Sunday, February 10, 2019

My Breastfeeding Journey Part 1

Assalamualaikum

Sebelum saya melahirkan baby, saya ada pasang cita cita nak fully breastfeed baby. Tapi saya tak pernah pun google or beli buku pasal BF. Hanya sekadar cakap. Silap saya disitu. Bila baby keluar, Lactation Nurse (LN) datang dan ajar cara nak latching. Ya Allah susah tapi kena usaha. Nak dapatkan kerjasama baby nak buka mulut dan hisap tu memang mencabar. Lagilah sebab baby suka tidur. Tapi saya tetap usaha. LN ajar dan bagi motivasi untuk saya tetap menyusukan anak. Siap dia picit breast saya untuk yakinkan saya yang badan saya ada susu. LN nak mindset saya sentiasa cakap, yes aku ada susu, yes susu aku cukup untuk anak aku. 

Saya pun memang dah ready beli pump yang handsfree dan double. Sebab saya tak nak la makan masa yang panjang bila mengepam ditempat kerja. So saya beli CILMILRE F1 double handsfree macam ni. 


Tapi dapat juga yang tak handsfree. Kan saya kata saya tak study dan baca apa2 pasal BF. Bila sampai rumah, saya mula mengepam menggunakan corong yang tak handsfree dan guna satu belah sahaja sebab susah nak pegang dua2. Cara saya pump pon salah. Sekejap kanan, sekejap kiri, lepas tu tukar kanan dan tukar lagi dan lagi. Alhamdulillah, dapat juga stok susu. Cara simpan pon saya tak tahu. Masuk plastik dan terus seal dan simpan dalam peti ais. Bila dah banyak sangat saya minta suami beli deep freezer. 

Saya masih maintain cara mengepam yang macam tu sampai hari ke 30. Saya tergerak hati nak whatsapp kawan baik saya. Dia laju2 invite saya masuk FB Group #bfmembers . Barulah saya tahu cara saya salah sebab saya pum terlalu sekejap dan duk tukar tukar kanan kiri. Belajar pasal hindmilk dan foremilk. Aduh banyak salah saya. Mula dari situ, saya pump kanan 10min, kiri 10min. Masih lagi guna single pump. Padahal pump saya tu boleh double. Tak tahu la kenapa saya tak sedar lagi. 

Bila dah semangat pump, teringat nak bukak kotak pump tu. Jumpa yang handsfree. Terus pakai dua2 dan try pump. Oh mai. Senangnya. Sedap pulak. Tangan pulak free. Why mina why tak perasan benda ni semua. Semua ini terjadi pada hari ke 41. Sayangnya la hai. Tak belajar betul2. Tak gali ilmu sehabis baik. So saya pun pump dengan hati yang happy. Banyak jugak hasil stok. 

Untuk part 1 ni, sampai sini je la. Pengajarannya ialah, sebelum mulakan sesuatu make sure kita ada ilmu. Jangan redah je. Semua dihujung jari. 

Till then, 
Assalamualaikum

No comments: