Monday, August 07, 2017

Day 7 : Ujian

Assalamualaikum. 

Day 7 in Kuala Lumpur. One week done. Baru nak start minggu baru, tapi kena MC. Hari Jumaat dah start selsema. Ingatkan selsema biasa. Hari Sabtu ada hospital visit. Half day je. Balik tu pergi Sogo. Saje la jalan jalan. Balik dari Sogo, rasa tak selesa. Mula batuk. Dada dah sempit. Tapi tak wheezing (bunyi nafas orang asthma). Hari Ahad hari cuti, patutnya plan nak ke KLCC jalan jalan. Tapi rasa tak best. So, layan movie. Pukul 3pm dah tekad nak ke KPJ Sentosa yang hanya walking distance. Ada dalam 300meter. Sebab tak nak sakit esok. 

Sampai je memang takde orang. MO (Medical Officer) yang attend tu nampak garang. Dia dengar nafas, dia kata tak lah terus sangat. Memang tak teruk. Sebab saya ni semput dari umur 2 tahun, so tanda tanda nak semput memang saya tahu. So, amek la neb. Lepas neb, rasa okay sikiiit. So jumpa balik MO tu. Dia siap cakap macam ni. 

Awak ni overweight, ashthma, diabetic. Awak memang tak de plan nak diet ke. Memang nak macam ni selamanya?

Saya diam dan senyum sahaja. Kalaulah dia tahu usaha saya nak diey. Kalau lah die tahu. Takpe la. Keluar dari bilik tu, nurse ni cakap. Ni MO locum so dia ni Cardiologist (Pakar Jantung), so dia concern. I know this nurse nak pujuk. Sebab agak harsh jugak ayat tu tadi. Tapi saya okay je. So ambil ubat dan balik. 

Malam tu saya dah start batuk yang teruk. Saya tak boleh buat apa apa. Seba tak selesa. Tidur pun asyik bangun je. Last2 pukul 6am saya mandi, siap dengan uniform kerja, lepas solat saya jalan kaki ke KPJ Sentosa tu semula. Saya tekad je. Gelap lagi. Tapi saya tak tahan. Bukan taknak suruh kawan teman tapi semua pun tak bawak kereta. So, saya jalan sambil doa takde apa2 jadi. 

Selamat sampai. Jumpa MO perempuan. Dia check. Dia kata bukan setakat wheezing yang kuat tapi saluran pernafasan saya sangat ketat. See. Saya dah cakap saya memang akan semput. So ambil neb 2 kali. Injection Hydrocort. Dapat ubat steroid dan inhaler "Flutiform". Inhaler ni memang best sebab bila pakai saya kurang kena attack. 

So jumpa MO tu semula, dia buat ujian pernafasan yang kena hembus hembus tu. So saya score 125. Kalau normal dalam 300. So masih tak okay. Dia nak bagi saya MC 3 hari. Tapi saya kata saya rasa ok nak pergi kelas. Sebab duduk je. Then MO tu kata, awak akan menggigil so awak kena rehat. Ok. 1 hari je MC. 

So end up. Saya dalam bilik hotel. Baru lepas minum Nescaffe. Sebab tak nak asyik tidur. I am waiting my friend balik. Dah siap iron semua baju untuk minggu ni. Tak sabar nak balik jumpa hubby. 

Saya selalu doa supaya Allah permudahkan urusan saya. Sebab saya tahu ujian itu kifarah dosa. Saya minta Allah permudahkan urusan saya dan bukan hapuskan ujian saya. 

Ujian : Sakit
Dipermudahkan : Hotel hanya walking distance dengan hospital, staff hospital, selamat sampai hospital walaupun tengah semput. 

Alhamdulillah. 

p/s : Ada kene mengena ke semput dengan rindu husband. Hehehe.. Tanya jeeee.

No comments: