Thursday, January 23, 2014

CINTA

Assalamualaikum.

Cinta.

Satu perkataan.
Banyak rasa.
Banyak perasaan.
Pernah satu saat aku terlalu mendambakannya.
Pernah satu saat aku rasa bagaimana hidupku tanpa sesuatu bernama "CINTA".
Pernah satu saat aku ungkap, "Saya tak boleh sayang orang lain selain awak".
Pernah juga aku lelah dalam pencarianku. 
Sampai satu saat aku sedar. 
Mengapa perlu lelah untuk mengejar cinta manusia. 
Memang jodoh sudah ditetapkan. 
Seperti rezeki. 
Kita perlu usaha. 
Aku pernah penat mencari cinta. 
Sampai aku serahkan bulat bulat kepada pemilik cinta yang ESA.
Aku mengadu. 
Aku sudah penat. Aku mahu putus asa. 
Mohon DIA alihkan fikiranku bukan untuk fokus pada CINTA.
Saat aku minta sebegitu, DIA hadirkan seorang insan. 
Secara tiba tiba.
Tak di duga.
Tak pernah aku berangan akan dipertemukan dengan cara begini. 
Tak pernah aku terbayangkan kisah aku akan begini. 
Aku bagi peluang kepada hati kami untuk membuat keputusan. 
Sehingga hari ini. 
Aku belum pasti. 
Biar DIA yang tentukan.
Kami usaha. 
Biar hanya yang baik baik akan terjadi. 
InsyaAllah.

p/s : Doa yang baik baik, minta yang baik baik. InsyaAllah, Allah bagi yang baik baik. 

Salam,

No comments: