Finally saya telah lulus paper P1 ACCA. Allahuakbar. Alhamdulillah.
Saya start ambil paper ni December 2013. Masa tu dapat 37 markah. Tak sedih sangat pun sebab memang expect sebab study biasa2 je.
Then ambil la paper June 2014. Masa ni baru settle down dengan tempat kerja baru. So agak kelam kabut jugak. Dapat markah 41. Masa ni dah sedih sebab dah 2 kali ambil kot.
Then lamaaaaa tak ambil sebab tengah fokus karier kengkonon. Then ACCA buat exam setiap March dan September. Tetibe 2016 semangat nak amek ACCA balik. After 2 years. So register awal dalam bulan March 2016 lepas audited report settle. So pergi la ambil exam kat UTM September 2016. Kali ni memang study all out. Sebab ada sorang kawan saya nama Siti Noor Atiqa, bagi pinjam buku dari P1 sampai P5. Memang siap buat notes. Tapi Allah belum nak bagi rezeki lulus. Dapat markah 44. Masa ni memang sedih. Dah nak give up.
Memang tak plan ambil paper apa lepas tu. Sebab nak audit lagi. Then sorang kawan ni nama die Ummul Syafiqah, dia kata sementara masih fresh, better ambil exam December 2016. Saya pun tetiba dapat semangat. Memang study sungguh2. Siap ada soalan yang saya spot keluar. Dan Alhamdulillah. Saya dapat 58 markah. Terima kasih Allah.
ACCA ni mengajar saya erti jangan putus asa. Saya susah nak gagal masa sekolah sampai universiti. Bukanlah pandai sangat tapi, memang gagal tu saya cuba elakkan. Tapi bila ACCA ni, dia macam sentiasa cabar saya. Setiap kali result markah saya naik dan lebih baik dari yang sebelum nya. Dia cabar saya untuk saya fikir, makin lama saya study, makin bagus knowledge saya. Cuma rezeki Allah belum nak bagi.
Saya memang tak amik class. Saya memang tak de masa. Serius. So saya belajar sendiri. Mungkin itu yang perlu dibaiki.
Kesimpulannya. Never ever ever give up. Saya ada lagi 4 paper lagi. Saya harap sangat sekali attempt sahaja.
p/s : Suami nak hadiahkan meja study. Alhamdulillah suami memang penyokong setia.
No comments:
Post a Comment