Monday, January 26, 2015

Bebel

Assalamualaikum. 

Rajin plak kita nak menulis ni. Ok. Dengan gembira nak maklumkan bahawa audit dah nak sampai di penghujungnya. Tak de la hujung mana. Tapi dah nak setel la. Memang agak suffer sikit nak menghabiskan audit. Still tak habis lagi. Still kena follow up. 

Bila auditor serang je, terus terfikir, hidup ni memamng macam roda. Sekejap kita jadi auditor. Sekejap kita jadi client. Sekarang baru lah boleh rasa perasaan jadi client. Dulu pernah client cakap, "You are so irritating" hanya kerana saya minta balik agreement yang baru 10 minit saya pulangkan. Sekarang ni rasa nak cakap benda yang sama pulak. Hahaha. Tapi takdelah sampai gitu. Auditor2 yang datang baik baik belaka. Banyak ajar saya sebab 1st time kena audit kan. 

________________________________________

Saya ada kurang dari 3 bulan nak menamatkan zaman bujang. 3 bulan wei. Bukan 3 tahun. Setakat harini baru 2 benda saya DIY sendiri. Hehe. 

Tetibe dapat msg, kad jemputan dah siap. Minta diambil. OK bye. 

Salam. 


No comments: