Friday, November 03, 2017

Update

Assalamualaikum. 


October bulan huru hara
Alhamdulillah. Berjaya mengharungi minggu minggu yang sangat mencabar. 2 minggu Auditor bertapak disini dan 2 minggu tu jugakla saya ada event weekendnya. Serius kalau ingat balik, memang tak nak lalui minggu yang huru hara dan sangat hectic. Penat. Penat layan auditor. Penat nak kemas baju, basuh baju, susun baju. Haih. Merungut je kejanyaaa

Welcome November. 
Bila tengok planner rasa macam tak bernafas pulak. Ada dinner, ada seminar, ada training, ada meeting kat Penang. Fuhhh. Sebenarnya bulan Nov ni kena slow down sebab dah nak exam. Exam 7 December oiiii. Tapi macam tak slow down pun.. 

Allergic
Dari bulan Sept saya kena macam gatal2 n ada bintat2 macam kena gigit nyamuk. Makin garu dia akan rasa panas dan miang. Mula2 jumpa doc, doc kata maybe "BED BUG". So, bersungguh la kami tukar cadar bagai. Masalahnya, bila pergi rumah mak saya, rumah mak mertua, hoemstay, hotel dan dimana mana sahaja akan timbul gatal2 ni. Waktu selepas petang sebab maybe dah berpeluh kan. So saya jumpa Doc lagi. Kali ni kena buat blood test dan injection. Peh die punya mengantuk tak main main eh. Bila keluar result darah, SAH ada alergic. Tahniah Mina. Kena pantang seafood. Haduhhhhh. 

Till then, 
Assalamualaikum