Monday, February 27, 2017

Tak Busy pon

Assalamualaikum

Selepas 20 hari baru nak update. Kerja tak busy pon. Plus saya akan dapat boss baru. Selama hampir 3 tahun ni saya jadi boss dalam department, so lepas ni saya adalah secondliner boss sahaja. Bukanlah turun pangkat. Cuma additional title. Gitu. What a relief. Sepanjang 3 tahun ni, memang sangat mencabar. Nak uruskan staff yang perangai sangat la whatever. Perangai yang tak matang. Nak tahan diri dari menjadi tak matang pon satu hal. Phew. Husband siap cakap, lepas ni dah takde la orang call pukul 2,3 pagi. Dah jadi routine kena oncall 24 hours. Hahaha. 

Saya busy dengan kehidupan. Sekarang kan ada 2 keluarga. Nak jaga hati 2 keluarga ni cabaran dia besar sikit. Nak cakap "TAK" or "TAK BOLEH" pun nak fikir banyak kali. Tapi mak ayah dan mak abah ok je. Yang tak ok orang lain. Nanti kalau lama sikit tak balik, mula lah keluar cerpen konon2 anak tak kenang mak bapak. Anak yang dah kawen dengan perempuan kaya yang lebihkan family mertua. Eh, macam2. So, sebelum beliau tulis novel, baik lah kami layankan je semua orang. Tapi kan, saya pulak yang rasa nak buat cerpen, Bersih itu sebahagian dari Iman, jagalah kebersihan, biar pemalas jangan pengotor, hati jangan hitam sangat, nak bela haiwan sila la jaga kebersihan. Eh banyak je yang saya boleh cerpenkan. Tapi saya bukan beliau. So, itu lah beza saya dan beliau. 

Cukuplah update setakat ini. 

Till then,
Assalamualaikum.

No comments: