Friday, December 22, 2017

Ikhtiar

Assalamualaikum.

Hari tu saya ada cerita yang saya disahkan ada alergik lepas buat blood test. So, saya consume ubat tapi masih lagi merenyam like hell. Lagi obvious bila siang start pagi ok jer. Tapi bila dah 6.30pm nak masuk maghrib, dia mula rasa macam nak gatal, end up dengan merah dan memang minta di garu. Once garu, akan calar dan berdarah. Then malam memang akan menggaru tanpa sedar, esok pagi merah2. Selama 3 bulan saya menahan siksa dan hanya cakap kat diri, ini ujian. Sabar. 

Sampailah satu hari, my staff, Cha, suruh saya pergi jumpa ustaz. Dia kata dah lama sangat saya kena gatal2. Dah injection pon tak kurang. Plus, macam pelik sepanjang 30 tahun saya hidup, takkan baru sekarang ada alergik. Cha ni bukan suruh sekali je, everytime dia nampak saya sinsing lengan, dia akan cakap, tolong lah cari ustaz, tolong lah. Last2 saya terbuka hati. Tapi saya suruh dia yang carikan ustaz sebab saya tak tahu. Dia pun carikan dan memang dah tertulis, dekat sangat dengan rumah saya. Dan memang tertulis lagi, dia bagi saya nombor ustaz tu hari Jumaat dan rawatan ustaz tu hanya khamis dan jumaat malam sahaja. 

Patutnya malam tu saya kena balik kampung, mujur suami memahami, kita settlekan hal gatal ni dulu. So dalam 8.30pm kami ke rumah ustaz tu. Ustaz tu buat Rawatan Ruqyah. Ni pertama kali saya pergi. Bukan la saya tak percaya ke apa, tapi sebab kerja hospital kan, mindset saya duk fikir, bila sakit, jumpa doktor amek ubat. Saya lupa Allah yang membenarkan semua terjadi. 

So, rawatan ni kena menjulur kaki ke depan dan tutup mata. Ustaz akan baca ayat2 suci AlQuran dengan kuat. Ada baldi disediakan. Oh, bukan saya seorang sahaja, ada dalam 10 orang juga masa waktu tersebut. Bacaan selama 40 minit. Masa permulaan tu ok lagi, tapi dah pertengahan, mula mendengar orang muntah. Saya pulak tak rasa apa2. Tapi bila sampai hujung, saya rasa kepala berat dan mula menitik peluh. So, selesai rawatan tu, ustaz panggil ke depan. 

Masa ni saya memang takut sangat. Saya risau kalau angkara orang dengki ke apa. Lagi2 kat tempat kerja. Kita jalankan tanggungjawab kan. 

Ustaz kata ada jin dalam badan saya. Tempat yang gatal tu bekas jin jilat. Allahuakbar. Rupanya saya ada terlangkah/terkacau tempat jin tersebut. Tapi tak tahu kat mana. Uztaz berdialog dengan jin dan minta jin tinggalkan badan saya dan masuk Islam. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. 

Saya cuma berharap saya akan hilang alergik ni. Saya pergi buat rawatan tu 08 Dec 2017. Dan harini, 22 December 2017, Alhamdulillah tempat yang gatal tu dah beransur kering dan tidak lagi rasa merenyam dan merah. Allahuakbar. Memang makhluk halus itu pun diciptakan Allah. Dah tertulis takdir saya akan sembuh dengan ikhtiar Ruqyah dan Allah izinkan saya sembuh. 

Pengajaran yang saya dapat, kita kena berikhtiar. Jangan putus asa. 

Till then, 
Assalamualaikum

No comments: