Wednesday, February 18, 2015

Checklist : Saya Nak Kahwin Dah Ke?

EVENT DETAILS
1. Date/time: 
Nikah - done
Resepsi - done
Bertandang - done

2. Venue: 
Nikah - done
Resepsi - done
Bertandang - done

3. Guest Count: 
Nikah - done
Resepsi - done
Bertandang - done

4. Color Theme & concept:
Nikah: - done 
Resepsi: - done 
Bertandang: - done

8 - 6 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin. - done
  2. Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut. - done
  3. Tentukan lokasi majlis perjahwinan dan menempahnya jika perlu. - done
  4. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. - done
  5. Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda. - done
  6. Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. - done
  7. Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. - done, tinggal nak submit ke MAIJ je.
  8. Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini. - done
  9. Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya). - design done, ukur baju dah, tinggal tunggu baju dijahit dan fitting!
Bagi pengantin lelaki:
  1. Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.  - done, tinggal transfer je.
5 - 4 BULAN SEBELUM
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
    Me - done 5 tahun lepas. Hihihi
    Him - done 3 tahun lepas. Hihihi
  2. Menempah videografi dan jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda. - done tempah
    pre-wedding
    nikah & outdoor
    resepsi & outdoor
    bertandang & outdoor
  3. Membeli rantai tangan untuk acara batal air sembahyang. - done, tinggal pass kat tunang.
  4. Membeli cincin nikah untuk lelaki. - tunang tak minat cincin
  5. Tempah caterer & menu. - done by wedding planner
    Nikah 
    Resepsi 
    Bertandang 
  6. Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput.
  7. Tempah pelamin. - done by wedding planner
    Nikah
    Resepsi 
    Bertandang 
  8. Tempah DJ & karaoke. - done by wedding planner
    Resepsi 
    Bertandang 
  9. Pilih lagu untuk resepsi & bertandang. - on the way
  10. Tempah kompang.- done by wedding planner
    Resepsi 
    Bertandang
  11. Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain. - on the way 
  12. Beli/tempah baju family.
    Nikah  - done
       
  13. Beli bunga telur/bunga pahar. - tengah buat separuh, ada yang Wedding Planner bagi as a free gift, ada yang jiran nak sponsor. 
  14. Beli bunga manggar. - done by wedding planner
  15. Tempah kek 3 tiers. - done by wedding planner
  16. Beli/tempah doorgift.
    VIP doorgift - done, tinggal nak rewang untuk masukkan dlm kotak
    Adults doorgift 
    - done, tinggal nak rewang untuk masukkan dlm kotak
    Kids doorgift - done, tinggal nak rewang untuk masukkan dlm kotak
  17. Tempah henna/inai - done
  18. Sediakan aturcara majlis.
    Resepsi - belum lagi
    Bertandang - belum lagi
  19. Sediakan pembahagian tugas. - on the way
Bagi pengantin lelaki:
  1. Facial/body treatment:
    Normal facial & spa - belum lagi
Bagi pengantin perempuan:
  1. Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.  
  2. Facial/body treatment:
    Facial treatment - dah tempah, otw
    Spa/body treatment - dah tempah, otw
    Hair treatment - belum lagi
3 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. - done. tinggal cop kat depan envelope
  2. Tempah banner/bunting. - done
  3. Tempah signage. - done
  4. Tempah poster - tak kot
  5. Mengesahkan tempahan di hotel/dewan/taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya. - done. tempah setahun sebelum. 
  6. Melakukan pemeriksaan kesihatan/HIV test di klinik atau hospital. - done, semalam.
  7. Hantar/sediakan legal documents: - otw, next week.
    Kursus kahwin
    HIV Test
    Borang Kebenaran Nikah
  8. Pre-wedding photoshoot+save the date video - dah booking slot, baju dah setel, make up da book, tinggal tunggu harinya.
Bagi pengantin lelaki:
  1. Maklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda. - done
  2. Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki. - done, bakal mak mertua da setelkan
  3. Facial/body treatment:
    Normal facial & spa - nak paksa tunang buat
Bagi pengantin perempuan:
  1. Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda. - done
  2. Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
  3. Intensive facial/body treatment: - done
    Facial
    Spa/body treatment
     Hair treatment
  4. Tempah band?? - done, ghazal 
  5. Buat I/C baru, tukar alamat - tak perlu
  6. Buat passport. - dah memang ada
  7. Beli cadar bilik pengantin & deco. - sudah. awwww. hahahaha
  8. Beli button badge untuk family. - dah bayar deposit, belum bagi list name
2 - 1 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Membeli barang kemas. - sudah
  2. Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda. - belum lagi
  3. Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput. - belum lagi
  4. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. - next week nak pergi
Bagi pengantin perempuan:
  1. Tempah candy buffet untuk resepsi?? - mcm tak perlu
  2. Photobooth corner??? - done!
  3. Beli sexy lingerie. - tetttttttt
3 MINGGU SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati. 
  2. Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. 
  3. Sediakan guestbook corner.
Bagi pengantin perempuan:
  1. Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda.
  2. Pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti.
2 MINGGU SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Normal facial
  2. Hias bilik tidur pengantin.
  3. Dental treatment
Bagi pengantin perempuan:
  1. Full face threading
  2. Brazillian waxing???
3 - 1 HARI SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Pasang pelamin.
  2. Membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran -dah bagi habis masa bertunang
  3. Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan. 
  4. Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon. 
  5. Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. 
  6. Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal. 
  7. Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan. 
  8. Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
  9. Pedicure/manicure.
  10. Pakai henna/inai
Bagi pengantin lelaki:
  1. Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan. 
Bagi pengantin perempuan:
  1. Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  2. Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERKAHWINAN

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

 Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
 Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
 Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:

 Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
 Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:

 Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS PERKAHWINAN

 Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak

Hamek kau. Kemain panjang. Tapi memang berguna la. Untuk saya yang selalu lupa. 

No comments: