Thursday, April 02, 2015

15 days

Assalamualaikum.

Berbaki lagi 15 hari lagi saya akan menamatkan zaman bujang/anak dara. Perasaan? Saya masih sibuk dengan apa yang orang sibuk sekarang. 

GST.

Saya dah tak larat nak layan GST ni sebenarnya. Mungkin ada orang kata, ala sibuk dengan GST beria. Saya kan bukan sibuk pasal harga naik ke apa (walaupun memang geram sebab diorang naikkan harga dan caj GST sesuka hati! Grrr). Tapi saya sibuk kerana saya adalah Chairman untuk GST Committee hospital ni. Chairman itu maksudnya, kalau saya bawak ajaran sesat, satu hospital ni akan sesat. Saya yang menimba ilmu ke KL sejak saya mula join hospital ni. Saya join April 2014. Fuh dah setahun. Bulan March hari paling terrible, 3 kali sebulan ke KL. Penat? Tak yah cakap. Saya yang membawa balik informasi, saya yang meng'guide' staff di sini, saya yang kene pastikan sistem adalah seperti yang Kastam mahukan, saya yang kena pastikan doktor2 adalah berdaftar GST dan saya juga yang kena bersedia andai ada pesakit yang bertanya tentang GST. 

Sekadar berkongsi informasi sebelum korang tanya. Perkhidmatan hospital swasta adalah dikecualikan GST. Tetapi. Ada tetapi. Perkhidmatan dari doktor2 pakar adalah dikenakan GST. Kerana apa? Sebab Kastam yang cakap macam tu. Hahaha tak de la. Sebab Perkhidmatan doktor2 pakar adalah bukan dibawah perkhidmatan hospital swasta dan mereka adalah Independent Doctor. Haaa. Begitu lah yang saya faham. 

Pergh berilmu sungguh entry saya kali ni. Hikhikhik. 

Kawan2 memang ramai je yang refer saya. Kalau soalan yang senang saya ok je jawab. Sebab saya dah pergi lebih dr 6 training GST ye kawan kawan. Kalau saya tak tahu beza Standard Rated, Zero Rated, Exempted tu memang kene ketuk kepala dengan boss. Orang hantar training mahal, still tak paham2. Hahaha. 

Eh ni entry pasal persediaan kahwin ke pasal GST. Dah melalut. 

Ok kembali ke niat asal menulis. Persediaan perkahwinan saya Alhamdulillah. So far ok je. Sebab pakai Wedding Planner kot. Sekarang ni masalah kad jemputan dah nak habis. Adoii. Anak pertama kan. Yang lain2 dah ok. Baju nikah dah siap. Goodies belum start buat. Tapi akan start buat la. Siapa la yang nak tolong. 

Cakap pasal tolong kan. Saya ni kadang2 geram dengan orang sekeliling. Diorang mintak tolong, tapi mintak tolong kadang2 dah jadi macam MENGARAHKAN untuk buat. Saya dah cakap, saya sibuk, still tak faham. Then, kalau saya tak nak tolong, famili saya yang jadi mangsa untuk tolong. Allah. Tolong la. Tak cukup ke saya cakap saya sibuk. Kalau saya sibuk, keluarga saya pon sibuk la. Susah nak deal orang2 macam ni. Bukan seorang dua. Haih. Saya ni tunggang terbalik buat semua benda tak mintak tolong diorang, then, boleh tak kalau tak suruh kami itu ini. Boleh tak? Penat la nak cakap. Dah cakap sibuk. Nak cakap apa lagi bagi faham?

Saya ni bukan nak membebel, tapi cuma mintak orang faham situasi. 

Ok melalut lagi sebab emosi sangat la tak tenteram. 

Doakan saya tabah kuat menghadapi semua ini. 





p/s : Esok 3 April 2015, 5 tahun dah arwah Harun tinggalkan kami. RIndu sangat. Saya duk bayangkan kalau arwah masih ada. Mesti dia da sibuk2 dengan majlis ni. Mesti dia kecoh gile. Mesti dia amek cuti panjang. Allah. Rindu. Al Fatihah. 





No comments: