Sementara rajin menulis ni. Sebenarnya memang sangat nak menulis. Tapi masa amat mencemburui.
Dah setahun 5 bulan kami berkahwin. Tipu kalau kata saya tak sedih bila orang tanya pasal anak. Lagi lagi bila lepas saya buat Laparoscopy untuk buang cyst di ovari kanan. Memang sedih. Tapi sekarang ni saya nak positif je.
Saya ada family yang sentiasa support saya. Yang tak pernah tanya bila saya nak ada baby. Tak pernah. Saya ada suami yang sangat positif. Suami yang selalu yakinkan saya suatu hari nanti kami akan ada baby. Saya ada kawan kawan yang sentiasa bagi kata kata semangat. Kawan kawan yang bagi saya bermanja dengan anak anak mereka. Allah. Apa lagi yang saya nak? Allah dah bagi macam macam.
Wake up, Aminah.
Apa lagi yang saya mahu? Biar Allah yang rancang perjalanan hidup saya.
Lets talk more about blessings.
Till then, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment