Friday, September 18, 2020

Ex BFF

Assalamualaikum. 

May 2018, bila saya maklumkan kepada salah seorang bff saya yang saya pregnant, saya harap dia excited walaupun dia dah ada 2 orang anak. Tapi harapan saya hilang dibawa angin. Bff saya cakap, 

Haa pregnant kan? Nanti kau akan rasa panas mcm neraka. Semua tak kena. Tak selesa. Rasakan. 

Its not the answer that I waiting for. As a friend kau patut support aku. Kalau betul pun panas or tak selesa, kau as a friend yang dah dua kali bersalin kena bagi tips or anything la. Ataupun kau diam je lagi bagus. Aku ni tunggu hampir 3 tahun for this good news. 

Klimaksnya bila dia panggil saya,

Hei buntat, jom tengok sss(kawan kami). 

Saya jawab, aku tak suka kau panggil aku macam tu. Tanpa rasa bersalah or say sorry, dia hanya perli saya dengan nama penuh. Dengan penuh rasa logik, saya ambil keputusan untuk :

Block whatsapp
Unfriend FB dia dan suami dia

Dia cuba call dengan nombor lain, again, tanpa sorry or rasa bersalah. But sorry. Cukuplah beberapa tahun aku hadam perangai kau. Aku tegur, kau tak faham, kau tak terima. Kau tak rasa kau salah. So, thats it. 

Its been 2 years since saya dah tak kawan dengan dia. Ya Allah tenang sangat hidup ini. Setenang tenang. Tak perlu ada kawan yang suka memaksa, mendesak. Tak perlu ada kawan yang suka play victim. Tak perlu. 

Walaupun saya tahu dia mengadu domba kat kawan2 yang lain pasal saya. Tapi saya tak perlu risau. Yang percaya cakap dia, silakan. Terima kasih kerana percaya sebelah pihak punya cerita sahaja. Takde orang nak cerita pasal keburukan dan kesalahan sendiri. So, enjoy her story. Enjoy her fitnah okay? 

Ada yang tak de kena mengena dengan cerita kami, tiba2 taknak kawan dengan saya. Tiba2 tanya kenapa saya tak maafkan org tu. At the first place, kau tak pernah tanya cerita from my side and simply suruh aku maafkan orang tu? Kau pernah tanya tak orang tu pernah minta maaf kat aku tak?

My life is so precious to be wasted thinking of your drama and fitnah. So, please enjoy your fitnah. Sampaikan lagi biar semua orang tahu. Padahal masalah tu antara saya dan dia. Kawan yang baik akan bertanya kat saya cerita sebenar lepas dengar cerita dia, So yang tak bertanya dan terus percaya, terima kasih. 

Lastly, Alhamdulillah Allah jauhkan saya dari berkawan dengan manusia begitu. Allah tunjuk satu per satu. Alhamdulillah. Untuk engkau, aku bahagia sangat tak kawan dengan kau. Terlalu bahagia. I don't feel to have a friend like you again. No. Never. 


No comments: