruh proceed dan habiskan presentation. Habis je presentation. Lepas thank you. Boss bangun dan tunjuk kertas yang dia bawa tadi. Tahu apa?

Slide presentation budak yang present tu. Sama kaler ok. Slide tu warna hijau kalau saya tak silap. 

Bos kata I got this from internet. I just google the title and got this slide. But sadly, the author of this slide not you. 

Pergh. Kalau saya jadi budak tu, rasa pangggg kat muka. 

Selanjutnya tahu la kan apa jadi kat budak tu?

Budak tu pun dah berhenti tahun 2015. 

Once liar always a liar. 

Kesimpulannya, kita kalau rasa kita ni bijak pandai, jangan lupa ada yang lagi bijak dari kita. Bak kata Abraham Lincoln

You can fool all the people some of the time and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time

Till then, Assalamualaikum

Monday, October 03, 2016

Layak ke Tak Layak

Assalamuaalaikum. 

Tajuk kemain. Layak ke tak layak. Apa yang layak dan tak layak. 

Hari tu dalam group wasap berbincang perihal anak. Ini semua sebab ada artikel yang pasal duduk flat dan ada anak yang ramai. 

Ada seorang kawan saya ni cakap, anak tu amanah bukan rezeki. So siapa yang belum ada anak tu maknanya tak layak lagi pikul amanah. 

TAK LAYAK PIKUL AMANAH???

Saya tak setuju dengan statement tu. Hanya kerana dia dah diberi rezeki oleh Allah untuk dapat anak awal, senang senang dia cakap yang orang yang tak de anak ni tak layak lagi nak ada anak. Amboi. Ko tu layak sangat ke?

Siap in denial cakap tu bukan dia cakap, tapi alim ulamak ustaz mana ntah yang dia pernah dengar ceramah. Play victim? Dah keluar statement riak lepas tu sesedap rasa cakap bukan salah dia cakap benda tu. 

So, kalau anak luar nikah tu, layak ke dapat anak? Siap pakej buang anak. Layak ke? 

Baru Allah uji kawan saya ni dengan ilmu, harta dan anak, dah sombong dan riak perangai. Anak tu amanah, rezeki dan ujian untuk dia sebenarnya. Ujian sama ada anak tu boleh menjadikan kawan saya ni lebih baik atau pun riak dengan orang yang belum diberi rezeki anak macam saya. 

Sebelum kita nak cakap macam2, fikir2 kan lah, hidup kita ni tak leh predict apa akan jadi esok hari. Allah kalau nak tarik, sekejap je, kawan. Jangan belagak sangat. 

Jangan diuji hati kami kami yang masih menanti rezeki ini dengan kata kata yang menyakitkan hati. Cukup dengan ujian ini. 

Kawan saya sepatutnya lebih bersyukur dan fokus jaga anak isteri dari sibuk mempersoalkan rezeki dan kelayakan orang untuk dapat anak. Kadang2 banyak sangat tahu ilmu tapi penyampaian salah pon tak boleh. 

Kalau tiada benda yang berfaedah untuk cakap, baik je la awak diam. Jaga family awak yang awak rasa awak layak. Awak sorang je layak. Ye faham. Orang lain tak layak. Moga Allah tunjukkan kat awak betapa layaknya awak. 

Till then, Assalamualaikum.