Monday, April 07, 2014

Tukar URL lagi

Assalamualaikum.

Saya tukar url lagi. 

Haritu lepas update blog, bila nak jenguk blog, dia tulis chrome crash ke apa. Cuak gak. Terus tukar. Saya takut nak annouce kat FB lagi link blog saya. Ye la. Dulu sebab announce la macam2 cerita keluar. Biarlah blog ni siapa yang sudi singgah, singgah la. Bukan ada apa pun. Cerita merapu dari saya. 

Tinggal lagi 10 hari je sebelum saya meninggalkan kerjaya sebagai "AUDITOR" selepas 3 tahun 9 bulan berada didalam kerjaya tersebut. Lagi sikit nak 4 tahun. Tapi Allah dah tulis setakat itu sahaja rezeki saya menjadi Auditor. 

Saya rasa nak buat satu entry cerita tentang pengalaman saya menjadi AUDITOR di salah sebuah firma audit terbesar di dunia. Banyak sangat yang saya belajar. Selain belajar tentang audit, banyak pengalaman yang mematangkan saya. 

Contohnya, memandu kereta. Masa mula2 masuk, kemain menggigil kena drive sampai Pasir Gudang. Berpeluh peluh. Selepas 3 tahun 9 bulan, keyakinan memandu kereta memang tinggi. Siap boleh marah2 orang yang bawak kereta macam apa. Hahaha. Dari segi kecekapan parking kereta pulak, memang Alhamdulillah. Tak reti dah nak parking masuk depan. Memang reverse parking je. Ecececehhh. Side parking ok sikit la. Kalau dulu setengah jam duk parking, skang kurang sikit. Then, banyak jalan2 kat JB ni saya dah pandai. Kalau dulu, jalan yang paling jauh, itulah jalan yang saya pilih. Sekarang ni, sap sap soii je. Ewah. Berlagak pulakkkk. 

Ini antara pengalaman saya. InsyaAllah bakal disambung. 

Till then, Assalamualaikum

No comments: