Monday, October 03, 2016

Layak ke Tak Layak

Assalamuaalaikum. 

Tajuk kemain. Layak ke tak layak. Apa yang layak dan tak layak. 

Hari tu dalam group wasap berbincang perihal anak. Ini semua sebab ada artikel yang pasal duduk flat dan ada anak yang ramai. 

Ada seorang kawan saya ni cakap, anak tu amanah bukan rezeki. So siapa yang belum ada anak tu maknanya tak layak lagi pikul amanah. 

TAK LAYAK PIKUL AMANAH???

Saya tak setuju dengan statement tu. Hanya kerana dia dah diberi rezeki oleh Allah untuk dapat anak awal, senang senang dia cakap yang orang yang tak de anak ni tak layak lagi nak ada anak. Amboi. Ko tu layak sangat ke?

Siap in denial cakap tu bukan dia cakap, tapi alim ulamak ustaz mana ntah yang dia pernah dengar ceramah. Play victim? Dah keluar statement riak lepas tu sesedap rasa cakap bukan salah dia cakap benda tu. 

So, kalau anak luar nikah tu, layak ke dapat anak? Siap pakej buang anak. Layak ke? 

Baru Allah uji kawan saya ni dengan ilmu, harta dan anak, dah sombong dan riak perangai. Anak tu amanah, rezeki dan ujian untuk dia sebenarnya. Ujian sama ada anak tu boleh menjadikan kawan saya ni lebih baik atau pun riak dengan orang yang belum diberi rezeki anak macam saya. 

Sebelum kita nak cakap macam2, fikir2 kan lah, hidup kita ni tak leh predict apa akan jadi esok hari. Allah kalau nak tarik, sekejap je, kawan. Jangan belagak sangat. 

Jangan diuji hati kami kami yang masih menanti rezeki ini dengan kata kata yang menyakitkan hati. Cukup dengan ujian ini. 

Kawan saya sepatutnya lebih bersyukur dan fokus jaga anak isteri dari sibuk mempersoalkan rezeki dan kelayakan orang untuk dapat anak. Kadang2 banyak sangat tahu ilmu tapi penyampaian salah pon tak boleh. 

Kalau tiada benda yang berfaedah untuk cakap, baik je la awak diam. Jaga family awak yang awak rasa awak layak. Awak sorang je layak. Ye faham. Orang lain tak layak. Moga Allah tunjukkan kat awak betapa layaknya awak. 

Till then, Assalamualaikum. 

No comments: