Tuesday, April 14, 2015

3 hari

Assalamualaikum. 

Tinggal lagi kurang sejam saya akan balik. Lepas tu saya akan bercutiiiiii. Bunyik macam cuti sebulan. Tapi cuti seminggu. Haaaa. Seminggu je pong. Beria buat automatic reply kat email. Kalau boleh whatsapp boleh buat auto reply pon bagus jugak kan? Penat da melayan kerja2 yang tak mungkin akan habis. 

Ayah dah start cuti hari Sabtu hari tu. Rasa bersalah bila ayah kemas bilik saya. Apit tolong cat rumah. Aduhhh. Dengar ayah cakap kat mak. 

"Ayah tahu kita ni tak de lelaki dalam keluarga selain ayah. Sebab tu ayah amek cuti awal"

Runtuh hati dengar taw. 

Terus teringat arwah Harun. 

Kalau la Harun ada lagi, mesti dia da balik cuti. Mesti dia antara orang yang paling busy. Mesti dia akan cakap, 

"Kak, pasni mesti aku kahwin"

Dia memang suka berlumba lumba bab kahwin dengan saya. Tapi sekadar main main je la. 

Dia yang paling saya rindu sekarang. Terpaling rindu. 



1 comment:

Nooriah Abdullah said...

salam ukhwah dari kaknoor
wah tak sabar nya kan
Selamat Pengantin Baru in advanced ya dari kaknoor semoga berkekalan hingga ke jannah