Assalamualaikum.
Hari ini hari Jumaat. Hari ini Jumaat terakhir untuk saya bergelar anak dara. Jumaat minggu hadapan, insyaAllah saya akan bergelar isteri kepada seseorang jejaka. Perasaan. Hurm. Sedih bila teringat mak ayah dan adik. Memang la kalau kena marah rasa nak lari rumah, tapi bila time macam ni, rasa nak duduk dengan diorang plak. Tapi kena la belajar berdikari kan.
Alhamdulillah, encik tunang dah ada rumah sendiri. Sampai ke hari ini saya belum pernah jenguk rumah kami itu. Pernah ajak mak dan adik jenguk, tapi asyiklah tak jadi. Haritu masa orang kedai hantar set katil, punya la encik tunang tanya berulang kali position katil, almari dan almari solek. Nasib baik kawan2 saya duduk area situ dan saya pernah jenguk bilik tidur mereka (hihihi kepohhhh). Maka saya imagine je la dari jauh. Dah siap pasang katil semua, encik tunang wasap sambil warning, da ikut sebijik imaginasi saya, kalau salah, betulkan sendiri. Hahahaha.
Mood sekarang tengah fikir pasal majlis, pasal bila nak buat doorgift, fikir nak kurus. Hahaha. Part nak kurus tu memang da setahun usaha kan. Sampai disini sahaja la kan. Tapi dah kahwin nanti, saya akan paksa encik tunang diet sekali. Kita tengok macammana pergi nya. Hahaha. Gelak ni macam tak kemana la diet tu. Hahahaha
No comments:
Post a Comment