Friday, April 04, 2014

Merisik dan Bertunang

Assalamualaikum. 

29 March 2014. Alhamdulillah. Saya dah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hati. Ecewaahhh ayat kemain lagi. So, sesiapa yang follow Instagram dan Facebook saya, harap maaf ye, mood sekarang memang bunga bunga cinta. Tu yang asyik post pasal majlis tersebut. Lagi plak, saya guna khidmat cameraman yang super best. Majlis 29.03.2014, 02.04.2014 dah dapat dah gambar dan softcopy nya. Wah. Memang saya book terus untuk majlis kahwin saya ni. 

Merisik

03 Februari 2014, keluarga si dia datang merisik. Sebenarnya mereka nak datang 28 Dec 2013 haritu. Sehari sebelum dia datang, 27.12.2013, mak saya masuk hospital sebab pendarahan tak berhenti dan perlu menjalani pembedahan segera, maka, mereka datang hospital untuk melawat mak saya. Masa tu, saya dan mak dah siap beli ayam 2 ekor dan barang2 lain untuk buat Soto untuk menjamu mereka. Namun apakan daya. Mak saya tanya saya, ni diorang datang nak merisik ke? Saya tanya cik abang, cik abang kata, ni datang sebab nak melawat orang sakit. 

So, lepas mak dah sihat sepenuhnya, selepas sebulan, cik abang pun kata keluarga dia nak datang merisik. Saya pun macam biasa la, mestilah happy. Lama woo peram cincin merisik tu. Hahaha. Gatal! Maka mereka datang pada 03 February 2014, hari Isnin. Saya mintak kebenaran dengan senior untuk balik awal. Kihkihkih. Haruslah balik awal, nak make up lagi, nak cantik2.. hahaha.. 

Mereka sampai pul 9pm. Apa2 hal dulu, kita jamu mereka makan. Bila perut sudah kenyang, senang nak berbincang, tak gitu? Maka perbincangan pun berjalan. Saya kat dapur macam anak dara pingitan, cuba curi2 dengar apa yang dibincangkan. Tiba2 mak panggil. Rupanya mak dia nak sarung cincin. Ecececehhhh. Shy shy cat la ai. Ingatkan cuma bagi je cincin. Rupanya sarung sekali. Auuummmm. 

Maka mereka tetapkan 29 March nak bertunang. Maka, saya ada lebih kurang 2 bulan untuk prepare. 

Persiapan bertunang

Tak payah tunggu2, lepas je merisik, esoknya, kebetulan ayah off-day, tup tup tup mak call kata mak ngan ayah dah ada kat Air Hitam. Nak survey katanya. Oh my. Mak ayah adalah excited. Saya belum pun buat budget, mereka dah survey. Lepas sejam, call semula, kata dah jumpa yang berkenan. Ok fine. Mereka sangat excited. 

Hujung minggu lepas merisik, saya, mak dan Yaya ke butik butik pengantin untuk survey baju. Ye la. Plussize macam saya susah nak cari baju. Nak jahit pula, saya fikir, lepas ni nak ke mana dengan baju tersebut. Tu yang nak sewa je. Haritu, Farah ada bagitau butik yang ada baju besar besar. Saya pun terus ke sana. Main redah je. Nasib baik ada orang. Owner butik tunjukkan sekali pakej tunang. Saya tengok masih dalam bajet saya harganya, maka saya pun terus bayar deposit. Baju pulak kene fitting semula lepas sebulan. Gembira sangat sebab ada saiz. Hanya orang macam kami je faham perasaan bangga bila baju yang kita suka tu muat. Hahaha.

So, pelamin, baju dan make up setel. Saya pulak every weekend, memang curi masa untuk jogging. You know la, february kan super peak period. Tapi saya tetap gigih jogging. Siap ada satu minggu tu saya puasa straight 5 hari. Terus puasa ganti setel. Nampak tak kesungguhan tersebut. 

Gubahan hantaran pulak saya beli dah siap gubah. Beli 7 dulang. Konfiden je rasa cik abang akan bagi 5 dulang. Dah siap beli, sekali cik abang call bagitau rombongan dia bagi 9 dulang! 9 hokey!! 9 balasnya 11!! Banyak nak fikir nak letak apa atas dulang. Tapi bila fikir balik. Best! Hahaha.

Bahagian makan makan, mak ayah yang in-charged. Diorang yang cari caterer, decide menu apa nak jamu orang. Goodies bag pun mak ayah yang in-charged. Apa nak letak dalam bag semua idea mereka. 

Lagi seminggu nak majlis, baru la saya, Yaya dan Ayu tunggang terbalik isi goodies bag macam nak pengsan! Serius penat. Baru tunang beb. Tapi tu la, penat2 pun, bila buat benda yang membuatkan kita happy, hilang penat. 

Majlis Pertunangan

Tibalah hari yang dinanti. Mak andam saya datang pukul 11.30am. Make up sume sekali dengan tudung sume, pukul 1pm saya dah siap. Patutnya rombongan cik abang datang pukul 1.30pm ke 2pm. Atas sebab2 yang tak boleh dielakkan seperti jem yang super kaw2, maka majlis yaasin dijalankan dulu. Ngam ngam majlis yaasin siap, rombongan pun sampai. 7 kereta sampai. Perbincangan bermula. Belah saya, saya minta Pak Long (abang kepada ayah) untuk menjadi wakil. Belah cik abang, pakcik dari Negeri Sembilan menjadi wakil. Dah siap bincang, orang bawah panggil suruh turun. Oh my. Berdebar ok. Dengan kain meleret sapu lantai, tarik tangan Raza suruh jadi pengapit. Hahaha. 

Sampai kat pelamin yang indah ini : 



Antara scene yang buat saya gelak ialah kawan lelaki auditor yang menjadi dulang boy saya. Auditor angkat dulang hantaran. Macam takleh hadam statement tersebut. Hahahaha. 

Maka, jari saya yang montel ini disarungkan cincin yang kami berdua pilih di Wah Chan. Haha. Nak sebut jugakkkk. 

Pemandangan dari atas pelamin. Ecewahhhh 

9 dulang berbalas 11 dulang

Alhamdulillah. Selesai sudah majlis saya. Bertunang sudah saya. 

Cincin tunang (kiri) dan cincin merisik

Alhamdulillah. Bila Allah dan tunjukkan dia jodoh saya, memang sepantas kilat semua terjadi. Alhamdulillah. 

Bila dah selamat semuanya, saya terfikir, ini kemanisan yang Allah simpan untuk saya selama saya diuji. Indah sungguh ujian tersebut. 


No comments: