Friday, September 18, 2020

Ex BFF

Assalamualaikum. 

May 2018, bila saya maklumkan kepada salah seorang bff saya yang saya pregnant, saya harap dia excited walaupun dia dah ada 2 orang anak. Tapi harapan saya hilang dibawa angin. Bff saya cakap, 

Haa pregnant kan? Nanti kau akan rasa panas mcm neraka. Semua tak kena. Tak selesa. Rasakan. 

Its not the answer that I waiting for. As a friend kau patut support aku. Kalau betul pun panas or tak selesa, kau as a friend yang dah dua kali bersalin kena bagi tips or anything la. Ataupun kau diam je lagi bagus. Aku ni tunggu hampir 3 tahun for this good news. 

Klimaksnya bila dia panggil saya,

Hei buntat, jom tengok sss(kawan kami). 

Saya jawab, aku tak suka kau panggil aku macam tu. Tanpa rasa bersalah or say sorry, dia hanya perli saya dengan nama penuh. Dengan penuh rasa logik, saya ambil keputusan untuk :

Block whatsapp
Unfriend FB dia dan suami dia

Dia cuba call dengan nombor lain, again, tanpa sorry or rasa bersalah. But sorry. Cukuplah beberapa tahun aku hadam perangai kau. Aku tegur, kau tak faham, kau tak terima. Kau tak rasa kau salah. So, thats it. 

Its been 2 years since saya dah tak kawan dengan dia. Ya Allah tenang sangat hidup ini. Setenang tenang. Tak perlu ada kawan yang suka memaksa, mendesak. Tak perlu ada kawan yang suka play victim. Tak perlu. 

Walaupun saya tahu dia mengadu domba kat kawan2 yang lain pasal saya. Tapi saya tak perlu risau. Yang percaya cakap dia, silakan. Terima kasih kerana percaya sebelah pihak punya cerita sahaja. Takde orang nak cerita pasal keburukan dan kesalahan sendiri. So, enjoy her story. Enjoy her fitnah okay? 

Ada yang tak de kena mengena dengan cerita kami, tiba2 taknak kawan dengan saya. Tiba2 tanya kenapa saya tak maafkan org tu. At the first place, kau tak pernah tanya cerita from my side and simply suruh aku maafkan orang tu? Kau pernah tanya tak orang tu pernah minta maaf kat aku tak?

My life is so precious to be wasted thinking of your drama and fitnah. So, please enjoy your fitnah. Sampaikan lagi biar semua orang tahu. Padahal masalah tu antara saya dan dia. Kawan yang baik akan bertanya kat saya cerita sebenar lepas dengar cerita dia, So yang tak bertanya dan terus percaya, terima kasih. 

Lastly, Alhamdulillah Allah jauhkan saya dari berkawan dengan manusia begitu. Allah tunjuk satu per satu. Alhamdulillah. Untuk engkau, aku bahagia sangat tak kawan dengan kau. Terlalu bahagia. I don't feel to have a friend like you again. No. Never. 


Same topic?

Assalamualaikum

It's been awhile since my last entry and to be frank I am so busy with my life. Family, work, study, friends. Tapi kita balance kan semua tu. Since ayah saya masih tak boleh ke Malaysia (Ayah warganegara Singapore), so rutin mingguan kena ke rumah mak. Dulu risau jugak mak tinggal seorang. Tapi kena tawakal. Sebab rumah mak dan tempat kerja kami agak jauh. Pengasuh Medina pulak berdekatan rumah kami. Agak berpusing kalau nak hantar Medina dulu dan ke tempat kerja. Nak minta mak jagakan Medina adalah perkara terakhir yang akan saya buat. Kita tahu mak kita macam mana. Dengan umur dan tenaga mak, sesekali tu boleh la jaga. 

Saya ada banyak benda nak tulis. Basically apa yang pernah tulis. Pasal common sense. Pasal kemas rumah. Pasal lepas bangun tidur tolong la kemas tempat tidur. Benda ni memang hari2 terjadi cuma saya malas nak ambil port. Tapi bila Allah tunjuk depan mata, rasa macam nak mencarut. Rasa kesian. Rasa macam kau ada otak, aku pun ada otak. Tapi kenapa kau tak boleh fikir mcm aku fikir. Dalam FB ye kau lah yang terpaling baik, bagus, hebat, dan paling Allah makbulkan doa. Tapi realitinya? 

Betul la orang kata media sosial ialah medan kepalsuan untuk menunjukkan betapa bahagia, hebat dan segala yang baik. 

Saya malas nak cakap pasal orang, but it's irritate me so much bila tengok orang yang kita sayang diperlakukan oleh orang yang so called paling hebat dalam FB. Dan orang yg diperlakukan tu seakan serba salah nak mengadu. 

Saya cuma doa, saya takkan jadi macam tu. Apa yang Allah tunjuk adalah sebagai pengajaran. Jangan ikut. Jangan jadi macam tu. 

Till then, 

Assalamualaikum.  

Monday, December 02, 2019

Bebelan

ok waktu lunch ada berbaki lagi 15 minit. Mari kita membebel. 

Harini 2 Dec. Hari closing gais. Esok saya dah start cuti 3 hari. Bukan pergi holiday tapi Study Leave dan Exam Leave. Exam kali ni dah register on January 2018, sebelum tahu pregnant. Dah siap beli buku. Tapi bila dah tahu pregnant, konon2 taknak stress kan diri. So kita postpone sampai bersalin. Last2 sit exam lepas Medina dah setahun. 

Kali ni exam memang focus. Sebab apa yang study lebih kurang dengan kerja yang buat hari2. So, insyaAllah. 

Sekarang ni nak pergi kerja macam berat sangat. Sebab kena parking kat luar. Ye la customer always right. Customer complaint parking limited, so kami as a staff yang not always right (always wrong) ni kena la parking kat luar. Tak cukup dengan itu, kena bayar pulak. Haih. Sabor je la. Sekarang ni musim hujan. Macamana la nasib kami kalau pagi2 dah hujan, dah basah. Mesti tak selesa nak buat kerja. Tapi ada diorang fikir? Tak. Orang yang wajibkan benda ni pulak ada parking berbumbung sendiri. Kepimpinan melalui teladan kah? Tak pe la. Kami ni staff bukan buat apa pun. 


Saturday, November 02, 2019

Perangai

i love my job. 

Saya sayang kerja saya. Kerja tak stress pun sebab i really love apa yang saya buat sekarang. Yang menyakitkan hati ialah perangai manusia. 

Satu : 

Kau tahu yang kau kena buat closing awal bulan. 31 haribulan kau pergi jumpa doktor bagitahu kau sakit kaki dah 2 tahun. Doktor suggest untuk injection. Dengar ye. Injection. 2 tahun? Bukan bulan 7 haritu kau kemain semangat join volleyball? Sakit kaki celah mana 2 tahun? Dan kau tak rasa bersalah pun bagi kawan2 kau buat kerja kau. Kau acah acah sakit nak mampus. Padahal elok je lagi berjalan. Drama kau memang tiap2 bulan eh. Bulan lepas bff meninggal. Bulan sebelumnya anak ambil award. Macam apa je perangai kau ni. Kalau dah kaya n senang sangat tak payah kerja. Duduk rumah je. Dari kerja tapi menyusahkan orang. 

Dua : 

Sejenis semua benda kau nak aku fikir padahal bukan jajahan takluk aku nak fikir. Semua aku nak kena decide. Kau tu apa? Patung cendana? Ada macam takde. Konon kata sibuk tapi sharp balik. Poyo. 

Tiga : 

Nak minta cuti macam nak minta sedekah. Aku ni nak exam tapi kau boleh persoalkan benda lain masa aku nak cuti. Kau cuti boleh? Orang lain cuti boleh? Aku ni bukan manusia ke? Aku ni robot ke yang tak payah cuti. Kau je ada anak. Kau je ada keluarga kan? Aku nak cuti bawak anak checkup pon kau suruh amek halfday. Celaka ke tak? 

Aku memang tengah marah. Siapa cari pasal memang kena sembur. 



Friday, October 18, 2019

Bebelan

Assalamualaikum. 

Kalau awak tak mampu nak tolong or tak nak tolong, jangan marah bila orang lain tolong saya. Jangan melenting bila saya cakap terima kasih kat orang yang tolong saya. Dah memang mereka je tolong saya. Saya nak cakap terima kasih pon salah. Siap tulis kat fb bukan bukan. Matang la sikit kak. Umur makin tua. Tapi perangai makin annoying. Saya diam bukan sebab saya bodoh or takut. Tapi saya taknak samakan level saya serendah awak. Rendah sangat tu. Betul Dr Anwar Fazal share:

Diam bukan bererti bodoh.
Lantang bukan bererti cerdik
Yang matang ialah mereka yang tahu bila perlu bersuara dan bila perlu diam. 

Sikit2 nak update FB marah2. Padahal bukan kena mengena pun. Bila kena mengena pun memang tanpa segan silu menunjukkan ketidakmatangan tu. 

Lagi satu, hidup jangan suka jadi batu api, melaga lagakan orang. Hari hari stalk IG sampai Allah takdirkan untuk dia terunfollow IG saya. Gelabah ayam la dia. Ye la macam mana nak sekodeng IG story saya, dari situ dia interpret macam2 and sampai kan kat orang lain apa yg dia paham. Ya ampun kak, hidup saya bukan untuk fikir pasal korang je. Bukan untuk sindir korang. Saya bz kak. Takde masa. 

Dah terunfollow, tak malu wasap suruh accept balik request follow. Eh, tak malu eh? Saya pun malas nak banyak cerita. Accept je la. 

Eh tiba2 awak share pasal jangan perasan pasal org stalk sebab malaikat pun stalk kita. Kak, saya tahu akak tujukan kat saya. Tapi saya tak ckp apa2 pun kak. Akak terasa ke. 

Last sekali saya hide je la akak dari IG story saya. Saya tenang, akak pun tenang. Akak tak yah speculate. 


Sunday, June 30, 2019

It's okay sis

It's ok kalau kau rasa aku tak ikhlas. Aku ikhlas je. Tapi kalau tak pandang pun, aku masih ikhlas. Tapi nampak sangat kau tak hargai n tunjuk sangat kot. Simpan sikit kak. Elak aku beli pulut kuning je meraikan semua ni baru kau tahu apa itu kesedihan. But, it's ok. Everything gonna end today. Alhamdulillah Allah kabulkan doa aku. Syukur. 

Wednesday, June 19, 2019

Toxicah

Dear Siti Toxicah, 

You shared on your FB saying that saya ni dengki kat awak sebab awak naik pangkat. Haih. Awak tahu tak saya yang propose awak naik pangkat? Awak tahu tak saya yang sentiasa minta update on your promotion? Memang betul, saya memang tak boleh bekerja dengan awak. You are so toxic in this department. Tapi saya bukan orang yang bila tak suka, saya jatuhkan orang tu. Hari hari saya doa biar saya dipindahkan supaya saya tak perlu nak sentiasa bersangka buruk dengan awak. Saya dah tak nak tambah dosa. Bukan saya tak tahu awak mengumpat pasal saya dengan orang lain. Siap keluar ofis untuk bercerita pasal saya kat orang tu on the phone dan masuk balik bila dah habis mengumpat. Awak play victim. Bila saya tegur, awak canang kata, saya selalu cari salah awak. Tapi awak tahu tak kalau saya tak tegur, memang ke laut dan makin mejadi perangai awak. Awak cuba untuk menjadi orang tengah. Korek itu ini. Masuk bilik saya untuk tanya benda bukan berkaitan kerja dan update orang lain untuk melagakan. Bukan saya tak tahu. Awak mungkin ingat saya bodoh sebab tak tahu. Tapi awak tak tahu saya yg memerhatikan kebodohan awak tu. 


Saya harap awak berubah ditempat baru. Dah naik pangkat kan? Cukup cukup la membongak orang. Cukup cukup la nak tunjuk diri tu hebat. Cukup cukup membuli orang. Cukup cukup buruk kan boss sendiri. Bila awak burukkan orang lain especially your boss, bukan nampak your boss yg buruk tapi perangai awak yang buruk. 

I wish nothing but the best for you. 

And, please dont come back here. Coz I've got enough with all your drama. 

Wednesday, June 12, 2019

Common Sense

Assalamualaikum. 

Korang pernah dengar perkataan "Common Sense"? Kalau ikut Google maksud Common Sense ialah : 

good sense and sound judgement in practical matters.

Senang cakap common sense ni macam benda yang logik sebagai manusia yang ada peradaban. Manusia yang normal yang memikirkan sesuatu itu patut dilakukan untuk kesejahteraan sendiri dan orang lain. Sesuatu yang orang tak perlu suruh atau tegur untuk kita lakukan. Antara contoh common sense yang paling common : 

1. Lepas bangun tidur, kemas tempat tidur semula. 

Lagi lagi kalau tidur kat tempat awam seperti hall (ruang tamu). Kalau mak saya, dia tak larang tidur kat hall, tapi pukul 7.30am dia akan kejut suruh bangun or sambung tidur dalam bilik. Sebab dia nak kemas rumah. Tapi saya selalu je tengok depan mata sendiri, pergi kerja tinggal je toto bantal semua kat hall. Pastu balik kerja sambung golek2 kat toto tu. Masalahnya toto tu kat hall rumah. Oh my. Mana common sense yang hall rumah tu perlu sentiasa kemas sebab kalau orang datang berkunjung akan duduk kat ruang tamu. Takkan nak duduk kat bilik air pulak kan? Tapi bila takde common sense, bila orang pun dah malas nak tegur, dia pun makin berleluasa la biarkan semua pun bergumpal kat ruang tamu. 

2. Jangan menyusahkan orang lain


Bangun tidur, main handphone sampai leka. Anak nak kencing, dia suruh pergi je dapur, ada orang kat dapur. Orang yang kat dapur tengah sibuk masak, kena layan anak dia. Anak minta sarapan, suruh ke dapur, minta kat orang kat dapur. Mana common sense? Takde anak, nak anak. Dah ada anak, susahkan orang lain. Orang yang dia susahkan tu bukannya kuat sangat. Nak dukung anak dia, nak layan tantrum anak dia, nak layan paksaan anak dia. Huh. 


3. Jangan hambakan ibu bapa


Suruh mak ayah kerja sedangkan dia melingkar di rumah main phone. Dengan tanpa rasa bersalah. Siap hantar mak ayah pergi kerja yang sepatutnya kerja dia. Bila tak boleh hantar, siap order Grab dan dengan bangga share kat Whatsapp group yang mak pergi kerja naik Grab. Common sense mana? Kenapa kau boleh berehat dan mak ayah kau yang kena kerja. Bila adik beradik lain balik, disuruhnya adik beradik kerja sebab dia hanya boleh rehat bila adik2 balik je. Yang hari hari kau melingkar kat rumah tu apa? Common sense?????


4. Kebersihan sebahagian dari iman


Bela kucing tapi najis kucing dia biar je. Kedudukan kandang kucing depan pintu dapur orang. Kau ulang alik masuk keluar rumah tak bau ke? Kebal ke hidung tu? Orang lain yang kena kemas dan bersihkan najis haiwan tersebut. Haiwan tersebut? Dah tak rupe kucing, bulu dah tanggal. Mana common sense? 


Rumah berhabuk dibiar je. Mainan anak bersepah dibiar je. Kusyen bersepah dia tutup mata je. Baju main longgok tepi tangga tunggu ada orang kutip. Ketip kuku anak selamba je dia buang kat lantai tu je. Ya ampun. Nak keluar ke apa, dia main tinggal je rumah macam tu. Aduhhhh


Haih... 


Tapi bila orang lain, sanggup karang cerpen pasal orang lain. Pasal jahatnya orang lain. Tapi tak tahu cerita sebenar. Hebat betul. Tapi diri sendiri? Sedih betul. Bila bercerita nak menang je. Nak gah. Bila share kat FB, wow sangat. Tapi hakikatnya common sense ke laut. 


Kita ni biarlah kerjaya biasa, tapi rajin bekerja. Kita ni bukanlah rajin sangat tapi at least bukan pengotor. 





Till then, 

Assalamualaikum.




Monday, June 03, 2019

SHRMZB

Assalamualaikum

Hari ini 3 June 2019, lagi 2 hari nak beraya. Hari terakhir bekerja. Sekarang pukul 4.05pm. Lagi 25 minit nak balik. Dah tak de mood nak bekerja oiii. Bulan puasa ni lemau sikit. Kecuali ada kerja urgent, tetiba je tak lemau. Hahaha. 

Raya kali ni agak istimewa. Kali pertama beraya dengan anak. Medina nak masuk 8 bulan bulan June ni. Haih cepat masa berlalu. Macam baru semalam mengandungkan dia. Akal pun dah banyak. Kadang2 malam dia taknak tidur. Tapi tak nangis. Dia akan sondol2 badan kita. Koreng hidung ke picit mulut. Eeee geram je. Bila kita bangun nak marah, dia sengih2. Eh kau ni. Picit baru tahu. 

Raya kali ni ada penambahan dua anggota baru. Medina dan Ibrahim. Ibrahim ni anak adik saya. Lahir lepas 3 bulan Medina dilahirkan. Betapa Allah menyusun perjalanan hidup kami. Saya diberi rezeki setelah menanti hampir 3 tahun. Saya diberi rezeki di pagi hari pernikahan adik saya. Baiknya Allah. 

Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir Batin. 

Till then, 
Assalamualaikum

Monday, May 13, 2019

Dah Berubah?

Assalamualaikum

Salam Ramadhan ke 8. Bulan Ramadhan ni bulan kita meningkatkan amal ibadat. Almaklumlah bulan puasa ni syaitan kena ikat. Terasa nak membebel pasal satu kisah ni yang rasa nya biasa je kita dengar. 

Situasi 

Avril siap2 nak ke surau untuk tadarus dan solat zuhur berjemaah. Datang si Selena tegur, 

Selena : Avril, kau nak pergi mana ni?
Avril : Aku nak ke surau, kan ada tadarus dan solat berjemaah. Jom la sekali
Selena : Alhamdulillahhh ke surau jugak kau ye. 

Apa yang tak kena? Selena ni tahu tak solat dan baca Al Quran ni WAJIB. Kenapa nak kena cakap seolah olah Avril ni baru first time nak solat. Seolah olah nak cakap, finally kau solat jugak. Faham tak? Ayat tu bagi baik sikit la kak. Orang tu mengajak kau buat kebaikan kot. Tapi apa yang kau balas? Kau sindir macam orang tu tak pernah ke surau. 

Paling menyampah orang macam Selena ni dan memang ada seorang budak ni watak macam Selena. Bila orang solat, dia ckp Alhamdulillah dah berubah. Masalahnya ni bukan berubah, ni memang kewajipan. Aduh. 

Bab2 solat ni sensitif kot. 

Itu je nak bebel.

Till then, Assalamualaikum