Sunday, April 28, 2019

Kuih Talam

Assalamualaikum

Hari tu sempat dengar IGTV Prof Muhaya. Rasa macam dapat semangat baru. Kagum dengan Prof Muhaya sebab sangat positif dan semu berbalik kepada Allah. 

Soalan : Macam mana nak hadapi kawan yang talam dua muka?

Jawapan Prof : 
Saya kalau nak tanya soalan ni saya akan fikir, betul ke kawan tu talam dua muka? Kan semua benda dalam dunia ni jadi atas izin Allah. Kenapa Allah izinkan saya berkawan dengan orang macam tu? Mungkin kawan kita tu adalah cerminan akhlak kita? Apa yang perlu kita buat kalau kita rasa kawan kita talam dua muka?
  1. Kita maafkan dia. Mungkin itu sangkaan kita sahaja.
  2. Kita doakan dia. 
  3. Kita jangan ikut cara dia
  4. Kita jangan bersangka buruk. Bersangka buruk adalah antara dosa besar. 
  5. Sentiasa bersangka baik.
Allahuakbar. Kenapa tak pernah terfikir begini. Jawapan Prof Muhaya sangat padu dan jitu. Semua yang berlaku atas izin Allah. Wake up, Aminah. Apa yang Allah izinkan berlaku tu mesti ada sebab. Jangan suka bersangka buruk. Husnuzon sentiasa. Sambil taip ni sambil menahan sebab sebab saya suka bersangka buruk. T.T 

Moga perkongsian ini akan menjadi pengajaran untuk kita semua. 

Till then, Assalamualaikum

No comments: