Friday, September 30, 2016

Kerja dan Cuti

Assalamualaikum. 

Salam Jumaat. 

Hari ini kerja half day. Waktu kerja kat sini macam pelik sikit. 

Ahad - Khamis : 8.30am - 5.00pm
Jumaat : 8.30am - 12.30pm

Johor kan cuti Jumaat dan Sabtu. Makanya company saya ni kalau normal Sabtu half day, Ahad cuti. So di tukar mengikut Johor la. 

Saya harap sangat cuti ini akan diselaraskan atau dengan kata lain, di wajibkan kepada semua syarikat swasta. Suami saya pulak Sabtu Ahad cuti. Kami suami isteri tiada masalah. Masalahnya orang lain pula yang ada masalah bila kami bagi alasan cuti kami tak sama. Bila orang persoalkan, sekejapnya cuti. Sabar je la. Kalau ikut hati ini, memang nak je lama bercuti tapi cuti tahunan ada 21 hari bukan 100 hari. Hurm. sabar je la. 

Hari ini 30 September. Standby untuk closing. Minggu ni dapatlah cuti hujung minggu 2 hari. Sebab 2 Oct Ahad Maalhijrah. Tetapi cik abang saya pula kena bekerja. Adat bekerja kan. Bila kena kerja, kerja la. Selagi di bayar. 

Selamat Bercuti, gais. 

Till then, 

Assalamualaikum. 

No comments: